Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

01 September 2013

Jangan rosakkan hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun wal qalami wama yasthuroon.

Salam alaik! Ya Allah, terima kasih mengizinkan aku untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. persoalan sering timbul dibenak fikiranku. bilakah Engkau ingin mengambil nyawaku ya Allah. seolah-olah aku sudah cukup bersiap untuk menghadapMu. Tetapi aku sendiri malu untuk meminta kepadaMu, supaya mengizinkan aku untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang berbaki  ini untuk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada AgamaMu. Izinkan aku menebus segala dosa yang telah dilakukan. Sungguh aku takut hukuman dan ancamanMu kepada sesiapa yang telah melanggar suruhanMu.

Setiap kali memikirkan keampunanMu yang melangit luas, aku tidak jemu meminta taubat kepadaMu.

Ketika ini, tengah menyiapkan men'staple' set soalan PMR. beribu2 helai. Amanah ini disandarkan oleh p.cik kepada diri ini. Mudahan dapat di siapkan hari ini juga. Lelah menyiapkannya. 3 kali menerima tugas ini, ana berasa sangat lelah. Pernah 2 kali membuat set soalan PMR, cukup 2 kali, kini hanya mengambil tugas men'staple' set soalan sahaja.

Ini tulisan terakhir di kediaman tercinta. Esok ana bakal bertolak ke campus dan meneruskan sesi pembelajaran. Sungguh ana berasa sayu untuk meninggalkan rumah yang penuh dengan kegembiraan. Orang beriman itu diuji dengan nikmat berkeluarga. Ana sayu meninggalkan mak abah, ana sayu meninggalkan atuk, ana sayu meninggalkan surau. sepanjang 2 bulan berada di rumah, banyak sungguh cerita indah dan bahagia dinukilkan. 2 bulan yang mulia menjadi kenangan yang terindah dalam kamus hidup ini. Terima kasih Allah mengizinkan aku melalui dua bulan ini di rumahku syurgaku.

Sewajarnya 2 bulan ini ana perlu manfaatkannya untuk bekerja. Tetapi rezeki bukan di pihak ana. Guru tadika Pasti dan sekolah agama sudah pun terisi. Itu tandanya Allah memberi peluang kepada ana untuk fokus kepada ibadah di bulan yang mulia =)

Kebetulan pula kehadiran 2orang adik tahfiz menumpang di surau keluarga dan atuk yang berhajat untuk tinggal di rumah tuanya di bulan puasa, memerlukan tenaga ana untuk membantu mak yang keseorangan dalam melaksanakan tugas sebgai suri rumah. Surau mesti dibersihkan, atuk perlu ada teman. Makan sahur dan berbuka, juga perlu disediakan. Bak kata mak, di bulan puasa semakin kerap ke dapur. hu3. Air tangan mak tidak dapat ditandingi. :-)

Kalau ada majlis dan kenduri, lagilah sibuk. kelam kabut membersihkan surau, pinggan mangkuk dan sebagainya. Berbeza, kalau ada tetamu dengan tiada tetamu. Pergerakkan dan percakapan pun terbatas. walaupun mereka adik-adik belaka, jika yang tidak kenal itu lelaki, payah sikit untuk menunjukkan muka. Tambahan pula adik lelaki ana sering menegur ana. Yang datang tu lelaki, seganlah sikit kak dayah. ana iyakan sahaja. :-)

Sungguh sayu nak tinggalkan mak abah. Mak abah adalah sahabat yang terbaik di dunia. Adik-adik dan kakak-kakak yang banyak meraikan kehadiran ini, ana pasti akan merindui kalian. Saudara mara umpama adik-adik kandung yang menceriakan hati ini. Atuk pula, ana sayu dan berat nak tinggalkan atuk. sebab atuk dah hilang teman untuk berbicara tentang politik, tiada teman nak tengok astro tengah-tengah malam, tiada teman untuk mengulas tentang buku. dan ana bimbang jika atuk jatuh dan pengsan di rumahnya bagaimana? ketika itu tiada siapa yang ada. Allah. atuk berulangkali menyuruh ana untuk berjumpa dengannya sebelum nak balik, datang tengok atuk dulu. Rupanya, atuk nak bagi duit untuk belikan dia buku. Atuk kata tak cukup lagi ilmu, banyak nak kena baca. :-) Buku atuk, buku dayah juga :-)

Allah... dah macam karangan diari pula. Tujuan ana menulis bukanlah nak menceritakan semuanya yang telah ditulis di atas. Idea datang tanpa di duga. maka ana biarkan untuk terus mengalir.

..........................

Tajuk utama entry, jangan rosakkan hati. Ana ingin menegur kepada pembaca, jika ada masalah hati dengan pembacaan ini, ana nasihatkan berhenti untuk membacanya. Ana bimbang dengan penulisan ini, mampu melalaikan hati. Niat ana menulis untuk dijadikan bahan rujukan buat adik-adik muslimah khususnya. Mereka dahagakan ilmu, melalui karya ini ana berhajat untuk berkongsi dengan mereka.

mengapa tidak private? jika di private, bukanlah namanya ilmu. Ilmu itu terbuka buat mereka yang ingin mengambilnya dan mengamalkannya. situasi di zaman ini, anak-anak muda lebih terbuka dengan penyampaian yang bercorak pegalaman. Mereka suka meniru dan mencuba apa yang difikirkan baik untuk dilakukan. Berbanding daripada corakan ibu bapa itu sendiri. Satu kelemahan, mereka suka meniru dan mencuba kebaikan orang lain, tetapi tidak suka kepada siapa yang ditirunya itu mengetahui. Tidak mengapa, ana cuba untuk meraikan kelemahan itu, dan berfikiran positive. InsyaaAllah.

Jadi, ana tegaskan. Berhenti jika penulisan ini melalaikan. Dan teruskan jika ia memberi manfaat. Orang yang berilmu dan mempelajari hakikat penyakit hati itu sendiri yang tahu. Maka, berfikirlah dengan mata ilmu dan mata hati.

suasana di rumah banyak memberi ilham untuk menulis. Apabila pulang ke campus, desakan aktiviti dan akademik mengehadkan idea untuk menulis. Mohon maaf jika kualiti penulisan selepas ini merosot.

ana masih berbaki 1 semester di bumi Usim. Kecemerlangan tidaklah diimpikan setinggi langit, jika ia bakal dianugerahkan oleh Allah, ana bersyukur sangat. Cukuplah Allah mengizinkan ana untuk menghabiskannya. Mohon doa untuk menghabiskannya.

Ana berasa letih untuk menunggu saat yang dinantikan iaitu mengaji ilmu diniyah. 5 tahun, sudah cukup ternanti-nanti. Teringat, satu saat pernah ana bertanya kepada mak. Kalau dayah nak berhenti belajar, sambung ambil agama boleh? mak tidak mengizinkan.kerana mak tidak mempunyai duit. mak menasihati, peluang untuk ambil akademik hanya sekali. Asas agama sudah ditanamkan sejak kecil lagi, selepas memiliki ijazah dan dayah punyai duit sendiri, dayah berhak untuk mengaji berapa banyak ilmu sekalipun, mak tidak melarang.

Ya Allah, betapa kerdilnya diri ini. mak sungguh hebat rancangannya. mengatur kehidupan anak-anaknya begitu cemerlang sekali. InsyaaAllah, selepas berjaya menghabiskan degree, dayah akan bantu adik untuk mengaji ilmu Allah. Alhamdulillah, semua ahli keluarga memberi sokongan. Ana akan berusaha membantu diri sendiri dan adik-adik ana. Mohon doanya buat semua ahli keluarga ana :-)

No comments: