Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

28 December 2014

Tidak mampu, buat tidak mampu. :-)

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Allah izin untuk mencoretkan sesuatu pada hari ini.

Menjadi pelajar di usia tua dan bekerjaya ini adalah sangat berbeza.
Dahulu komitmen belajar sepenuh masa, persatuan dan jemaah dikatakan hanya kerjaya sambilan.
Sekarang, berkejar ke sana ke sini, menyempurnakan tugasan belajar, kelas yang jauh, kerjaya tetap, menguruskan aktiviti bersama masyarakat. Allahu, disebabkan itu usiaku ini dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak dibaziri dengan cinta monyet semata. Kasihan ku memikirkan masalah anak-anak remaja yang di baziri dengan cinta monyet dan cinta dalam kepura-puraan. Diri ini sudah tidak tahu, kata-kata apa yang boleh menegur perbuatan mereka itu, agar teguran itu dapat diambil dan tidak ada yang berasa hati.

Puncanya adalah kebebasan dalam perhubungan di media massa. Dahulu, usiaku terdedah juga dengan internet, handphone, ym, friendster, myspace, semua ada. Tetapi semua itu dibatasi dengan iman. Alhamdulillah, Allah beri kesedaran untuk tidak terjebak dengan budaya couple ini sejak usiaku di bangku sekolah rendah lagi. Walaupun ada niat lain yang cuba untuk mengajak ke arah bercouple, hati ini takut. kenapa? takut diketahui mak abah. Syukur alhamdulillah, sejak usia dari tadika, sekolah rendah, menengah, mahupun di universiti, aku sekalipun tidak membenarkan ruang couple itu bersemak di hati dan di fikiran. Tambahan pula bermesej dan chat tanpa tujuan, tidak pernah sekali. Jujur istilah takutkan Allah ketika itu tiada lagi, yang ada hanyalah takut mak abah tahu. Kesedaran takutkan Allah bermula usiaku di bangku maahad. Buku-buku yang ku baca amat menarik perhatianku untuk tidak bermaksiat kepadaNya. Sejak itulah kebencian kepada couple kerana takut kepada Allah mula bertakhta di hati dan di fikiran.

Ada sesetengah perkara perlu berbicara direct kepada lelaki. Niat kerana Allah, agar tidak mempengaruhi hati dan suka kepadanya. Seperti contoh menjelaskan keadaan sebenar dan meleraikan permusuhan. Perkara seperti ini pernah terjadi kepada diri ini, sehinggakan aku sendiri menjadi bahan bual dan benci mereka. Ketika itu yang kupegang hanyalah kebergantungan kepada Allah. Tidak mengapa dibenci, asalkan aku telah laksanakan apa yang menjadi kewajipan.

Sehingga kini alhamdulillah Allah jaga, mungkin perwatakan mati segan (tegas dan tiada segan) dan wajah keanakan punca tiada yang berani dan tiada yang sudi. Sungguh aku bersyukur kepadaNya kerana melindungi diri ini. Ke mana pun aku pergi tiada siapa yang akan mempersoalkan, kerana yakin ataupun tidak ambil peduli? wallahu a'lam.

Amat sukar untuk berjumpa dengan mereka yang tidak pernah bercouple. Hanya mampu tersenyum kelat apabila ku juga mempunyai kawan yang bercouple. Mungkin mereka tidak tahu atau susah melepaskan. wallahua'lam.

Kudoakan kepada siapa yang tersentuh dengan tulisan ini, janganlah cuba untuk mempermainkan perasaan perempuan, kerana ku sedih dengan sahabatku dan adik-adikku. Perempuan kalau sudah meletakkan kepercayaan, dia akan percaya sepenuhnya. Jika kepercayaannya dikhianati, bermacamlah adegan dan kesudahannya yang tidak baik berlaku. Perempuan juga sama, jangan terus meletakkan kepercayaan, sehingga Allah dah tetapkan itulah jodoh kita. Perempuan keraskan hati, jangan mudah terbuai, jangan mudah tersentuh. Itu semua panahan syaitan.

Menghadiri kelas diploma pengajian Islam, seringkali mendengar cerita pak ustaz tentang perkahwinan. Topik yang pernah dibicarakan adalah berpoligami. Susah untuk meminta satu lagi, tetapi mudah meminta maaf. Allahu, apakah itu ustaz? tanyaku lagi. Menurutnya, suami zaman sekarang susah untuk meminta isteri membenarkannya untuk kahwin lagi. Tetapi amat mudah mengambil keputusan berkahwin tanpa kebenaran dan selepas itu meminta maaf kepada isterinya. Mudah bukan? mudah minta maaf daripada minta kahwin satu. Rumus ustaz. Kata-kata ustaz berakhir dengan ketawa. Aku hanya mengangkat kening, dan menyuarakan pendapat kepada ustaz. Ustaz jangan macam tu, kasihan isteri ustaz. Kepercayaan perempuan sekali dikhianati, sakit bukan kepalang. Naudzubillahi minzalik. Ustaz terdiam, lalu meyambung ayatnya. Ustaz pun takut dengan isteri, ni cakap untuk bual-bual kosong hilang mengantuk.

Bisikku dalam hati, lelaki mana tiada rasa untuk berkahwin lagi? jika tidak mampu untuk minta kahwin satu lagi, sudah tentu tidak mampu berlaku adil. Silaplah kalau diri ini di minta untuk menjadi yang keduanya. Satu kampung mak saya akan kejar membawa batang penyapu. :-)

Begitulah coretanku, panjang dengan penuh pengalaman. Perjalanan mencari yang hakiki itu belum dijumpai kesudahannya. Teruskan mencari sehingga berjumpa. Nekad dengan pencarian ini. Mudahan Allah permudahkan.

Misiku membina madrasah impian dengan kudratku. Allah tujuanku. Doakan. :-)

No comments: