Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah dan sollu a'lan nabiy.
Dalam tempoh kritikal menyiapkan beberapa perkara, Allah izin tercapai untuk melakukan banyak perkara. Asalkan tidak terbuang dan tidak melakukan perkara yang sia-sia.
Usahlah untuk membanding diri, kita yang sekarang teruskan dengan apa yang diusahakan. Tiada masa untuk mengundurkan waktu yang lepas. Allah menilai husnul khotimah. Tersenyum pada diri, hidayah ini sentiasa berlapang dada dan semuanya tak mengapa. Menangis sekejap itu biasa, kerana itulah fitrah yang mewarnai kehidupan. Asalkan Allah redha.
Dalam keterbatasan waktu ini, fokus merehatkan badan dan minda. Waktu untuk memberi fokus kepada perkara yang belum diselesaikan lagi. Fokus tidak bermakna duduk lama-lama menyiapkan satu perkara demi satu perkara. Tetapi fokus itu, memberi ruang kepada diri menyelesaikan sesuatu perkara dalam suasana yang tenang dan juga suasana yang memberikan inspirasi.
Majlis ilmu dan juga suasana kebaikan. Itu sahaja yang membuatkan hati ini tenang dan memberikan inspirasi. Melihat manusia di sekeliling terutamanya kepada mak yang banyak sekali dengan kebajikan yang dilakukan. Diri ini juga terinspirasi. Mudahan ada yang membangun bersama.
Terkesan pada satu peringatan yang disampaikan oleh ustaz yang memimpin kuliah subuh di masjid kampung. Berlumba-lumbalah untuk menjadi yang terbaik di hadapan Allah. Orang sibuk berlumba membuat pasaraya dan pusat membeli belah. Kita berlumba-lumba membuat masjid dan madrasah. Berlumba-lumba membayar bil air dan bil elektrik masjid, berlumba-lumba menyediakan keperluan dan memudahkan jemaah di masjid.
Riwayat Muslim, daripada Abi Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:
”Tempat paling dicintai Allah di negeri-negeri adalah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di negeri-negeri adalah pasar-pasarnya”
Pasaraya kebanyakannya menghimpunkan banyak penipuan dan juga pergaulan bebas. Di manakah pilihan kita.
Hajat sangat untuk mengumpul harta untuk bangunkan surau sendiri, madrasah sendiri, pengajian sendiri. Kelemahan dalam pengurusan harta masih diusahakan untuk diperbaiki. Inilah hidayah, usaha membawa semua kenalan untuk sama-sama mendapat redhaNya dan masuk ke syurga tanpa dihisab. Biar tidak terlihat kaya pada harta tetapi kaya pada amal soleh. Perjalanan selepas kematian itu lebih panjang jika sesiapa yang menyedari.
Tujuan hidup itu untuk beribadah kepada ALLAH. Adzariyat 57
Matlamat hidup hanya semata untuk redha Allah : Alfajr 27-30
Sedar di uji dalam hidup : Alkahfi 7
Wallahua'lam.
Rabbuna Yusahhil. Aamiin.
Hamba ini lemah apabila berada dihadapanMu, tetapi berlagak kuat dihadapan manusia. Sungguh aku lemah menghadapi fana ini, kuatkanlah aku Ya Allah.
Berdoalah!!!

18 November 2017
07 November 2017
Indahnya hidup bersama Ilahi
Inspirasi kekuatan dalam setiap langkah. Allah pasti izinkan untuk berlaku. Baik niatnya, pasti menyusul kebaikan. Bi iznillah.
p/s: Lagu ini yang menemani setiap langkah permusafiran. Dalam jagaan Allah.
p/s: Lagu ini yang menemani setiap langkah permusafiran. Dalam jagaan Allah.
Alangkah indah hidup ini
hidup bersama Ilahi
kehendak Allah difahami
pandai menerima dariNya
Bijak menggunakan nikmatnya
ia dianggap ibadah
semua diberi pahala
tarbiyah Allah berhikmah
Sabar dengan ujian tanpa hisab akan diganjari
nikmat yang diberi memudahkan untuk berbakti
merasai pemberian Nya itulah tambah bersyukur
akan ditambah lagi nikmat yang diberi
Terseksa bermujahadah kerana ingin menempuh jalan
untuk menuju Allah
panduannya Allah tunjukkan
Tawakkal kepada Ilahi
terutama mengenai rezeki
tanpa ragu-ragu
walaupun sedikit ada jaminan pembelaan dari Nya
Bila takwa pakaian kita
urusan kita dimudahkan
kerana kita sudah menjadi ahlillah
begitu indah hidup bersama Tuhan
Korban harta fisabillah agar berdaulat kalimatullah
setiap satukebajikan
700 digandakan
-NadaMurni-
05 November 2017
Dakwah bersama student.
Bismillahirrahmaanirrahim.
Alhamdulillah, sollu 'alan nabiy.
Dalam keterbatasan waktu ini, Allah izin untuk mencoretkan sedikit ilmu untuk menjadi rujukan dan panduan kepada sesiapa sahaja. Terkadang, ana juga merujuk tulisan ini untuk mendapatkan sumber kekuatan.
Pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan dakwah adalah kepada pelajar universiti. Waktu ini, penilaian mereka lebih dekat dan lebih tersentuh kepada sesuatu yang logik. Proses ini dinamakan membangun iman. Jika kita lihat, dakwah Rasulullah S.A.W itu bermula dengan pemantapan akidah (iman). Anggaran 13 tahun membina iman di mekah, barulah berjaya membina daulah Islam di madinah.
Membina iman itu adalah penggunaan dalil aqal yang membawa kepada keyakinan kepada dalil naqli. Kalau boleh, setiap apa yang berlaku mereka dapat mengaitkannya dengan Tuhan. Tiada alasan lagi untuk melakukan maksiat, jika semua perkara yang berlaku kita sandarkan kepada Allah yang maha memerhati.
Seperti contoh, kejadian alam, penciptaan bumi dan matahari, kejadian air hujan, penciptaan kenderaan dan sebagainya. Setiap apa yang dibincangkan, hadirkan dalil dan kaitannya dengan Allah swt. Tidak ramai yang boleh berbicara seperti itu. Ramai yang boleh berhujah dengan dalil naqli (AlQuran dan Hadis) semata-semata, tetapi tidak kepada dalil aqli.
Sudah bersediakah dengan ilmu di dada untuk membangun iman bersama? Yakin pada diri, jika hanya berterusan memberi alasan hari demi hari dengan tidak bersedia. Sampai bila? Mereka yang keciciran akan terus tercicir. Tidak akan pergi jauh dalam proses tarbiah. Bermula dengan peribadi muslim, insyaaAllah Allah pasti membantu untuk membangun iman bersama-sama. Jangan tinggal majlis ilmu, mengajak kepada kebaikan jangan berhenti, jangan sesekali berputus asa.
Sudah kuat dan kukuh iman, tiada masalah jika ditempur dengan pelbagai senjata-senjata syaitan yang tidak lain hanyalah ingin merobohkan iman manusia.
Hebat sungguh manusia itu, jika di uji sebesar manapun ia tetap bersabar. Itulah cara Allah meninggikan darjat hamba di sisiNya. Bekalan iman itu perlu kukuh dan bersistematik.

Subscribe to:
Posts (Atom)