Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

12 June 2018

Materialistik.

Bismillahirrahmaanirrahim.

Berlalu 27 Ramadhan, semakin sedih melihat suasana persekitaran.
Ya, ana seorang yang berbeza daripada orang lain.
Jika orang lain suka mendapat harta, ana akan sedih. Mengapa tak disalurkan kepada yang betul-betul memerlukan?

Jika orang lain bermewah-mewah dalam sesuatu perkara, ana akan sedih kerana ada orang lain yang hidupnya terlalu dhaif dan tak sempat pun rasa apa itu makan sedap, baju baru dan kasut baru.

Jika ana sendiri punyai duit lebihan, tangan  laju sahaja nak beri. Bukan apa, suasana ana dikelilingi mereka yang memerlukan. Dan diri ini cukuplah untuk meneruskan kehidupan.

Kenapa perlu ada yang mengatakan perempuan itu hanya perlu dihulurkan dengan harta baru gembira? Materialistik kah perempuan sehingga perlu dianggap seperti itu?

Cukuplah dengan kesederhanaan yang Islam anjurkan. Bersyukur Allah masih mahukan kita.

26 May 2018

Husnol Khatimah

Bismillahirrahmaanirrahim.

Bersahaja meskipun ada sahaja yang tidak kena.
Ramadhan kali ini, Allah izin lakukan apa yang diminati.
Bersederhana dalam menyelesaikan beberapa masalah.

ya Allah permudahkanlah kehidupan ini.
Tenang dan bekerjalah untuk Allah.
Husnul Khotimah.

07 May 2018

Kata-kata Semangat

Bismillahirrahmaanirrahim.

Alhamdulillah dan sollu 'alan nabiy.

Allah izin untuk kembali melihat kepada ruangan blog ini. Ya, ana sudah lama tidak menulis.

Sebenarnya bukan mudah untuk mengatur kehidupan. Dilalui dengan penuh kekuatan.

Alquran berjaya dikhatamkan, cuma menjaganya sangatlah susah. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.

Kembali mengajar, belajar, berdakwah dan mempersiapkan diri menempuhi alam rumah tangga.

Banyak perkara yang dilalui memerlukan ana berfikir dengan matang untuk menyeimbangi semua ini. Jika kita pujuk pada diri untuk bersabar, insyaaAllah semua pasti baik. Tenang dan usaha untuk menjadi yang terbaik. Usah perlu membanding diri.

Dalam keterbatasan waktu ini, ada beberapa kata-kata yang ingin dikongsikan untuk peringatan diri dan juga kepada yang membaca.

Kita terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri.Sedangkan Allah ada untuk bersama denganmu.

Kita tidak perlu berasa hati jika pandangan dan juga keinginan kita tidak didengari. Tenangkan hati, muhasabah diri. Jika perlu menangis, menangis. InsyaaAllah tiada lagi rasa itu di hati.

Jalani kehidupan dengan berusaha bersungguh-sungguh. Abaikan kata-kata yang melemahkan. Jika kita futur, semua benda tidak akan menjadi. Kehidupan ini, ada senang dan ada susah. Jika mampu tersenyum dan bersahaja, kita akan tenang menghadapi kehidupan ini.

Allah izin banyak perkara dilalui, cuma tidak sempat untuk dikongsikan. Mudahan, apa yang ditakdirkan oleh Allah, semuanya pasti yang terbaik buat setiap hambaNya.

InsyaaAllah.

Misi menjadi hamba yang solehah. Pulang dengan RedhaNya.