Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

22 December 2014

MengejarMu Allah

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahu Allah... Nikmat mengejarMu Allah, tidak terasa penatnya, bahkan semakin bertambah untuk berkorban apa jua demiMu semata.

Alhamdulillah,  sepanjang memiliki title "tullabil ilmi" banyak sungguh kenangan manis ingin diungkapkan. Dengan keluarga sudah dikongsikan, kini tiba masanya buat semua pembaca.

Keputusan untuk menyambung pengajian agama sudah pun tersemat di hati sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi hasrat perlu ditangguh, hanya semata untuk memperolehi segulung ijazah akademik buat mak dan abah. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Usim adalah pilihan kerana Allah. Begitu juga keputusan untuk menyambung pengajian agama adalah pilihan kerana Allah.

Sekali lagi diri ini di uji, samada memilih kerjaya sebagai ahli kewangan/analisis atau pendidik.
Pilihan ini telah membuka mata yang memerhati, antaranya keluargaku. Sekali lagi, istikharah membawa hati ini untuk mudah ke arah mendidik. Alhamdulillah Allah memudahkan jalanku untuk mendidik. Berbagai tanggapan negatif yang kuperolehi, Antaranya, mereka kata tiada masa hadapan yang cerah, gaji cukup ke? pinjaman belajar nak bayar macam mana?  Wallahu'alam. Kehadiran mak, tidak mematahkan semangatku. mak adalah penguatku, dialah yang meredhai segala yang ku lakukan. Dia tahu gaji sebagai seorang pendidik di sebuah madrasah tidaklah banyak, Tetapi perlu yakin yang rezeki itu adalah pemberian Allah. lambat atau cepat sahaja. maka bersabarlah.

Hajat doanya daripada kalian semua. Peringkat menjadi pendidik sedikit sebanyak mengajar diri ini untuk lebih mencintai kehidupan dengan lebih bermakna. Sekarang tengah mendalami ilmu pengajian Islam di salah sebuah kolej swasta dan juga mengikuti pengajian kitab di pondok berdekatan dengan rumah. Tenangnya, perolehi ilmu daripada mereka yang berilmu dan memiliki adab yang tinggi. Persiapan untuk menjadi pendidik, perlulah ada sokongan ilmu yang kuat, agar tiada fitnah dikemudian hari. Tauliah mengajar Al-quran sudah perolehi, mudahan madrasah Al-Quran dapat dimajukan selepas ini. Hajat doa kalian.

Sesungguhnya yang kulakukan semua ini bukanlah untuk menjadi saingan kepada yang lainnya, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk. Diri ini, hanya ingin menggunakan dan menyalurkan kudrat yang ada untuk Islam. Adakalanya, coretan ini sekadar ilmu, pengajaran dan wasilah untuk kuperolehi doa daripada kalian.

Madrasah impian, semoga menjadi Asbab ketenanganku di sana. Aamiin.
Tidak sia-sia menyebarkan ilmu yang bermanfaat, kerana ia akan mengalir walaupun kita sudah pergi meninggalkan dunia.

Soal jodoh di usiaku kini, satu sahaja yang kuharapkan, mudahan Allah izinkan yang terpuji akhlak dan adabnya, serta turut mempunyai niat yang baik seperti hajatku. Terinspirasi untuk menjadi si solehah seperti isteri tuan guru. Setianya dalam gerakan dakwah, dan tidak mematahkan semangat si suami untuk berdakwah. Hanya Allah yang layak mengadilinya. Wallahua'lam.



No comments: