Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

22 January 2013

buku bukan di beli untuk menjadi koleksi

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik!

Melihat kepada rak buku yang berada di sebelah meja komputer ana menulis, terilham untuk menulis. Insyaa Allah, Allah pasti menilai usaha ini.

Menyedari akan kepentingan membaca, ana memupuk minat membaca sejak sekolah lagi. tidaklah membaca itu menjadi kewajipan setiap hari, sekadar pengisian di hati. Di sekolah rendah, berlumba-lumba menghabiskan catatan di buku nilam. selesai sahaja satu buku di baca, ana cepat-cepat menulis catatan di dalam buku nilam. sangkaannya analah antara yang terawal yang menghabiskan catatan di buku nilam, hakikatnya ketua pengawas perpustakaan rupanya yang lebih awal sehari daripada ana menghabiskannya :-) Tokoh nilam dianugerahkan kepada beliau. ana kagum dengan adik ana, adik tokoh nilam. tetapi sekarang membaca dia kurang, kerana banyak menadah buku ilmiah. dah masuk sekolah menengah. ^^

Sejak sekolah rendah ana di didik tidak selalu ke kantin, dibekalkan roti dan air. itu menjadi peneman waktu rehat. ekonomi keluarga ketika itu tidak stabil, wang saku hanya cukup untuk di simpan untuk makan di sekolah petang. ana akan ke perpustakaan untuk meminjam dan memulang buku, lalu bersegera untuk menjaga blok sekolah. waktu rehat pelajar tidak boleh masuk ke dalam kelas :-)



Dahulu antara buku yang menjadi kegemaran adalah buku cerita dan sirah rasulullah. Antara buku yang ana ingat adalah buku bukan fiksyen yang bertajuk misteri perempuan selendang merah. banyak sangat misteri yang dibaca, maklumlah kanak-kanak lagi. Tetapi ada satu buku yang menjadi tanda tanya sejak ana berada di sekolah rendah. Tak silap ana buku tentang keajaiban kaabah.

Di dalam buku tersebut ada di ceritakan tentang apa yang orang awam tidak tahu tentang apa yang berada dan berlaku dalam kaabah. Ana musykil, masakan Rasulullah S.A.W telah lama meninggalkan kita, tetapi dia ada bersama datuknya di dalam kaabah. dan satu lagi, ada diceritakan di dalam kaabah pula terdapat bapa saudara nabi yang sentiasa berselawat dan membaca Al-Quran. aik? bertambah pelik ana memikirkannya. Mujurlah sempat bertanya kepada mak. Mak pun hairan, pesan mak jangan percaya pada setiap apa yang ditulis. Mak pun tak tahu apa yang berada dalam kaabah, sebab mak pun tak pernah masuk :-) bagaimana buku seperti ini ada di perpustakaan? selorohku lagi, lalu memulangkan kembali ke perpustakaan sekolah.

di sekolah menengah ana terdedah dengan buku-buku ilmiah, kurang membaca cerita dan sirah. Di dedahkan dengan banyak subjek, hanya mampu menadah mata membaca semua buku-buku imiah. Dan pentadbiran perpustakaan di maahad pun sekejap tutup sekejap buka, buku pun tak banyak, perpustakaan kecil, sekolah rendah ana pun besar lagi. dahulu sebarang jenis bacaan yang berunsur bukan fiksyen tidak dibenarkan untuk di baca dan di bawa masuk ke maahad. tiadalah buku cerita nak di baca. sekarang maahad lebih terkehadapan. novel pun ada. ^^ kesimpulannya, ana tak selalu dan tak pergi ke perpustakaan. teringat arwah ustazah zaleha. kami selalu belajar nahu di perpustakaan. itu sahaja kot ana ke sana, untuk belajar nahu dengan arwah ustazah.

sekarang di library Usim, mudah-mudahan menjadi rumah kedua ana. Ada senior bekerja di sana, jadi semakin kerap ke sana sebab nak jumpa dia. ^^

kembali kepada entry di atas. ana sendiri pelik, adakah hobi membaca atau membeli buku? adakah berniat untuk menambah ilmu atau di susun cantik di atas rak untuk menjadi koleksi dan menjadi tontonan umum?

" Sesiapa yang ketika membeli buku, tidak berasa lebih nikmat daripada saat membelanjakan hartanya bagi membeli benda lain, atau tidak melebihi cita-cita para hartawan dalam membina bangunan, sesungguhnya dia belum mencintai ilmu. Perbelanjaannya tidak akan bermanfaat, sehingga dia lebih mengutamakan membeli buku. Sepertimana seorang Arab Badwi yang lebih mengutamakan susu untuk kudanya berbanding keluarganya. Hingga ia berharap memperolehi ilmu seperti halnya orang Arab tadi mengharapkan kudanya."
- Al-Jahiz, ulama dan pakar ilmu zoologi pertama dalam Islam.

Dari Abu Musa al-Asy`ari radhiAllahu `anhu katanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Perumpamaan orang mu’min yang suka membaca al-Quran ialah seperti buah utrujjah (اَلْاُتْرُجَّة), baunya enak dan rasanya pun enak.  Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanya manis.  Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum, baunya enak sedang rasanya pahit.  Dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti rumput hanzolah (اَلْحَنْظَلَة), tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.”
 
Kita perlu akui, setiap lapangan ilmu yang dibaca semuanya bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah. Jadi perlu ada penghayatan samanya kita membaca dan mentadabbur Al-Quran.

membeli buku yang banyak dan hanya membaca sekali tidak mengulang kini disedari bermula pada tahun lepas. ana mengehadkan pembelian buku, dan berazam untuk menghabiskan dan membaca berulang-ulang buku yang telah banyak dibeli. bukan apa. buku yang dibeli pun adalah berbentuk fiksyen, motivasi dan agama. jadi, ia tidak bersifat kekal dalam akal dan hati. Ambil inisiatif. "kurangkan membeli buku, banyakkan penghayatan." Dan ingatkan dalam diri. "Buku ini bukan untuk dijadikan koleksi!".

teringat pada buku yang dibeli pada tahun ini, kesemuanya ana tulis nama dan sedikit catatan...

 "buku ini dibeli untuk dibaca bukan menjadi koleksi!"

p/s: semoga menjadi manfaat buat kalian.

No comments: