Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

30 August 2013

Allah lebih mengetahui.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun wal Qalami wama yasthurun...

Redha dengan setiap aturan Allah merupakan kunci kejayaan bagi orang yang beriman. Menyesal dan berputus asa dengan setiap langkah yang dilalui adalah tanda mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Allah telah berfirman: Wasykuruli walatakfurun. dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan engkau kufur.

Fenomena dean list menjadi rebutan bagi mahasiswa Universiti. Dean list juga merupakan kayu ukur kejayaan bagi pelajar Universiti di seentero dunia. Penulis berpeluang melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh sahabat-sahabat. Tahniah penulis ucapkan, mabrouk lakunna!

Terdapat juga mereka yang tidak dean list dan hanya mendapat keputusan yang biasa sahaja. Bagi mereka, Allah telah memberi sesuatu yang diperlukan, dan Allah tahu apa yang tidak diperlukan.

Mengertilah wahai pembaca, mereka yang memiliki keputusan yang biasa dan sederhana bukanlah tidak bijak dan tidak pandai. Mereka sudah berusaha tetapi tiada rezeki berpihak di tangannya. Penulis ingin menekankan, bahawa jangan disanggah mereka yang tidak memiliki keputusan yang baik adalah mereka yang tidak bagus. Kita perlu akui, setiap manusia tidak memilki keupayaan yang sama dan tidak juga terletak pada tempat yang sama. kelebihan dan kekurangan itu berbeza letaknya.

Jika kita lihat kekurangan yang dialaminya terletak pada kelebihan kita, maka kita refleksi diri. Di manakah kelebihannya yang tidak ada pada kita? Jangan sering menilai dan menjatuhkan hukuman bagi seseorang.

Jika mahu menjadi seorang yang positive, maka letakkan minda kita berada di situasi yang positive. Positive dapat dikaitkan dengan Husnudzhon. InsyaaAllah, masing-masing di beri nikmat dan kelebihan, tetapi letaknya berbeza.

Penulis menghargai sikap keterbukaan seseorang yang menerima kelemahan diri. Dia bukan tidak mahu berjaya, tetapi keistimewaannya untuk berjaya Allah telah letakkan pada tempat yang berbeza. Dia sentiasa menunggu apakah yang terbaik buatnya. Sentiasa mengharapkan daripada Allah, pasti... dan pasti Allah akan berikannya kejayaan buatnya walaupun seketika.

Think positive, open your mind. Allah beri apa yang kita perlu, dan tidak pada yang kita tidak perlu.


Berbaik sangka dengan Allah s.w.t merupakan suatu yang indah.

Al Hafiz Ibnu Abi Dunya menceritakan daripada Seorang Ulama Kufah bernama Masruq bin Ajda.. Beliau bercerita,

“Di sebuah desa pendalaman, terdapat sebuah keluarga yang hanya mempunyai seekor ayam, anjing dan keldai.. Ketiga tiga haiwan ini sangat disayangi oleh keluarga ini kerana manfaatnya pada mereka.. Ayam membantu untuk mendirikan solat, keldai digunakan untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah.. Suatu hari, seekor musang memangsa ayam mereka.. Seisi keluarga menjadi sedih.. Namun, si ayah keluarga ini berkata “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.

 Tidak beberapa hari kemudian, seekor serigala telah membunuh keldai mereka pula.. Ahli keluarga itu sedih sekali.. Namun ayah keluarga ini tetap berkata, “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.. Selang beberapa ketika, anjing mereka pula mati mendadak.. Maka ahli keluarga menjadi sedih kembali.. Si ayah tetap berkata , “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.

 Masruq berkata , “ Selang beberapa hari.. Suatu pagi, ahli keluarga itu bangun daripada tidurnya.. Lalu mereka mendapati bahawa seluruh penduduk desa itu telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak malam tersebut.. Hanya keluarga mereka terselamat kerana para perompak hanya mendatangi rumah rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja”.


No comments: