
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Ini kisah jadi teladan
Buat semua muslimah harapan
Hidup ini penuh dugaan
Kalau x hayati habislah masa depan
Sabahal khair ucapan di beri
Jagalah aurat ke mana pun pergi
Itulah pesanan penuh bererti
From ustaz yang mencurah bakti
Kitab AlAzhar jadi sanjungan
Bile time pekse amboi sibuknyer
Nota disalin jadi panduan
Bila dapat paper hah senangnyer
Ini cerita indah-indah belaka
Lepas pekse cubalah tanya
Apakah jawapan yang dijawab mereka
Wallahu a’lam aku dah lupa.
Bertudung labuh ayu lagaknya
Ikhlas ke? Peraturan sahaja?
renunglah akhirat nak letak mana
Kalau ilmu tidak kau guna.
Dulu berlumba dengan member
Hafal Quran banyaknyer….
Terjerit terlolong ikut suka hati jer
Itulah… alquran dah luper….
Kasihan ustaz mengajar kita
Ibu bapa mengharap anaknya berguna
Itulah tak reti bahasa
Akhirat di tanya nak jawab apa?
Alasan berhikmah penuh berhelah
Dengar yer apa yang di kata mereka
“tak payahlah nak jadi ustazah”
“kau ingat kau baik sangat ka?”
bila ditegur, kau peduli apa?
Alasannya aku bukan insan sempurna
Bila di tanya, kau nak apa?
Biarkanlah, asal aku bahagia.
Memanglah insan tiada yang sempurna
Kerana itulah kita dituntut berusaha
Betulkah diri nak bahagia?
Senang cerita jangan buat dosa.
Alhamdulillah tazkirah dah tamat
Semoga keikhlasan mencapai matlamat
Sedarlah diri bukanlah hebat
Cuma mencari hujah pendapat.
Bukan mengata Cuma nak kata
Kuakhiri kata penutup bicara
Teguran ikhlas untuk diri saya
Tak lupa muslimah diserata dunia….
Ukhuwah fillah: muslimahqawiyah(^_^)