Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

31 December 2012

Serius


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam alaik!

Sebelum tahun2012 melabuhkan tirainya, izinkan ana menukilkan satu pengalaman di laman blog ini.
Baru selesai menghabiskan masa pada hari ini bersama keluarga. Melakukan banyak aktiviti di rumah, keluar membeli barang persekolahan adik dan makan bersama. Sekarang ada di campus, penuh satu kerata menghantar ana dan adik ke Usim. Jazakumullahukheir, mak abah kakak adik… ana kini meneruskan study week yang berbaki seminggu lagi.
Sanah helwah ana ucapkan kepada kakak kembar ana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diperkenankan segala doa. Mereka sama, tetapi lain wataknya. Seorang programmer, seorang doktor. Ana? J

Ana terkesan dengan satu pengisian yang ana dengar daripada stesen radio Ikim.fm. Maaf, ana tidak ingat siapa nama ustaz yang menyampaikan pengisian ini.

Katanya, saya melihat ramai anak muda pada zaman kini berbakat dalam menulis. Tetapi tidak semua menyalurkan bakat dan keistimewaannya itu pada tempat yang betul. Mereka berani untuk menulis, tetapi tidak bersikap serius. Seperti contoh, ramai anak remaja menulis blog. Kebanyakan daripada mereka, menulis novel, menulis cerpen, menulis tentang pengalaman, luahan dan sebagainya. Mereka tidak bersikap serius. Mereka menulis tidak dinyatakan sumber, tidak pula berunsurkan ilmu, dan menulis hanya mengikut emosi. Sedikit sahaja kita dapat melihat anak remaja pada zaman sekarang yang menulis dengan tujuan berdakwah, bertujuan untuk berkongsi ilmu, dan berhujah mengikut tahap pendidikan masing-masing.

Orang yang menulis kita dapat membaca tahap ilmunya. Kita dapat mengetahui berapa banyak bahan ilmiah yang berjaya difahaminya, dan kita dapat mengukur tahap pendidikan dan pengetahuan yang diperolehnya.
Remaja pada zaman kini perlu berani untuk serius dalam bidang penulisan. Berani untuk menjadi seperti hujjatul Islam, imam syafie, imam nawawi, syed qutb, Ali thantawi dan banyak lagi. Mereka menghabiskan sisa pengalaman hidup dan ilmu yang dipelajari dengan menukilkan catatan hidup mereka dengan sistematik dan tersusun di atas beberapa lembaran.

Yuk kita hidupkan kembali pencapaian ulama’ terdahulu. Jom baca sejarah Imam Al-ghazali yang ada kaitan dengan penulisan. Agar kita dapat mencontohi peribadinya. Insyaa Allah selepas ini akan lebih serius dalam menulis. ^_^

p/s: berazam menulis dengan lebih serius selepas ini. Banyakkan rujukan dan penulisan lebih ke arah sebuah artikel. Insyaa Allah!

Imam Ghazali pernah menyebut di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ađ-Đalāl.

 "Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku.

 Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah.

 Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku telah memeriksa dengan penuh teliti segala isi ajaran mereka. Ketika aku bertemu dengan kaum zahiriah pula, aku telah menyelidiki segala isi kandungan dan selok-belok ajaran mereka. Demikianlah halnya aku teruskan dengan setiap golongan.

 Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli falsafah, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mendalami cara pemikiran falsafah mereka. Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli ilmu kalam, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mengikuti dan menyelidiki pokok-pokok pegangan hujah-hujah mereka.

 Begitu juga apabila aku berdamping dengan para sufi, aku telah berusaha sehingga aku dapat mengetahui rahsia-rahsia kesufian. Ketika aku bergaul dengan ahli-ahli ibadat, aku telah mengkaji kesan-kesan amal ibadat mereka itu. Dan tiadalah aku temui kaum zindiq dan kaum engkar melainkan aku telah menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang yang telah menjadikan mereka berpegangan demikian."

No comments: