Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

18 November 2017

Fastabiqul a'mal.

Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah dan sollu a'lan nabiy.

Dalam tempoh kritikal menyiapkan beberapa perkara, Allah izin tercapai untuk melakukan banyak perkara. Asalkan tidak terbuang dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.

Usahlah untuk membanding diri, kita yang sekarang teruskan dengan apa yang diusahakan. Tiada masa untuk mengundurkan waktu yang lepas. Allah menilai husnul khotimah. Tersenyum pada diri, hidayah ini sentiasa berlapang dada dan semuanya tak mengapa. Menangis sekejap itu biasa, kerana itulah fitrah yang mewarnai kehidupan. Asalkan Allah redha.

Dalam keterbatasan waktu ini, fokus merehatkan badan dan minda. Waktu untuk memberi fokus kepada perkara yang belum diselesaikan lagi. Fokus tidak bermakna duduk lama-lama menyiapkan satu perkara demi satu perkara. Tetapi fokus itu, memberi ruang kepada diri menyelesaikan sesuatu perkara dalam suasana yang tenang dan juga suasana yang memberikan inspirasi.

Majlis ilmu dan juga suasana kebaikan. Itu sahaja yang membuatkan hati ini tenang dan memberikan inspirasi. Melihat manusia di sekeliling  terutamanya kepada mak yang banyak sekali dengan kebajikan yang dilakukan. Diri ini juga terinspirasi. Mudahan ada yang membangun bersama.

Terkesan pada satu peringatan yang disampaikan oleh ustaz yang memimpin kuliah subuh di masjid kampung. Berlumba-lumbalah untuk menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Orang sibuk berlumba membuat pasaraya dan pusat membeli belah. Kita berlumba-lumba membuat masjid dan madrasah. Berlumba-lumba membayar bil air dan bil elektrik masjid, berlumba-lumba menyediakan keperluan dan memudahkan jemaah di masjid.

Riwayat Muslim, daripada Abi Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:
”Tempat paling dicintai Allah di negeri-negeri adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di negeri-negeri adalah pasar-pasarnya”

Pasaraya kebanyakannya menghimpunkan banyak penipuan dan juga pergaulan bebas. Di manakah pilihan kita.

Hajat sangat untuk mengumpul harta untuk bangunkan surau sendiri, madrasah sendiri, pengajian sendiri. Kelemahan dalam pengurusan harta masih diusahakan untuk diperbaiki. Inilah hidayah, usaha membawa semua kenalan untuk sama-sama mendapat redhaNya dan masuk ke syurga tanpa dihisab. Biar tidak terlihat kaya pada harta tetapi kaya pada amal soleh. Perjalanan selepas kematian itu lebih panjang jika sesiapa yang menyedari.

Tujuan hidup itu untuk beribadah kepada ALLAH. Adzariyat 57
Matlamat hidup hanya semata untuk redha Allah : Alfajr 27-30
Sedar di uji dalam hidup : Alkahfi 7

Wallahua'lam.

Rabbuna Yusahhil. Aamiin.

No comments: