Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

28 April 2012

dakwatuna


Allah sebagai ilah, Allah juga sebagai tujuan hidup dan keluarga menjadi kekuatan untuk ana berdiri lebih teguh dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Apakah kehadiranku ini mampu menyentuh hati2 mereka ke jalan yang diredhai? Sungguh, hati mana yang tidak sakit jika seruan tidak diterima? Sungguh, hati mana yang tidak kecewa jika kesungguhan kita dibalas dengan kata-kata yang sinis. Kita manusia, fitrah akan merasai perasaan sedemikian.hanya  Iman yang akan beraksi menghalang kita daripada menjadi liar. Bukan dinilai pada cara tindakan, tetapi hati! Ya , Allah ada menilai hati kita.Hanya mampu diam dan tersenyum, terus mendoakan semoga terbuka pintu hatinya menerima kebenaran. Detik di dalam hati, “Sungguh, mereka tidak tahu, bersabarlah duhai hati, inilah sahaja cara untukku menegur dan menyentuh hatinya dengan doa daripadaku, ya Allah berikanlah mereka hikmah dan ilmu mengenaliMu.”

(ikan ini pun berebut mencari makanan untuk hayatnya, kita? x nak berebut dalam kebaikan? untuk bekalan akhirat? ^^)

Tersentuh dengan kata-kata yang telah di sampaikan oleh seseorang, mana ada jalan dakwah itu senang. Kalau senang pun itu hanya kebetulan. Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuannya.
Terlintas dalam fikiran. Apakah orang akan menilai dengan perwatakan luaran kita atau sebaliknya. Ana ada seorang sahabat yang tinggi kefaqihannya dalam ilmu. Katanya, siapa kata yang pakai tudung labuh itu baik? Dayah, cuba tengok kawan-kawan yang lain, diorang pakai tudung labuh, tetapi ketawa kuat-kuat, megumpat orang sana-sini, judge orang sesuka hati, cerita tentang lelaki, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ana tarik nafas dalam-dalam, ya Allah berikanlah ilham kepadaku untuk menjawab kata-kata ini.

Sahabatku, jangan sesekali bicarakan seperti itu. Sebagai manusia biasa, tanggungjawab kita menutup aibnya dan menegur atas kesilapannya. Orang beriman tidak akan sesekali berasa berdendam dan rasa tercabar jika mendengar teguran daripada seseorang. Malah dia akan muhasabah diri dan akan jatuh cinta kepada seseorang yang menegurnya.
 Benar,kita  perlu ada rasa seperti itu  dalam diri. Kebenaran itu pahit untuk ditelan, tetapi kemanisan itu akan dirasai setelah berjaya menelannya. kata ana kepadanya lagi. Apakah kita mengatakan orang seperti itu sedemikian rupa? Hakikatnya, kita sendiri sekarang ni pun mengata mereka. Benarkan? Ana pegang bahu sahabat ana. Senyumlah. Apakah tidak ada di dalam hatimu satu pun prasangka yang baik kepadanya? Jom kita fikirkan apa kebaikan mereka. Tanggungjawab kita, jom sentuh hati mereka. Doakan buat mereka. Allah akan sentuh hati mereka untuk berubah dan Allah juga yang akan memberi rasa kekuatan untuk sedar dan berani berubah. Sekarang kalau ditegur, mereka akan menjauh diri, jika berkata belakang mereka akan mengata balik. Kita tiada ada kuasa untuk berbuat sedemikian. Selemah-lemah kita, hanya mampu mendoakan buat mereka. Jom kita selamatkan hati kita… prasangka baik, jika benar mereka salah doakan buat mereka. Jangan lupa untuk doakan hati kita sejahtera. Semoga tsabat dan tidak berpaling kepada agama Allah.

Inilah jalan yang dipilih. Bukan kita yang perlu berubah mengikut arus mereka, tetapi ayuh kita seru mereka berubah mengikut arus agama sedikit demi sedikit. Bukan tidak mahu berbicara berlebihan, tetapi takut akan berlaku dosa. Takut berlaku maksiat. Berhati-hati itu perlu. Tidak boleh mencampuri sesuatu kebaikan dengan sesuatu yang membawa kepada keburukan. Kita ada 2 jalan sahaja. Ketakwaan dan kefasikan.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan semenjak di sekolah rendah lagi. ^^ (dalam diam, mengkaji)
Ada banyak situasi. Ana ambil beberapa situasi.

Ada seorang hamba Allah , pandai berbicara tentang agama. Tetapi tidak pula ikut. Apa kata orang lain? Pandai cakap, tetapi tak buat. Ehem… Ana nak bagi satu tips untuk kalian tanamkan dan amalkan dalam hati. Jika berhadapan dengan situasi ini, bicaralah dalam hati kalian. Walaupun yang menyampaikan ilmu itu tidak dia amalkan, ambillah segala kebenaran yang disampaikan. Kerana menurut kata-kata imam  jangan dilihat pada yang menyampaikan, tetapi lihatlah pada apa yang disampaikan. ^^
Ada seorang hamba Allah ini, berpakaian menepati syariat dan sempurna. Ada kala menepati syariat  tetapi tidak sempurna. Apa kata orang lain? Tak istiqamah, hati berbolak balik. Ehem… ayuh sahabat2ku sekalian. Jom didik hati, sentuh hatimu dengan mengatakan “ya Allah, hamba-Mu ini sedang berusaha untuk istiqamah. Kau bantulah hatinya untuk mencapai tahap istiqamah. Aku pasti dia mampu melakukannya.” ^^ Jangan kata belakang, biar hati kita direct kepada Allah…

Ada seorang hamba Allah, ana terjumpa di dalam surau. Sebaik masuk sahaja ke dalam surau, sudah memulakan sesuatu cerita yang tidak baik tentang sahabatnya kepada sahabatnya yang lain. Bukankah hanya kebaikan sahaja yang perlu dibicarakan dalam surau? Bahkan kat mana-mana pun sentaiasa kena berjaga dengan kata-kata.  Detik hatiku pula. Adakah sahabat-sahabatku seperti ni peribadinya? Di hadapan ku berkata baik, di belakang berkata lain pula? Sahabat-sahabatku sekalian, jom islah hati kita. Bersahabat kerana Allah, doakan jika dia salah, perbaiki jika dia salah, minta tegur jika kita salah. Jangan buka aib sesama kita. Ada satu tips yang ana belajar daripada seseorang, asingkan diri jika tidak mampu untuk menjauhi diri daripada berkata sesuatu yang tidak baik. Jika bersama, banyak katanya, banyak dosanya, sehingga tidak mampu untuk meminta maaf sesama manusia. Ada kala kita perlu bersama kerana satu tuntutan dan keperluan. Ana mohon kepada semua untuk memahami diri ini. Terpulang kepada semua untuk mengatakan bahawa ana seorang yang penting diri atau lain2 lagi. Jom didik hati… ^^ Ana letakkan kepercayaan yang tinggi kepada Allah untuk sahabat-sahabat memahami ana. Ana memilih jalan untuk mengasingkan diri, kerana ana tahu, ana juga seorang manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Nak kurangkan dosa yang bertimbun. ^^ Allah menilai segala-galanya.

Ada seorang hamba Allah ini, takut nak buat kebaikan. Takut orang mengatakan sesuatu yang tidak baik kepadanya. Mereka yang tertangguh melakukan kebaikan selalu berasa tidak layak dan tidak bersedia. Ana suka berdampingan dengan orang seperti ini. Mereka perlukan motivasi dan sahabat-sahabat yang mengajak kepada kebaikan. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali merendahkan orang. Berilah peluang mereka melakukan kebaikan. Jangan takut. Kerana Allah kan ilah (tuhan) kita. Yang mengata kita tu, tuhan kita ke? Kita nak nilaian Allah. Biarlah, kebaikan yg kita lakukan itu besar nilaiannya di sisi Allah. Di sisi manusia sikit pun xde, x mengapa. Sakit kat dunia bertahanlah, jangan biarkan kita sakit di akhirat nanti.
Situasi yang terakhir. Ada seorang hamba Allah, baik dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain. Tetapi dia juga ada kelemahan. Tidak seimbang dengan pelajaran. Sekadar lulus dan tidak cemerlang. Apa kata orang lain? Peribadi tip top, tapi exam biasa-biasa sahaja. Macam mana nak jadi contoh? Ehem… mana hati kita? Jom didik hati, doakan sahabat kita “ya Allah, kau bantulah sahabatku ini untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.” Dan kita perlu ingat, Allah bagi kelebihan kepada semua hambanya sama rata. Tetapi letaknya sahaja di tempat yang berlainan. Cari kebaikan… dan terus mencari….

Akhir kalam…
Bukan tidak mahu untuk meneruskan kewajipan ini, tetapi ana hanyalah seorang perempuan, tak terdaya memikulnya berseorangan. Sahabat yang ada pun tidak berani lagi untuk masuk ke dalam kewajipan ini. Muktamad, akan kuteruskan kewajipan ini jika sahabatku bersedia membantu dalam meneruskan misi ini. Ana tidak akan bawa kewajipan ini jika berseorangan lagi. ^^

No comments: