Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

15 June 2015

Cinta Allah tidak akan dikecewakan.

Ternyata kesibukan ini mampu menghilangkan rasa gundah di hati, alhamdulillah. Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah mengecewakan hambaNYa yang bergantung sepenuhnya kepadaNYa. Allahu Allah.


#Ramai diantara kita yang mendengar kisah cinta pada pengakhirannya dengan kesedihan dan dukacita. Di mana ia meninggalkan kesan sakit pada hati seumpama dikhianati.

Akan tetapi, tidak pula kita mendengar bahawa jika seseorang itu cintanya hanya semata bergantung kepada Allah itu akan dikecewakan.

Maka jadikanlah cintamu bersama Allah, pasti tidak akan dikecewakan. :-)

Allah adalah selayaknya untuk kita bergantung harap.


Berjagalah dalam menjaga hatimu...
Mintalah bantuan Allah untuk menguruskannya.
Ikhlas dalam memberi.
Jaga hubungan sesama manusia.
Ikhtilat amal dan perbuatan.
Allah yang menilainya.


Tenang di M.Alazhim.
Setelah berpenat mendidik.
Fokus ibadah khusus.
27 Syaaban 1437H



No comments: