Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

20 January 2013

Coretan kecil

salam alaik!
alaikassalam ya Rasulullah. Sollu2! sollu alan nabi. Alhamdulillah Allah izin untuk ana mencoretkan sesuatu pada hari ini.

Pada permulaannya, banyak yang ingin dituliskan. Hakikatnya, jari jemari ini terhenti. tidak tahu untuk menulis apa. Ya Allah, datangkan Ilham kepada diri ini.

Rindu mengenangkan peringatan demi peringatan daripada sahibah Raudhatul Mahabbah. Rindu mendengar permintaan anak-anak jiran yang selalu datang nak melukis dan mewarna di rumah.

"Assalamualaikum, kakak... dinie nak mewarna macam semalam. hari ini dinie nak lukis dan warna 5 kertas."

kata dinie sambil menunjukkan 5 jari kecilnya. hakikatnya kakakmu ini nak exam 2 paper esok dik. tidak mengapa, ana meraikannya. ^^ rindu ukhuwah ini. Penat juga melayan kerenah mereka adik beradik.

Ana teringat kepada adik-adik Hikmah. Gelagat anak jiran sama dengan adik-adik ana. Dinie dan adiknya Ali, suka bermain game di handphone ana. Ana tidak akan menghalang seorang kanak-kanak untuk mencuba sesuatu perkara. Apabila mereka minta untuk bermain, ana akan raikannya. Ana tidak bimbang dengan handphone ana rosak atau sebagainya. Di baling, rosak screen, jatuh ke... kerana pada pemikiran ana, kanak-kanak membesar dengan bermain. Adik-adik saudara apabila datang ke rumah, ana tidak kisah mereka menggunakan ladtop ana dan pc rumah untuk bermain game. ana mudah kasihan dengan mereka, yang pasti ada limit waktu bermain ya adik-adik yang disayangi. dinie bermain math workout, errr itu permainan untuk yang dah bersekolah. detikku lagi. setiap kali ada soalan baru, kakak... 5+3 berapa? dinie nak tekan jawapannya, nanti kalah. setiap kali ditanya,pasti ana yang menjawabkannya sambil membilang jari jemari di tangan. letih, mudahan ada manfaat buat si anak kecil ini. :-)

Setiap kali ana membenarkan mereka bermain, pada akhirnya pasti akan berlaku pergaduhan antara mereka. ana cuba mencari jalan penyelasaian untuk meleraikannya. (bergaduh nak main game) ^^ Alhamdulillah mereka mendengar kata orang tua.

capture semasa kami sibuk bergotong royong kenduri, mereka main gama?
siap beratur tunggu turn lagi... ^^

ana juga merindui mereka yang bernama kenalan. Hari demi hari kenalan baru sentiasa ada. sudah lama tidak mendengar gelagat dan tingkah sahabat-sahabat satu kos dan satu persatuan. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang tertimpa di dalam fikiran. Ana mengakui kehadiran mereka yang ana kenali sedikit sebanyak mewarnai kehidupan ini. Kelak nanti, ana akan abadikan kenangan ini.

Kini... ana ada di rumah. manfaatkan masa di rumah. Bahagia melihat surau Hikmah. Bahagia melihat mak abah. bahagia melihat wajah penat kakak bekerja. Bahagia melihat atuk yang tenang. Bahagia melihat nenek yang banyak bicaranya. bahagia melihat adik yang dikenakan. ^^  bahagia melihat adik-adik saudara yang hanya tersenyum mendengar suara riuh kak dayah balik rumah. Nada terus datang apabila dengar suara kak dayah dah balik kot, fikirku kepadanya. "X lah, nada boring balik sekolah tadi, ini yang nada datang... hu3."

Begitulah, ke mana pun kita terbang melata, pasti kembali ke rumah masing-masing. ana nak persiapkan diri untuk menunggu ketibaan 12 Rabiul Awal. Insyaa Allah satu program akan diadakan di teratak Surau Hikmah. Satu keluarga akan turun untuk menyambut Maulidurrasul. Memupuk cinta kepada Rasulullah S.A.W...  Dengan tema, "Cinta Padamu Ya Rasulullah S.A.W".

Di sini ana kongsikan tentatif program buat kakak yang jauh di seberang. teruskan misi pencarian ilmu di sana. kami akan postkan gambar bahagia kepadamu... hu3. abg mad kita pun tak dapat join, semakin sedih lah team abnaul Hikmah nak berdendang qasidah nanti... Abg mad tiada.. :-(


Tentatif Program : 24 Januari 2013 (Pra-Majlis)
7.30 mlm : Solat Maghrib berjamaah
8.00 mlm : Bacaan Yasin dan Tahlil Do'a akan dibaca oleh Atuknda Tuan Hj Ibrahim bin Kitang Salawat beramai-ramai
9.00 mlm : Solat Isyak berjamaah
9.30 mlm : Jamuan Ringan
10.00 mlm : Majlis bersurai

Tentatif Program : 25 Januari 2013
2.30 ptg : Gotong Royong masak
4.45 ptg : Solat Asar berjamaah
7.00 mlm : Bincang-bincang "RASULULLAH PENCINTA UMMAT"
7.30 mlm : Solat Maghrib berjamaah
8.00 mlm : BERZANJI akan di pimpin oleh Ayahanda (InsyaALlah)
8.40 mlm : Solat Isyak berjamaah
9.00 mlm : Lontaran Suara ABNAUL HIKMAH
9.15 mlm : CERAMAH "CINTA PADA MU YA RASULULLAH" disampaikan oleh Al- Fadhil Ustaz Hj. Salahudin Al-Hafiz (ustaz yg pergi bersama rombongan umrah pada JUN 2012)
10.30 mlm : Jamuan Ringan
11.00 mlm : Majlis Bersurai

"bahagia memiliki keluarga yang mencintai Rasulullah S.A.W dan mencintai majlis ilmu..."

No comments: