Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

19 June 2015

Memilih jalan tarbiah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Di hening ini, mata tidak mahu tertutup. Cuti sempena ramadhan, sudah cukup tidur daripada kebiasaan. Alhamdulillah.

Diberi cuti dua hari untuk dimanfaatkan. Sayangnya, ana rasa tidak secukupnya dimanfaatkan.
Allah izin seperti biasa, cuti seperti tidak cuti. Alhamdulillah, sekurangnya ada aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan hati. Pegang prinsip yang digariskan, fokus dan abai. InsyaaAllah berhasil.

Sepanjang kehadiran ramadhan, konsep sedekah dan menyalurkan bakti telah ditanamkan di hati.
Sekalipun waqi' di tempat ana mempunyai berbilangan jemaah, taadud jemaah, ana akan menghulurkan walaupun sedikit jika ia berkepentingan untuk Islam. Sekalipun berbilangan ia tidak menjadi masalah. Berlapang dada itu lebih baik dan saling meraikan. Keluarga sangat meraikan, meskipun sangat sibuk dengan badan NGO dan politik Islam. For me, my priority is Islam. Membawa nama Islam bahkan dituntut untuk berasa izzah dengan Islam. Wallahua'lam.

Berkebajikan itu menjadi pilihan. Jatuh cinta kepada kehidupan berkebajikan, meskipun berasa sakit menempuhi kehidupan, jika redha dan bersedia, pasti rasa bahagia. 

Sejak kecil dididik memegang bendera perjuangan. Hakikatnya tidak memahami tuntutan perjuangan.
Bersemangat berbicara hal politik, mendalami ilmu agama kerana dikelilingi mereka yang Islami. Sehinggakan tidak memberi laluan kepada akal untuk menimbang baik dan buruk.

Allah gerakkan hati untuk memilih wasilah perjuangan yang jelas terdidik kefahaman. Meskipun tangan ini juga yang bersemangat berbakti dan menjulang payung Islam melalui politik, tetapi memilih jalan tarbiah adalah satu keputusan. Selagi mana membawa nama Islam, tidak salah untuk memberi bakti. Kepatuhan pada sesuatu yang diyakini adalah sangat penting. Fokus satu, dan raikan kefahaman waqi'. 

Selesai terawih bersama keluarga. Allah izin untuk meraikan aktiviti jemaah pas di bulan ramadhan. Keluarga kami tidak kurang pentingnya dalam menjayakan program ini. Bahkan program apa pun, langsung tak langsung memang akan terlibat. Daripada makan minum, tempat dan persiapan perlu disediakan. Bagi ana, walaupun memilih jalan tarbiah, tetap menghulurkan bakti selagi ia menghidupkan Islam di mata masyarakat. Ia tidak menjadi halangan untuk menabur bakti. Alhamdulillah, manfaatnya dalam solat berjemaah, tadarus, dan tazkirah memimpin hati ini untuk kenal dan faham Islam.

Mata ingin terpejam, Allah izin jua menamatkan coretan.
Bersiap untuk menghadap hari esok yang lebih mencabar.
Jiwa mendidik perlu tabah usah berasa lelah. Usah tertipu dengan dunia.
Usah takut dengan ketidakpastian, usah sakit hati dengan kebhagiaan yang sementara.
Berpaksikan cinta Allah yang hakiki, pasti tidak dikecewakan.

Hai jiwa mendidik, semangat di bulan yang mulia. Terhibur melihat anak didik AlQuran bersemangat meskipun nampak penat terbaring. Asalkan punya semangat untuk hadir alhamdulillah. Malu dengan mereka yang masih kecil yang tidak lagi mengerti makna perjuangan tetapi sudah bersemangat untuk berjuang di saat lapar dan dahaga.

Wallahua'lam.
Cantik adab dan akhlak itu lebih dikagumi daripada mereka yang mempunyai ilmu tetapi tiada adab dan akhlak.

No comments: