Nahmaduhu wanasta'inuhu wanutubu ilaih.
Assalamualaikum w.b.r.t.h…
Alhamdulillah, minggu kuliyah dilalui dengan penuh pengharapan
agar usaha mendalami ilmu yang diceburi diberi ketenangan dan kefahaman
mengenai halal haram dalam sesebuah institusi kewangan.
Bukan mudah untuk meyakinkan diri untuk cemerlang dalam
bidang ini. Ya Allah keliru dan ragu-ragu. Manakah tidak, mempelajari sesuatu
yang mendalam tentang perkiraan sistem riba’, uncertainty, dan juga gambling. Dengan
permainan hedgers, arbritregeurs dan speculators.
InsyaaAllah, ana ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang
selama ini dipelajari.
.jpg) |
kucing ini berkata: tidak mudah... |
Dalam kesibukan mengira dan mengira, memahami teori,
teknikal, formula, graf dan sebagainya. Tersentak dengan banyak perkara.
Masing-masing tidak ingin rugi. Masing-masing tidak ingin
jatuh. Demikian itu terlaksanalah derivative. Derivative adalah major pengajian
financial mathematics. Derivative di Malaysia masih baru. Apakah derivative?
Derivative merupakan satu bentuk sekuriti. Ia merupakan kontrak di antara dua
pihak atau ada juga banyak pihak. Nilai sesebuah derivative ditentukan oleh
turun naik dalam underlying aset (share, bon, komoditi, mata wang, kadar faedah
dan Indeks Pasaran). Di Malaysia, Derivative di jual beli di BMD bursa Malaysia
derivative.
Derivative ni, saya masih samar-samar mencari kebenarannya. Dalam
usaha. Yang pasti kontrak membenarkan penjual dan pembeli mengunci harga. Kiranya,
harga akan tetap selama kontrak tidak tamat. Kalau harga pasaran naik, maka
penjual untung manakala pembeli rugi. Dan sebaliknya pula. Zero sum game….
Syariah melarang pengakhiran harga dan barang dalam satu waktu. Syariah
mengisyaratkan untuk pembeli memakai konsep bay’ al-‘urbun, di mana pembeli
yang akan membeli instrument derivative dan membayar wang muka tanda wang ini akan
masuk menjadi bahagian dari harga barang yang dibeli.
Futures dan forwards, instrument derivative ini juga
dilarang dalam syariah. Kerana banyak yang menggunakan instrument ini untuk
spekulasi bukan untuk membeli barang. Untuk patuh syariah, derivative
instrument harus diganti dengan menggunakan bay’ al-salam di mana pembeli
betul2 akan membeli produk bukan berhajatkan untuk spekulasi.
Terimbau kembali kata-kata lecturer yang mengajar Financial
Engineering. Kamu faham dan pelajari sahaja, di Malaysia tidak membenarkan
short selling. Daripada kata-katanya, saya terinspirasi. x dapat aplikasi, mungkin
saya mampu untuk menghalangnya untuk masuk ke Malaysia bukan? Kita dah tahu itu
illegal, jadi jangan biarkan ia beroperasi dalam Malaysia. ^^
Erm, bagaimana nak bincang tentang short selling ni? Senang cerita,
melibatkan jual securities yang kita x miliki, dan broker pinjam securities
daripada client dan jual di market seperti biasa. Di Malaysia tiada lagi broker
yang nak meminjam securities dan jual pada orang lain. Sebab tidak dibenarkan
dalam Islam. Menjual yang bukan miliknya. Tetapi di Malaysia, broker sering
menjadi bualan orang-orang kampung. Mana tidaknya, sangkaannya broker yang
menjadi orang tengah dalam urusan jual beli tanah mendapat faedah yang banyak.
Allah, saya tidak mampu untuk mengulas mengenainya. (sambil google apa peranan
broker sebenarnya… ^^). Tetapi ingin saya
tegaskan, wahai broker! Jangan lakukan penindasan kepada pemilik tanah. laksanakan
tugas dengan AMANAH kerana Allah itu maha Melihat.
Belum lagi ana cerita mengenai forex exchange trading, pengiraan
interest lanjutan, dan lain-lain. Terlalu banyak sehingga ana hampir tertutup
hati untuk tidak mempelajarinya. Menyedari tuntutan Islam kepada manfaatkan
ilmu yang dipelajari. Ana kembali pulih, mengejar ilmu yang hampir keciciran.
Suka ana kongsikan sedikit, mengenai permainan dalam urus
niaga mata wang. Kami didedahkan dengan pengiraan mata wang asing. serta bagaimana
cara arbitrageurs bermain dengan forex (mata wang). Membolot keuntungan dengan
bermain di pasaran dagangan mata wang.
Ternyata, money fiat (wang kertas) itu
telah membawa kepada inflasi. Bagaimana kita nak nafikan penggunaan wang kertas
itu boleh digunakan? Ternyata inflasi terhasil daripada interest dan
uncertainty. Dalam penggunaan wang
kertas ana memegang pandangan ulama’ muktabar. Harus menggunakan wang kertas “hajat
tunnazal manzilat al-darurat” dengan syarat mestilah mengikuti disiplin dan
syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Darurat kerana faktor
cengkaman ekonomi dunia di tangan orang bukan Islam dan keperluan mendesak
untuk penggunaan mata wang fiat disebabkan ketiadaan alternatif pada waktu
sekarang. Ada ke orang nak jual karipap terima duit dinar (emas)? Ada? ^^
Sudahlah Fatwa mengharuskan penggunaan fiat money hanya
berlandaskan darurat, tiba-tiba ada muncul individu yang bermain dengan mata
wang kertas fiat. Sudah nyata pada mata wang kertas fiat itu lahir dengan cara
Riba, dan ia tidak bersandarkan kepada emas dan perak. Mereka mendapat
keuntungan daripada permainan yang melibatkan dengan mata wang sebuah negara. Itulah
arbitrageurs. Beli dengan harga murah
dan jual dengan harga mahal. Inikah pendapatan yang ingin dibanggakan?
Mengambil untung atas perbezaan nilai mata wang sesebuah negara? Wang kertas
menyebabkan inflasi, dari mana inflasi datang? Dari Riba. Mendapat keuntungan
dari permainan mata wang fiat melibatkan inflasi, inflasi terhasil daripada
riba, then Riba is prohibited in Islam. Individu yang sibuk meraih untung
melalui perniagaan mata wang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang
kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply.
Terlalu banyak yang dicoretkan, banyak lagi yang tak terluah
ketidak puashatian terhadap kelemahan institusi kewangan yang dijelaskan dalam
buku teks. ^^ InsyaaAllah akan ana sambung.
rujukan: buku Ustaz zaharuddin, internet dan buku teks finance maths.
-Ibn Abbas r.a. diriwayatkan telah berkata:
“Akan dikatakan kepada pemakan Riba di hari kiamat, “Ambillah
senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT.”
Rujukan: Jami’ al-Bayan’an Takwil Ayyi al Quran, al-Tabari.