Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

13 April 2012

Nenekku...

lama ana menyepi tanpa meninggalkan sebarang coretan. ana tidak pasti samada sahabat-sahabat dan pengunjung yang bertandang di blog ini masih sudi untuk membaca coretan ini. setelah seminggu berprogram, akhirnya ana pulang ke pangkuan keluarga. hakikatnya ana sangat malu untuk menitiskan air mata perpisahan. biarlah hanya Allah yang menilai sejauh mana kasih sayang sesama manusia.

permulaan bicara...
izinkan ana berkongsi sebuah nukilan buat nenek yang sudah kembali kerahmatullah pada mggu lepas. agak keberatan juga ana ingin meninggalkan kampung pada waktu itu, kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan. ana berusaha untuk mengatasi kesedihan ini.

nendaku, fatimah
izinkan cucumu ini mencoretkan sesuatu buat dirimu
hari jumaat penuh barakah
kau pergi meninggalkan dunia
dunia ini bukan milikku
bukan juga dibawah kekuasaanku
ku redha dengan pemergianmu

benarlah
sebelum menerima berita kematianmu
aku telah bermimpi bersama denganmu
engkau memelukku dan meminta diriku untuk mendoakanmu
aku hanya mampu untuk mendoakan
lalu aku memberitahu kepadamu
"nek, hakikat kehidupan adalah satu, iaitu mencapai keredhaanNya"
setelah itu nenek tersenyum puas
dan menghembuskan nafas buat kali terakhir

aku tersedar
mimpi rupanya
aku berasa gelisah
makanan tidak lagi kujamah
sebarang pelajaran tidak lagi ku murajaah
hanya termenung memikirkan nenek.

esoknya
aku terus pergi kuliyah seperti biasa
masih tidak berasa selesa dan bimbang
tidak pula ku menelefon emak
insyaAllah nenek tidak apa-apa.

selesai menjawab quiz
aku mendapat mesej daripada emak
"hidayah, nenek sudah meninggal"
ringkas, pendek, tetapi aku berasa keliru.
lalu aku terus keluar daripada dewan kuliyah
menelefon emak kembali
mendapatkan kepastian
ternyata ia benar
air mata tiba-tiba mengalir laju
aku rindu nenek
dengan kesibukan belajar
aku lewat menerima berita kematiannya
segera aku keluar daripada dewan kuliyah
satu sahaja dalam fikiranku
mesti jumpa nenek
mesti sembahyangkan nenek.

setelah bermati-matian meredah kesesakan jalan raya
akhirnya sampai juga ke kampung tercinta
walaupun tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir
ana dapat menyembahyangkan nenek
biarlah ketika itu
ana seorang sahaja perempuan yang hadir
ana sahaja seorang yang lambat datang
ana tetap nak sembahyangkan nenek!
alhamdulillah...

aku sedih kerana tidak dapat menjadi seorang cucu yang memberi banyak bakti
terima kasih nenek
nenek dah banyak memberi semangat kepada diri ini
masih ada lagi tersisa tanggungjawab yang perlu dilakukan
jangan terlalu memikirkan yang sudah berlalu
kita yang hidup
teruskan dengan tanggungjawab yang tersedia
doa anak-anak soleh insyaAllah nek.
nenek is the best among the best... Amin.
Alfatihah...

p/s: mood baru pulang daripada kenduri arwah nenek. atuk menitiskan air mata lagi, berkongsi pengalaman bersama nenek semasa hidupnya. hebatnya nenekku. ana terkesima, cuba menahan air mata. tidak terbendung lagi. selamatkan nenek daripada api neraka. tempatkanlah nenek bersama orang-orang yang soleh dan solehah. amin ya Allah.

1 comment:

mutasyabiha said...

sebak sgt2.. InsyaAllah, kita hanya mampu doakan nenek semoga nek berada dikalangan org yg beriman.