Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

06 October 2013

Ilmu dan masa

Sepanjang minggu ini ana sangat berhajat untuk menulis, tetapi atas kekangan masa yang difokuskan kepada tanggungjawab sebagai Hamba Allah dan pelajar, tidak sempat untuk menukilkan sesuatu. Alhamdulillah pada malam ini, ana berhajat untuk berkongsi banyak input-input yang diperolehi disepanjang minggu ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah permudahkan aku untuk menulis dan permudahkan dalam usaha menyebarkan dakwah kepada mereka yang membacanya. Izinkan...

Allah sungguh baik. Sepanjang minggu ini, sungguh banyak ilmu yang dikutip. InsyaaAllah satu persatu ana ingin kongsikan kepada pembaca. Mudahan bermanfaat. buangkan rasa hati, fokus redha Allah.

Allah izin pada minggu lepas, ana sempat menghadiri karnival Mahabbah Ikim di Pusat Islam Melaka. Merancang untuk ke sana bersama sahabat yang dahulunya turut sama belajar di bangku Maahad.Walaupun tidak sama bidang dan tempat, kami merancang untuk tunggu di tempat yang sama,dan pergi bersama. Minat terhadap hiburan Islami  tidak dapat dipisahkan sejak di bangku Maahad lagi. :-)

Allah izin juga pada malam tersebut, kakak dan abah sudi mengambil dan menghantar untuk ke pusat Islam. Walaupun terlambat untuk sampai di sana, ruh karnival yang berlangsung selama 2 hari dapat di rasai. Malam cinta Rasul, Pengsisan daripada Ustaz Ebit lew dan juga konsert mahabbah dapat di hadiri. Alhamdulillah. Melakukan aktiviti yang diminati dan juga di redhai Allah, pasti hati tidak pernah mengatakan lelah kepada badan yang bergerak. Allahu... Baiknya Allah.

Peluang membaca Alquran bersanad secara talaqqi di sebuah pengajian As-Sirajul Munir, membuahkan semangat yang tinggi kepada ana untuk lebih mencintai ilmu Alquran. Hajat doa daripada pembaca untuk ana meneruskan cita-cita ini. Jasa adik lelaki, m.cik sepengajian dan sahabatku yang menemani pergi dan balik, hanya Allah yang dapat membalasnya. Ana masih terikat dengan pengajian di kampus, jika berkelapangan ana akan turun ke Assirajul munir. Assirajul munir merupakan tempat pengajian untuk muslimah yang ketandusan ilmu agama seperti ana ini. Kemeriahan majlis ilmu dan kerendahan hati seorang guru menabur jasa kepada anak muridnya, membuatkan hati ana tidak sesekali akan meninggalkan tempat pengajian seperti ini. Ana tekad untuk menghabiskannya melainkan ada halangan yang tidak dapat ditempuhi. Ana baru bertatih dalam surah Al-Fatihah dan juzu' 30. Hajat doa untuk sambung ke juzu' seterusnya ya. :-)

Dalam masa yang sama, Allah izin pada minggu ini Allah mudahkan dalam menuntut ilmu. Alhamdulillah.

Sepanjang pengajian ilmu yang dihadiri, ana terkesan dengan 2 perkara. Antaranya ialah

1) Target pencapaian ilmu dalam kehidupan. mengikut economic life...

Pencapaian seusia 0-24 tahun adalah dalam proses. Pencapaian meningkat dari tahun ke tahun, sehingga pencapaian yang maksimum berada dilingkungan umur 25 Tahun.

Pencapaian seusia 25-60 Tahun akan sentiasa sekata. sehinggalah saat 61 tahun, pencapaian akan menurun sedikit demi sedikit.

Adakah pencapaian tersebut yang ingin kita lakukan. sama sekali tidak! Renungi kata-kata Allah 51:56, surah Adzariyat... wama khalaqtul jins wal ins, illa liya'budun...
dan 2:30, surah Albaqarah... waizqalarabbukalilmalaikati inni jaa 'ilunw fil Ardhi khalifah.

Ayat di atas menerangkan pencapaian kita yang sebenar sebagai Hamba Allah dan khalifah di muka bumi Allah, mudahan daripada umur lahir ssehingga mati, line graph pencapaian adalah sekata. Mudahan dimudahkan Allah mencapai pencapaiaan yang sekata dalam hidup. Aamiin...


2) Pelbagaikan ilmu dalam kehidupan.

Minggu ini kerap kali menerima cerita pengalaman beberapa hamba Allah yang menukar bidang akademik, dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang dakwah dan agama. Mudahan Allah izin ana untuk seimbang. Walaupun fokus ana dalam bidang lain, dan minat ana pada bidang lain. Mudahan dipermudahkan. Ilmu Allah itu luas. Itulah hikmah dalam kehidupan. Tidak mampu menandingi ilmu Allah. Jika hendak ditulis menggunakan tinta air lautan, pasti habis kekeringan Air lautan. Begitu luas ilmu Allah.

Ilmu itu adalah sesuatu ilmu yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Proses dalam mempelajari ilmu akademik memberi masa yang lama untuk kita memikirkan natijahnya. Bukan tidak ada, tetapi lambat prosesnya. Ilmu agama, indahnya jika mendalaminya. lebih dekat dengan Allah. Perlu seimbang, kerana itu dituntut di dalam Islam.

Terkadang ana memikirkan satu hadis yang baru dipelajari daripada karangan pena hujjatul Islam. Mafhumnya, beramallah sekadar mana engkau ingin tinggal di dunia, dan beramallah sebanyak mana engkau ingin hidup di akhirat. Ana ingin hidup di akhirat abadan-abadan. Ayuh persiapkan bekalan untuk di bawa ke akhirat selama-lamanya. Aamiin.... Allah pasti dengar hajatku ini... Ayuh mengaminkan bersama.

3) Pembahagian masa Imam syafie dalam kehidupan hariannya.

Masa malamnya dibahagikan kepada 3 bahagian. 1/3 untuk beribadah, 1/3 untuk membaca dan1/3 untuk mengarang buku. Malam kita? Bagaimana? ayuh mencontohi Imam Syafie... Allah pasti mendengar hajat hambaNya.

p/s: Allah sungguh baik bukan? Memberi laluan ilmu kepada hambaNya dengan pelbagai corak. Inginkan laluan yang lurus dalam menuntut ilmu? Tidak mudah untuk perolehinya. Manusia yang beriman tidak akan dibiarkan merasai bahawa dia sudah benar-benar cukup beriman. Pasti akan di uji dengan apa cara sekalipun. Kenikmatan di akhirat tidak akan diberikan secara mudah.

 3:142
Surah Ali Imran 
 Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Terinspirasi menggunakan nombor untuk menjelaskan maksud ayat Alquran. Terinspirasi dengan seseorang yang menghafaz nombor surah. Ana dalam proses mengingat nombor surah. Hajat doa.
:-)

No comments: