Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

19 January 2013

Menjauhi segala maksiat dalam hati

Salam alaik!
Ya Allah, sangat merindui halaman muka blogger ini. merindui untuk menulis. Insyaa Allah ana akan manfaatkan masa cuti semester dengan menulis. Fatrah imtihan berlalu pergi, banyak sekali idea dan ungkapan ingin dititipkan dan dikongsikan dalam penulisan laman blogger ini. mudah-mudahan menjadi manfaat buat pembaca.

Seperti yang ana janjikan, ana akan menulis satu artikel mengenai "Menjauh segala maksiat yang berada di dalam hati."

Imam Al-Ghazali ada mencatatkan 10 perkara yang menyebabkaan maksiat hati melalui karya penulisannya yang bertajuk Arba'in Fi Usuliddin. 10 perkara tersebut itu adalah:

1) Amat menyukai pada banyak makan.
2) Amat sangat kepada banyak percakapan.
3) Marah
4) Dengki
5) Kedekut dan tamak akan harta
6) Cinta akan kemegahan
7) Kasih kepada dunia
8) Takabbur
9) Ujub (Hairan akan diri sendiri)
10) Ria' (Menuntut martabat pada hati makhluk).

Ya Allah bukan mudah seorang hamba yang futur ini membuang semua perkara yang di sebutkan oleh Imam Al-Ghazali. "attuhur syatrul Iman..." (bermula menyucikan hati daripada kecelaan ialah sebahagian daripada Iman.) Yuk memperhebatkan hati. Caranya dengan perlahan-lahan mempelajari ilmu tentang maksiat hati yang melanda manusia pada hari ini.

Insyaa Allah ana cuba untuk berkongsi syarah bagi 10 perkara yang disebutkan di atas.

1)Amat menyukai pada banyak makan.

Wahai sahabatku sekalian, sekerap mana kita berbicara mengenai lapar pada hari ini? lapar? dahaga dan sebagainya. pasti dan pastinya kita akan bersoal mengenai makanan. Seorang anak bertanya ibunya setelah bangun daripada tidur, ibu ada makanan? seorang mahasiswa membeli makanan setelah penat menghadiri kuliyah, mak cik berapa harga makanan saya? sejauh mana kita mengukur tahap pemakanan seharian kita?

Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W telah berkata:
-Tiada daripada amal yang terlebih kasih kepada Allah Ta'ala daripada lapar dan dahaga.
-Yang amat diutamakan Allah itu adalah mereka yang banyak lapar dan banyak tafakkur. Dan dibenci Allah Ta'ala kepada mereka yang banyak makan dan banyak tidur daan banyak minum.

Kalian pasti tertanya-tanya, bagaimana kita nak mengukur kadar makan yang dipuji oleh syara' dan kadar makan yang dicela oleh syara'. Ia terbahagi kepada tiga peringkat.
- makan sekadar ia mampu mengerjakan ibadah.
- Makan pada sehari semalam setengah mud (1/2 daripada 1/4 gantang fitrah)
- Makan pada sehari semalam 1 mud. (1/4 gantang fitrah).

"Apa kaitan suka makan dengan maksiat hati, hai imam Al-Ghazali?" detik suara hatiku berkata.

kini, ana cuba untuk mengaplikasi kepada ilmu sains yang dipelajari. makan dengan berlebihan membuatkan tenaga badan menumpukan hampir seluruh tenaga kepada sistem pencernaan. Hal ini akan menyebabkan badan lemah, mengantuk, dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu perkara. Ini membawa kepada malas beribadah. Hati semakin tepu dengan kemalasan dalam mengejar cinta Allah. lantas membawa kepada maksiat hati. dipenuhi dengan cinta dunia.... seperti solat lewat. Aduh... terkena pada diri. :-(

2) Amat suka kepada banyak percakapan.

Allah telah berfirman : Tiada kebajikan bagi mereka yang memperbanyakkan perkataan melainkan seorang yang menyuruh dengan berbuat sedekah atau menyuruh kepada kebajikan atau mendamaikan antara orang yang berkelahi. Annisa' 114.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
barangsiapa banyak perkataannya, nescaya banyak silapnya, dan barang siapa yang banyak silapnya banyak dosanya dan siapa banyak dosanya nescaya adalah neraka itu lebih utama dengannya.

3) Marah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
-Bermula marah itu membinasakan akan iman seperti membinasakan akan khasiat air madu.
-Bahawasanya marah itu daripada syaitan dan bahawa syaitan itu dijadikan daripada api, hanya akan padam api itu dengan air. Maka apabila marah seorang daripada kamu, maka hendaklah ia mengambil air sembahyang.

4) Hasad

Imam Al-Ghazali rahimahullahu taala:
Dan ketahui olehmu, bahawa dengki itu haram iaitu engkau suka melihat orang lain hilang nikmat dan suka melihat orang lain ditimpa bala. dan tiada haram engkau ingat-ingatkan dan suka melihat nikmat orang lain dan tidak suka kepada hilangnya nikmat. (*akibat translate arab+indonesia, saya sendiri keliru dengan ayat saya  ^^ )

Rasulullah S.A.W bersabda:
Bermula hasad itu memakan amal seperti api memakan kayu yang kering.


:: sumber di ambil daripada Hidayah Assalikin karangan Syeikh Abdussamad Al-falimbani.
p/s: ana akan sambungnya di part2 menjauhi segala maksiat hati.



No comments: