Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

02 March 2015

CINTA: Paksaan atau Pilihan.

Sebelum ini menulis dengan emosi dan perasaan. Jom bertukar fakta. 

Bismillah...

Dengan Izin Allah, pena ini bertukar selera. Ingin menulis fakta kembali. Mengaji pelbagai ilmu, tetapi tidak dikongsikan sangatlah rugi. Jika tidak dikongsikan, ilmu yang dipelajari hanya sekadar ilmu tetapi tidak praktikal. :-)

Ibnu Qayyim AlJauziyah dalam bab Cinta: Paksa atau pilihan.

Benih-benih cinta dan penyebab kepada perasaan cinta adalah berdasarkan pilihan dan kemahuan yang masuk ke dalam beban hukum. Memandang, membayangkan, dan mendekati kekasih adalah suatu pilihan. Apabila seseorang itu membuat salah satu daripada penyebabnya (memandang, membayangkan, dan mendekati) maka secara automatiknya cinta itu akan hadir tanpa dikehendaki.

Perumpamaan di atas mempunyai kedudukannya dengan seorang yang mabuk kerana meminum arak. Meminum arak adalah atas kemahuannya sendiri, dan akibat meminumnya adalah suatu kepastian adanya. Apabila ada rasa kehendak dan kemahuan meminumnya, maka ia tidak boleh menjadi alasan atas akibat yang datang walaupun dia tidak mengharapkan akan mabuknya minum arak tersebut. Ketika penyebabnya ada dan dilarang, maka mabuk pun tidak boleh dimaafkan.

"Orang yang berlebihan dalam mencintai sesuatu, jiwanya pasti boleh berpaling darinya, terkadang sebaliknya cintanya akan berubah menjadi kebencian."

Tidak diragukan lagi, bahawa terus menerus memandang sesuatu yang haram dan memikirkannya, sama kedudukannya dengan meminum arak. Seseorang boleh dihina kerana ada penyebabnya. Oleh sebab itu, apabila cinta diakibatkan dengan kerana sesuatu yang tidak diharamkan, maka pelakunya tidak akan dihina, seperti cinta terhadap isterinya.

Bagi sepasang suami isteri, cintanya yang hadir tidak boleh hilang. Cinta seperti ini tidak akan dicela seperti disebutkan dalam kisah Barirah dan Mughis. Begitu juga bila dia memandang secara tiba-tiba tanpa sengaja kemudian dia memalingkan pandangannya, tetapi kemudian rasa cinta telah tertanam dalam hatinya tanpa diingini. Cinta seperti ini dibolehkan dengan syarat dia harus berusaha untuk melawan dan menghilangkannya dari dalam hatinya. Namun, apabila gejolak cintanya terus datang dan mengalahkan dirinya, maka ketika itu dia tidak tercela setelah dia berusaha untuk membuang perasaanya tersebut.

Mabuk yang disebabkan oleh cinta lebih parah dibandingkan mabuk yang disebabkan oleh arak, sebagaimana firman Allah tentang orang-orang yang jatuh cinta dari kaum Nabi Luth,
"Demi umurmu (Wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka." (Al-Hijr 72)

Apabila mabuk yang lebih rendah tidak ditahan oleh pelakunya dan membuat sebabnya terlebih dahulu, maka bagaimana pemabuk yang lebih tinggi boleh bertahan dan membuat alasannya?

FIKIRKAN... :-)

Tiada istilah menyimpan cinta lama-lama, hanya cinta kepada suami/isteri itu yang tidak dihina. Selainnya berusahalah untuk membuang perasaan tersebut.

CINTA itu bukan paksaan, tetapi menjadi pilihan dan kemahuan. Wallahua'lam.


No comments: