Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

11 September 2013

5M jalan menuju TAQWA

Bismillahirrahmanirrahim.

Awan kelihatan mendung di luar raudhatul Mahabbah. Alhamdulillah, Allah izin untuk ana mencoretkan sesuatu di lapangan blog ini. Semalam sungguh indah bersama sahibah-sahibah Raudhatul Mahabbah. Kami ahli rumah semuanya berkumpul bersama. Berhajat untuk meeting rumah. Dalam meeting rumah, kami tidak banyak membincangkan tentang rumah, tetapi lebih kepada halaqah rumah. Pengisian yang sungguh banyak. Allah2, sungguh banyak. Meniti kata-kata indah daripada bicara kami semua, mudahan bermanfaat. Kami bidadari Raudhatul Mahabbah. :-) Sungguh banyak yang dikongsikan. Hidup di dalam perjuangan, mencapai satu matlamat. Allah kami dahulukan.

Daripada Dr Abdullah Naseh ulwan dalam penerangan Jalan menuju taqwa. 5M.
Muahadah, muraqabah, muhasabah, muaqabah, mujahadah.

MUAHADAH: Sebelum lahir ke dunia, dulu kita pernah berjanji dengan Allah untuk beribadah kepadaNya. Kita juga telah melafazkan ikrar "laila haillallah". Maka, tepatilah janjimu itu. Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung dan penolong. "Hasbiyallahu wanikmal wakil, nikmal mawla wanikmannasir".

MURAQABAH: Kita rasa dekat dengan Allah. Allah sebagai pengawas dalam kehidupan. Berasa ihsan dalam beribadat.
أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

MUHASABAH: Menilai diri dalam semua aspek perkara yang dilakukan. Muhasabah dalam setiap amalan yang dilakukan. Sebelum tidur, sentuh hati dengan satu persoalan. Sudah banyak amalan yang dilakukan, tetapi sebanyak mana yang diterima oleh Allah?

MUAQABAH: Menghukum/mendenda diri sendiri dengan kebaikan. Jika terdapat kesalahan dalam diri, hukum diri dengan melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat dan berunsur kebaikan. seperti contoh zikir 100 kali ke... Ana ingin kongsikan satu cerita mengenai seorang hamba Allah yang bernama Abu Talhah. Ketika dalam solatnya, Abu Talhah terlalai seketika melihat kecantikan dan keunikan burung Jambul sehingga terlupa rakaat dalam solatnya Sebagai hukuman denda terhadap dirinya, Abu Talhah menderma kebunnya untuk menebus kesalahannya yang terlalai seketika dalam solat menghadap Allah. Kita? Bagaimana? solat selalu tidak khusyu', nak bagi kebun? kebun pun tidak mampu dimiliki. mujurlah ada sujud sahawi... :-) Indahnya peribadai Abu Talhah :-)

Dan Akhir sekali, MUJAHADAH: Melawan hawa nafsu. Bertahan dan berusaha membentengi diri daripada maksiat dan nafsu. Jika kita kuat, Allah akan menganugerahkan lagi satu kekuatan. InsyaaAllah.

Begitulah 5 jalan menuju taqwa. 5 M. ^_^

......................................

Tiba-tiba, teringat kepada adik perempuan ana. Mak dah telefon semalam. riuh bunyinya menjawab panggilan. :-) Bagaimana keadaannya? Sihatkah dia? bersediakah dia dalam menempuhi PMR? ana dikejutkan dengan panggilan telefon daripadanya sebentar tadi. Adik bertanya, kak dayah balik atau tidak sabtu dan ahad ni? Kenapa? soal ana lagi. Adik menjawab, nak suruh kak dayah ajar sains dan maths. InsyaaAllah k.dayah balik. Ana merindui suasana rumah. hajatnya pulang pada minggu ini. Tidak terbendung lagi rindu untuk berasa nikmat di rumah. Tidak terbeban dengan memikirkan masalah ummat setiap hari. Ana mahu menjadi diri sendiri.

Dalam hari yang sama juga, ana berjaya menamatkan tanggungjawab sebagai exco rakan masjid di Universiti. Hari ini, organisasi dibubarkan. Ana sangat berhajat mereka mendapat manfaat dengan kehadiran ana di dalam persatuan itu. mudahan, setiap ingatan, teguran, nasihat, adalah ilmu buat mereka. Penganjuran program yang dikendalikan ana, mudahan membawa manfaat besar dalam diri mereka.

Dalam masa yang sama juga, ana mendapat hadiah yang sangat besar dalam hidup ini. Peluang untuk mendalami ilmu Alquran telah dipermudahkan oleh Allah. InsyaaAllah ana akan istiqamah dan tidak mensia-siakan masa yang ada. Bukan mudah ana dapat mencari guru yang memiliki sanad alquran. Alhamdulillah Allah mendengar jua. Walaupun semester ini, ana banyak sekali dibebani dengan thesis dan subjek-subjek mathematics yang merungsingkan, ia tidak sekali menjatuhkan semangat ana dalam melakukan dakwah dan mengejar ilmu Allah. Ana akui, ilmu mathematics juga ilmu Allah, tetapi pendekatan ilmu tersebut tidak mententeramkan hati dan sentiasa mengelirukan hati ini. Jika Allah memberi peluang untuk ana menyambung impian ana dilapangan ilmu Alquran dan hadis, ana akan buat dengan terbaik. InsyaaAllah.

tambahan pula, disepanjang minggu ini, universiti sungguh banyak dengan pengajian ilmu :-) mudahan dengan mengikuti pengajian-pengajian ini, hati ana semakin tenang. Aamiin ya Allah.

Air mata hati menitis
tiada siapa tahu
rasa tersusuk
dek sembilu yang menyakitkan
kerana aku rasa jauh dengan rabbku Allahu samad
kerana aku rindu bertemu kekasihku Nabi Muhammad

Rasa dekat dengan kematian
mudahan tersisa hidup yang bermanfaat
jauh dari kelalaian
dan
Naudzubillah
jatuh ke lembah maksiat.

Allahu ma'ie...

"Katakanlah; Apakah (kamu ingin) kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baiknya". Al-Kahf 103-104

No comments: