Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

10 March 2015

Falsafah kaya :-)

Bismillah.

Kata guru saya ketika itu mengajar kitab mukhtasar latif. Falsafah itu mengajar cerdik pandai berfikir dengan akal tidak berdasarkan kepada dalil naqli. Sebab itu falsafah tanpa iman itu ditolak. Ramai cerdik pandai hanya tertipu dengan kata-kata falsafah yang dipegang sehingga sanggup menolak dalil naqli yang diturunkan oleh Allah melalui nabiNya. Zaman universiti saya telah diajar philosophy in sciences. Alhamdulillah serba sedikit menyokong kepada dalil naqli.

Di sini saya ingin berfalsafah. Sudah pasti menyokong kepada dalil naqli insyaaAllah.
Siapakah dia ahli falsafah menurut imam ghazali? Ahli Falsafah, iaitu mereka yang banyak menggunakan logik dan akal bagi membuat pembuktian. Saya juga pernah digelar falsafah oleh guru kerana bertanyakan soalan tidak memikirkan dalil. :-)

Daripada Abu Abdullah al Nu'man ibn Basyer r.a beliau berkata : Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu terang jelas dan sesungguhnya yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara2 syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembalayang mengembala di sekeliling kawasan larangan , dibimbangi dia akn menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu adalah perkara2 yang diHaramkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada seketul daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al Imam al Bukhari dan Muslim)


Biar kelihatan miskin dan hina dihadapan manusia, tetapi tidak hina dipandangan Allah. Ya, hanya Allah yang nilai semuanya. Kita hanya dapat menduga.

Pastikan kita tidak terlibat dengan dosa riba dan juga penindasan. Tidak berniat kaya tanpa tujuan dan hidup bermewah tanpa pedoman. Jelas yang haram itu terang.

Jika ada jalan lain, pilih jalan lain. Usah mengejar sesuatu yang kita sudah nampak kemudharatannya akan berlaku kelak.

Pilihan untuk tidak bersama riba dan syubhah adalah pilihan muktamad.

Pengalaman belajar ilmu kewangan konvensional mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Walaupun tidak alim dalam bidang ini, sekurangnya saya hadam dan faham asasnya. Buat teman-teman yang alim dalam bidang ini, terutamanya sahabat seijazah, saya sokong anda mendalami ilmu ini untuk mencari penyelesaian, bukan mengejar kekayaan.

Elak dosa nyata, hindari syubhah untuk warak.
Wallahua'lam.

Terinspirasi daripada seorang alim yang bebas dari hutang meminjam dan juga tidak terlibat dalam mana-mana saham di dunia. Mengasingkan hartanya di dalam bank patuh syariah hanya sekadar untuk menjaga hartanya bukan untuk menambah kekayaan. Jihadnya berniaga di serata negeri mahupun negara hanya untuk menampung pengajian ilmunya dan juga menampung madrasah di kampung halamannya.

Cukuplah saya hanya meminjam untuk belajar, kini usahakan untuk membayarnya. :-)

Kalian mewah dengan meminjam, kaya dengan harta syubhah, dan kurang melabur saham akhirat.

inspirasi untuk kaya? amalkan lahawlawaquwwata illa billahil 'aliyul 'azhim.
InsyaaAllah, Allah beri kaya di akhirat ;-) ini kata-kata dari habib kazim, ulama' hadramaut, yaman.

Jika kaya dengan harta syubhah? salurkan pada badan kebajikan Islam. Untung pelaburan? Berikan kepada pembangunan kebajikan dan orang awam yang memerlukan. Cukuplah dan bersyukur dengan apa yang ada.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. 
(HR Muslim)

:-) Semoga Allah redha.

No comments: