Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

23 January 2013

Kerinduan kepada Rasul.

Salam Alaik! 12 Rabiul Awal 1434H.

Allahu wahid, Allahu Rabbi. Bersempena tarikh kelahiranmu ya Rasulullah S.A.W aku berusaha untuk menukilkan satu karya buatmu yang ku rindui, yang ku cintai, yang ku kasihi. Aku berusaha untuk berjumpa denganmu ya Rasulullah S.A.W. walaupun aku tahu, banyak dosa yang ku lakukan di atas muka bumi ini. aku tetap usaha. Malu jika nak dibandingkan aku dengan sahabatmu.... Sempena kelahiranmu, aku cuba untuk memberi manfaat kepada ummatmu. Insyaa Allah!

Rasulullah S.A.W bersabda:
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Ana ingin sekali berkongsi satu cerita yang kerap kali ana baca dan ana renungkan sejak 2 tahun yang lepas. tambahan pula cerita ini ada didendangkan melalui nasyid. ada kaitan juga dengan hadis di atas. lagu ini ana sering putarkan di ladtop dan juga handphone. kerinduan rasul kepada kita, Allah! terlalu tinggi. kita? selawat ke atas nabi pun kita berkira, apatah lagi menyahut selawat apabila mendengar nama Rasulullah S.A.W. SOLLU 'ALAN NABIY!



Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya : "Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah"
Sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yang mulia"
Nabi tersenyum lalu berkata : "Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah"
Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan"
Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata : " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"

Jom kita hayati lirik nasyid yang ana sebutkan di atas.Tajuk kerinduan Rasul, Mawaddah.
تجيئ الرياد السود من قبل المشرق كأن قلوبهم زبر الحديد.
فمن سمع بهم فاليأتهم فاليبايعه ولو حبوا على الثلج
Siapakah yang paling ajaib imannya
Rasulullah telah bersabda sebuah thoifah akhir zaman
Datang sesudah kewafatanku,tidak pernah berjumpa denganku
Tapi sangat mencintai diriku, melebihi anak & ibu bapak mereka
Rindu, oh rindunya… Aku pada mereka
Ya, rindunya aku pada mereka

Wahai abu bakar, tidakkah kamu juga merindukan mereka
Sedangkan mereka sangat merindukan diri kamu, kerana kamu sahabatku
Mereka adalah ikhwanku, saudara-saudaraku
Sedangkan kamu, sahabat-sahabatku
Berbahagialah orang yang bertemu denganku & beriman denganku 
Berbahagialah 7kali orang yang tidak bertemuku tapi beriman denganku
Ikhwanku orang ganjil di kalangan umum mukmin
Kerana mengikut cara hidup para siddiqin
Berakhlak dengan akhlak nab-nabi
Berjuang bak tentara badar di kebangkitan kedua
Al-Mahdi & Fata Tamimi bersama dengan jema’ahnya
Mereka adalah para ikhwan di akhir zaman 
Di tangan mereka inilah Allah-kan Islamkan dunia
Jika kamu telah mendengar tentang mereka
Datangilah & berbai’ah-lah
Sekalipun kamu terpaksa merangkak diatas salji

p/s: mudahan coretan kecilku ini mampu menyentuh hati pembaca. Ana berkongsi tentang apa yang ana ada. Insyaa Allah... pesanan ana, ambil yang baik daripada lirik lagu ini. ana akui mawaddah membawa lagu ini ada maksudnya yang lain. Bukan sekarang masanya untuk ana berhujah tentang al-arqam dan bani tamim. jika berkesempatan ana berkongsi dengan pembaca. boleh bertanya juga pada mereka yang arif. ^^ berdoalah agar Allah kuatkan akidah kita pada Ahlussunnah dan jamaah. Amin.

Rasulullah S.A.W dihatiku.... ^_^

1 comment:

RuMaH TuA said...


دعوني دعوني أناجي حبيبي

Biarlah aku, biarlah aku bermunajat dengan kekasihku;


Moga Allah kasih.