Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

04 July 2012

i-fikr 2012 di USIM

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun" (Surah Al-Imran, ayat 190-192)

Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan ilmu pengetahuan, termasuklah ilmu Sains dan Teknologi. Daripada ayat Al-Qur'an di atas, kita dapat melihat betapa pentingnya mendalami ilmu Sains untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam tidak boleh mengenepikan ilmu Sains dalam kehidupan kita.



Berbekalkan kesedaran inilah, pihak Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan program Kem i-FIKR Sains dan Teknologi USIM 2012 (i-FIKR'12) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Akademis Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS). Sesuai dengan akronim 'FIKR' yang berasal daripada perkataan 'Fun', 'Inspiring', 'Know How', dan 'Righteous', program iFIKR'12 ini bertujuan menjadi satu platform atau medan untuk memperkasakan perkembangan potensi intelektual (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan jati diri (AQ) mahasiswa secara seimbang antara keperluan rohani dan jasmani dengan penghayatan Islam melalui Sains dan Teknologi.

Program yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, ini bertemakan 'Sains Islam Pemacu Kegemilangan Tamadun Dunia' dan akan dijalankan selama seminggu bermula Sabtu, 7 Julai 2012 sehingga hari Jumaat, 13 Julai 2012. Kem i-FIKR'12 ini menyajikan pelbagai slot menarik sepanjang seminggu ia berlangsung.

Antaranya ialah program 'Seminar Sinar Sains Mata Hati' bersama Prof Dr Muhaya Mohamad dan Imam Muda Hassan pada 8 Julai 2012 dan 'Lov The Nature' bersama Aiman Azlan pada 11 Julai 2012. Program ini terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Norita Md Norwawi (019-5757727), Nazmin (013-4756872) atau Aminah Hanani (012-3843412) atau layari http://i-fikr.blogspot.com/

No comments: