Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

14 August 2012

Dunia Perlu Bantu Rohingya

DUNIA PERLU BANTU ROHINGYA



Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui: "Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 562263502611
 ----------------------------------------
 [ Laporan HALUAN ]

 1. Di Ambang Ramadhan, Muslim Rohingya Berhadapan Dengan Maut http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1636-di-ambang-ramadhan-muslim-rohingya-berhadapan-dengan-maut

 2. Masyarakat Dunia Perlu Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1638-masyarakat-dunia-perlu-bantu-rohingya

 3. Kenyataan Media : Semua Pihak Diseru Membantu Masyarakat Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/extensions/kenyataan-media/1656-kenyataan-media-semua-pihak-diseru-membantu-masyarakat-rohingya

 4. OIC Cadang Jawatankuasa Khas Tangani Krisis Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1664-oic-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-krisis-rohingya

 5. HALUAN Gandingi NGO ASEAN Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1667-haluan-gandingi-ngo-asean-bantu-rohingya
 ----------------------------------------

 [ Status Hak Asasi Semasa - Sumber IHH]

 1. Muslim Rohingya di Arakan dibunuh setiap hari sehingga saat ini.

2. Sejumlah besar Muslim dipenjara dan diseksa, namun identiti dan angka sebenar mereka tidak dapat dikenal pasti.

3. Wanita-wanita Muslim diperkosa.

4. Larangan perjalanan dan perintah berkurung telah melumpuhkan aktiviti harian masyarakat Rohingya.

5. Masjid-masjid, rumah-rumah dan perkampungan dibakar dan dimusnahkan.

6. Masjid dan madrasah tidak dibenarkan untuk dibaik pulih tanpa permit kerajaan. Pihak berkuasa mengambil gambar masjid dan madrasah tiga kali setahun secara rutin, untuk memantau agar Muslim mematuhi peraturan ini. Jika terdapat proses membaik pulih secara tidak sah, mereka yang terlibat akan dipenjarakan antara 6 bulan ke 6 tahun disamping dikenakan bayaran denda. Tiada masjid dan madrasah baru pernah dibina sejak 20 tahun lalu.

7. Setiap tahun, Muslim Rohingya harus memberikan gambar penuh ahli keluarga masing-masing kepada pihak berkuasa. Setiap ahli keluarga dikenakan cukai untuk setiap bayi yang lahir, dan setiap ahli yang meninggal dunia.

8. Muslim tidak bebas melakukan perjalanan. Mereka harus mendapatkan permit dan membayar cukai perjalanan untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain.

9. Muslim dilarang membina rumah daripada konkrit. Hanya rumah papan dibenarkan, dan rumah mereka dikira sebagai harta kerajaan. Jika rumah tersebut terbakar secara tidak sengaja, tuan rumah akan dipenjarakan sehingga 6 tahun.

10. Untuk memulakan satu perniagaan, mereka harus mengadakan usahasama dengan pengusaha Buddha. Dalam usahasama ini, pengusaha Buddha memegang separuh daripada perniagaan tersebut tanpa harus mengeluarkan apa-apa modal.

11. Muslim harus membayar cukai tahunan untuk binatang ternakan mereka.

12. Muslim tidak dibenarkan berkahwin tanpa membayaran cukai dan tanpa permit perkahwinan. Ada yang tidak diberikan permit, walaupun cukai telah dibayar.

13. Muslim tidak dibenarkan menggunakan kemudahan umum. Contohnya, mereka tidak dibenarkan pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

14. Muslim tidak dibenarkan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

15. Muslim tidak dibenarkan menjadi penjawat awam. Sehingga kini tiada penjawat awam muslim di Arakan.

16. Muslim tidak diberikan khidmat telefon berkabel, dan telefon bimbit juga tidak dibenarkan.

17. Muslim tidak dibenarkan mempunyai kenderaan bermotor.

18. Jika Muslim dituduh melakukan jenayah, mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri dan dipenjarakan serta merta. Polis dan tentera mempunyai kuasa memecah masuk rumah Muslim tanpa waran, dan diberi kuasa mendakwa penghuni rumah atas apa-apa kesalahan jenayah. Mereka diberi pilihan sama ada dilepaskan dengan membayar rasuah ataupun dipenjarakan.

19. Muslim dikenakan perintah berkurung selepas jam 9 malam dan tidak dibenarkan melawat sanak saudara tanpa kebenaran polis.

20. Muslim dijadikan buruh paksa kepada negara dan penduduk Buddha tanpa diberi upah.

21. Muslim tidak mempunyai hak warganegara. Jenis kad pengenalan mereka ialah kad 'warga asing'. Kad tersebut hanyalah untuk tujuan pengenalan identiti, dan tidak mempunyai nilai apa-apa selain itu.

22. Pasport tidak diberi kepada Muslim. Mereka diberi satu dokumen untuk masuk ke Bangladesh. Kadang-kadang mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana dokumen tersebut dianggap tidak sah. Muslim Arakan mencari perlindungan di negara-negara jiran untuk terus hidup, melarikan diri daripada kekejaman dan penindasan yang sistematik di tanah air mereka. Sukar untuk memberi anggaran jumlah sebenar pelarian di Bangladesh, namun situasi yang sangat buruk di kem-kem pelarian ini telah diketahui pihak PBB dan pihak yang bertanggungjawab.

::Sekadar melakukan kewajipan sesama insan::

No comments: