Salam alaik! Nun wal qalami wama Yasthuroon.
Hajat hati tidak mahu menulis. Mengenangkan ada masih berbaki 5 hari lagi untuk sesi kuliah ana berasa sangat lapang. Buat pembaca sekalian, ana rasa ingin kongsikan mengenai tajuk kajian ana. Tajuk kajian thesis tahun akhir di bumi Usim :-)
Petang tadi sempat bersembang mesra dengan seorang sahabat ex maahad di ruangan chat Line. Apabila ana menyebut supervisor dan thesis. Dia bertanya "Apa tu Dayah?". hu3. Ana pun menjawab "La, itu pun tak tahu, thesis itu kajian ilmiah dan supervisor itu adalah lecturer yang diamanahkan untuk menjadi penasihat dan penilaian thesis ini.". Sahabat ana pun menambah "ye la, kita kan tak masuk U, duk kat madrasah je."
ana ketawa. "hu3, tak masuk U pun dah mengajar anak orang pun. Ustazah arab lagi." :-)
Berbalik kepada tajuk kajian ana. InsyaaAllah, ana cuba simple kan tajuk, untuk lebih mudah kalian faham.
"The Islamic calendar effect and Analysis of Investor behaviour 'speculation' in FTSE Bursa Malaysia."
Begitulah bunyinya. Ana tak secemerlang mana untuk memilih tajuk-tajuk yang gah dan susah. Ana fokus kepada tajuk yang ana rasakan dapat memberikan sumbangan kepada Islam khususnya.
Ana nak lihat kesan pengaruh bulan-bulan Islam terhadap saham Islam di Malaysia. Untuk memudahkan pembaca faham, ana akan kaji samada dengan kehadiran bulan Islam seperti bulan Ramadhan memberi kesan positive atau negative dalam pelaburan Islam. Mana tahu, Ramadhan kan bulan mulia. Berkat bulan mulia, hasil kajian ana positive. Kalau sebaliknya, ana akan kemukan hujah untuk menyokong hasil keputusan. Di samping itu, ana akan menambah satu kajian tentang gelagat pelabur di bulan Ramadhan dan Syawal. Jika ia memberi kesan positive, adakah ia juga mendorong kepada pengurangan aktiviti spekulasi?
Spekulasi merupakan aktiviti mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah sehingga mendorong kepada pelaburan yang berisiko tinggi. Spekulasi di larang dalam Islam kerana aktivitinya seakan sama dengan mencuba nasib. Dalam erti kata yang lain gambling, perjudian.
InsyaaAllah untuk membawa kepada hasil keputusan terhadap hipotesis yang ana telah lakukan, 3 kaedah methodologi kajian yang akan di gunakan. Jika menyebut mengenai methodologi kajian, kursus ana berbeza dengan kursus pure science. Ana Science Maths. Jadi methode tertumpu pada model mathematics. Jujur ana katakan, model lebih susah daripada formula. penerangan model simple, tetapi dalam model ada formula. Formula panjang berjela. Ana sering jatuh dengan subjek yang bermodel2 ni. Mudahan sahabat yang membacanya dapat mendoakan ana.
Ana akan gunakan kaedah Dummy Regression, Ujian Jarque-bera, dan Ujian Arch. Ana tidak mampu menjelaskan ketiga-tiga methode kajian ini kerana ana sendiri malu untuk memberitahu. Khuatiri salah dan sesat :-) Bukan kepakaran untuk membincangkannya di sini.
Mungkin setakat ini sahaja ana dapat merumuskan tentang kajian yang ana bakal lakukan. Mohon doa daripada pembaca sekalian. Tidak mengapa jika tidak dapat A, tidak cemerlang, mudahan usaha ini Allah nilai. Sedikit pun tak mengapa ya Allah.
hatiku membisikkan yang pasti, nafsu membisikkan yang tidak pasti, tetapi iman membisikkan yang benar-benar pasti. Mudahan kita tergolong dalam mereka yang punyai iman, akhlak, dan peribadi muslim yang tinggi. InsyaaAllah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment