Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

29 January 2013

Manfaat buat yang terdekat.

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik! ^^

Alhamdulillah, Allah mengizinkan jua ana menulis walaupun banyak perkara yang lebih perlu di utamakan. Allah! ana patut malu dengan diri sendiri, tidak membahagikan masa dengan sistematik. Sedikit sebanyak sepanjang cuti minggu ini dimanfaatkan dengan memberi bakti kepada mereka yang terdekat. Allah... benar ana merindui mereka yang dekat dengan ana. Alhamdulillah, ana baru pulang menziarahi cikgu-cikgu dan asatizah  di maahad lama. jika di izinkan ana akan berkongsi pengalaman. Jumaat yang lepas majlis cinta padamu Ya Rasulullah S.A.W berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah, ketenangan inilah yang didambakan kami sekeluarga. Abnaul Hikmah performance menurun rating. mujurlah ada 3 orang yang balik. ^^ masing-masing tidak dapat menghadirkan diri, meneruskan pembelajaran dalam menuntut ilmu Allah dan AlQuran.

ana ingin kongsikan sedikit pengisian yang ana salin daripada ceramah ustaz salahuddin. banyak, tetapi sedikit sahaja yang ingin dikongsikan pada ketika ini. Insyaa Allah ana akan kongsikan dilain waktu. Keutamaan untuk membuat modul matematik PMR mencuri masa yang ada. ^^

insyaa Allah...

Menurut beliau, Abu lahab adalah yang paling hebat dan paling mewah dalam menyambut maulidurrasul. Tiada seorang pun yang dapat menandinginya. Siapa yang mampu nak menyembelih 100 ekor unta pada kelahiran Rasulullah? kata ustaz lagi. Kita mampu? Abu lahab mampu membuatnya. Sayangnya Allah x menerima maulidurrasulnya. Kerana dialah orang pertama yang menolak dakwah Rasulullah S.A.W dan telah dicelakakan oleh Allah dalam surah Al-masad…

Tambah ustaz lagi, jika dilihat dalam peta, kedudukan rumah abu lahab sekarang ini adalah tandas masjidil Haram. betapa Allah rendahkan martabat Abu Lahab di dunia ini.

Ustaz ada cadangkan 2 buku untuk mengenali susuk peribadi zahiriah dan batiniah Rasulullah S.A.W:
1-kutaib(naskhah kecil) tajuknya 41 kelebihan Rasulullah S.A.W karya Sheikh Izzuddin
2-Syamail Muhammad karya imam Tarmizi.
3- Ensiklopedia Nabi Muhammad. Yang ini ana cadangkan.

Menyedari bahawa ustaz pernah pergi umrah bersama dengan ahli-ahli keluarga kami (ana tidak berpeluang ikut sama, siapa nak sponsor?) ^^ maka ustaz mengimbau kembali tempat-tempat yang ada di sana.

Perkuburan ma’la terdapatnya makam saiyidah khadijah di situ. Ustaz menceritakan tentang sirah 2 masjid yang terdapat berhampiran dengan perkuburan ma'la. Masjid syajarah dan masjid jin. Kenapa tiada nama lain ke nak bagi nama masjid? He3. ustaz mempersoalkan. kami hanya mampu tersenyum.

Masjid syajarah di namakan bersempena satu peristiwa di mana Rasulullah S.A.W memanggil pokok itu, lalu pokok itu tercabut lalu pergi menuju ke rasulullah S.A.W. Lalu Rasulullah S.A.W. menyuruh pokok itu kembali ke tempat asal. Masjid syajarah, di situlah tertananamnya pokok yang menuruti arahan Rasulullah S.A.W. Di hadapan masjid syajarah ada masjid jin.

Masjid jin pula diambil bersempena peristiwa sekumpulan jin berbaiah dengan nabi di situ… Kenapa ustaz menceritakan tentang 2 masjid ini? Sebab… kan dua-dua itu mukjizat nabi. Baiah dengan jin dan pokok dengar cakap nabi.

"RASULULLAH S.A.W ITU MANUSIA BIASA DAN LUAR BIASA"
mengambil kepada kata-kata ustaz, kita batu, Nabi pun batu... tapi nabi batu permata... ^^

Di dalam injil Allah ada sebutkan tentang kehebatan Nabi akhir zaman (Muhammad S.A.W). Injil diturunkan sebelum lahirnya Rasulullah S.A.W. Sekumpulan ahli kumpulan hawari bertanya kepada nabi Isa, apa hebatnnya Nabi Muhammad jika nak dibandingkan dengan engkau? Nabi Isa menjawab. Jika nak dibandingkan darjatku dengan darjat nabi akhir zaman itu, sangatlah jauh. Aku tidak menjamin, jika aku berada disampingnya, apakah layak untuk aku berpeluang mengikat tali kasutnya. Aku khuatir ketika itu malaikat menghalau aku juga. See… Nabi Isa dah rasa jauh darjatnya dengan Nabi, apatah lagi kita… renungkan

maahad assaiyidah Khadijah ^^

cinta Padamu ya Rasulullah S.A.W

sekian. ana tak sempat nak menulis dengan fakta. Ayat di atas ini ana copy daripada tulisan ringkas ana yang dipost di FB keluarga Hikmah. maaf jika ketidak teraturnya bahasa. Hanya ingin melepaskan rindu menulis. ^^ ana tinggalkan dengan sedikit gambaran kepada pembaca. Ambil manfaat daripada penulisan ini. Cukup Allah sebagai saksi. Bersemangat menulis, kerana ingin menerbitkan sebuah tulisan ilmiah sepertimana yang dijanjikan... :-)



No comments: