Hamba ini lemah apabila berada dihadapanMu, tetapi berlagak kuat dihadapan manusia. Sungguh aku lemah menghadapi fana ini, kuatkanlah aku Ya Allah.
Berdoalah!!!
21 September 2013
Bantahan terhadap surat perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi
Bismillahirrahmanirrahim. Nun wal Qalami wama yasthuroon.
Mudahan tinta ini menjadi saksi sokonganku terhadap syekhuna, Dr Yusof Al-Qardhawi. Bahkan dalam penulisan ini ana turut menyatakan bantahan terhadap kezaliman dan kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam khusunya di negara Mesir. Sengaja ana menggunakan istilah Syekhuna kerana ana ingin membangkitkan rasa izzah dalam diri pembaca terhadap Ulama' ini. Syekhuna Dr Yusof AlQardhawi merupakan ulama' dunia. Beliau seorang ulama' dan rujukan bagi semua umat Islam di dunia. Beliau murabbi kita, syeikh kita, ayuh beramai-ramai menyatakan bantahan terhadap surat perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi oleh Pemerintahan rejim tentera mesir.
Sebelum ana menyatakan hujah atas bantahan ini. Izinkan ana untuk memperbetulkan kefahaman terhadap konflik yang berlaku di mesir. Ilmu-ilmu yang bakal dikongsikan ini adalah catatan yang diperolehi daripada program dan seminar yang di hadiri. Mudahan bermanfaat.
Konflik yang berlaku di mesir sehingga menumpahkan darah rakyat merupakan satu sejarah yang bakal terpahat dan tertulis dilembaran sejarah Islam. Allahu... Status syahid dan syahidah menjadi pertikaian. Bukan kepakaran ana untuk menjelaskannya di sini. Isu demokrasi hangat juga diperbincangkan. Di sini ana berhajat untuk berkongsikan tentang isu demokrasi.
Jika berhujah mengenai bantahan terhadap rejim kerajaan mesir atas dasar demokrasi semata-mata, maka bertaubatlah wahai pejuang Islamku sekalian. Sedarilah bahawa demokrasi adalah wasilah Umat Islam untuk mencapai pemerintahan Islam yang sebenar. Bagi mereka yang berjuang atas nama demokrasi, tajdid niat anda. Berjuanglah atas dasar menegakkan Islam kerana Allah. Bukan berjuang atas mempertahankan hak demokrasi semata-mata. Dikhuatiri mati sia-sia. Allahu... Perumpamaan kita berjuang dalam membantah harga nasi lemak naik contohnya. ^_^ sehingga berlaku pertumpahan darah, adakah di kira syahid? Wallahua'lam. Allah sebaik-baik penilai. tajdid niat anda.
Ana bimbang perkara demokrasi menjadi perkara utama dalam perjuangan mereka. Begitulah yang berlaku di Malaysia. Mereka yang bukan Islam juga mempertahankan hak demokrasi, berhimpun dijalanan. Adakah kita juga seperti mereka. hanya berdemonstrasi semata-mata mempertahankan hak demokrasi? Wallahu a'lam.
Tanpa demokrasi, Islam akan terbela juga. Ketahuilah, Allah itu sebaik-baik penolong.
Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi menasihati umat Islam supaya bertindak menghalang tindakan rejim kerajaan mesir bukan dengan cara bersenjata dan saling membunuh. Malahan larangan memperlakukan tindakan yang extreme terhadap rejim kerajaan Mesir dipatuhi oleh rakyat mesir. Mengapa seolah-olah pejuang islam khususnya daripada pihak ikhwanul muslimin berdiam diri? Sahabatku sekalian, nafas Ikhwanul muslimin itu panjang, ditangkap dibunuh diseksa merupakan perkara yang biasa bagi mereka yang beriman. Bermula sejarah pembunuhan IHAB (Imam Hasan Al-Banna), penangkapan syed Al-Qutb dan ramai lagi. Semua itu telah terbukti dari kesan kekuatan imannya sebagai seorang muslim. Jika tidak diuji, tidak dianggap mereka itu pernah beriman. Itulah namanya kekuatan. Mereka berpegang dengan kekuatan Iman. Mereka juga berpegang dengan hadis Rasulullah S.A.W. Mafhumnya," tolonglah saudara kamu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi".
Maksud hadis yang dinyatakan di atas bukanlah memberi pengertian kepada suruhan membantu mereka melakukan kezaliman, tetapi adalah suruhan untuk membantu dalam menghentikn kezaliman yang di lakukannya. Dengan cara apa? Doa dan dakwah. Jika mempunyai kuasa, gunakanlah saluran-saluran diplomatik, demokratik, politik, dan jalinkan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang turut bertindak dalam menghentikan kezaliman. InsyaaAllah, Allah itu sabaik-baik penolong.
Adakah Rasulullah S.A.W pernah menyuruh untuk membunuh sesama Islam? Rasulullah S.A.W tidak pernah menyuruh mahupun melarangnya. Terimbau satu hadis. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Abu Bakrah bertanya, Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka? Jawab baginda, kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.
Niat menjadi ukuran amalan atau perbuatan manusia sehingga orang yang membunuh (tanpa hak) dan terbunuh sekalipun dikira sebagai berdosa jika dia juga mempunyai niat untuk membunuh lawannya. Niat itu penting wahai sahabatku, wahai pejuang Islam khususnya. Niat....
Ana kesal dengan cara didikan yang dilakukan dalam latihan ketenteraan. Usahlah berbicara negara mana. negara kita kah? Wallahu a'lam. Menurut apa yang didengar, maaf jika salah. Mereka dididik secara keras untuk membuang rasa belas kasihan terhadap lawannya. Lebih kurang maksudnya, kalau nak bunuh lawan nanti tidaklah takut-takut. Naudzubillah. Tajdid niat, Asadullah itu adalah mereka yang mempertahankan Islam bukannya membunuh lawan tanpa rasa belas kasihan dan kejam. Sepertimana kita lihat tentera pada waktu ini. Apa yang telah dilakukan terhadap anak kecil? terhadap warga tua? terhadap mereka yang tidak mengerti apa-apa? Ya Allah jauhilah kami daripada tersasar daripada niat yang sebenar. Kembalilah kami kepada tarbiyah dan acuan Islam yang sebenar.
Panjangnya hujah. Hajatnya untuk menulis mengenai bantahan ana terhadap perintah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardhawi. Ana amat berharap dengan penulisan ini mampu menyedarkan hati-hati pembaca agar turut berusaha dalam rangka berdoa dan berdakwah kepada mereka yang melakukan kekejaman dan kezaliman.Ana turut bersama membantah penangkapan Syekhuna Dr Yusof Al-Qardharwi. Bukan sahaja bantahan terhadap penangkapan ini, bahkan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan terhadap umat Islam di dunia ini. Islam itu harus dipertegakkan dan diselamatkan daripada tangan-tangan yang kotor. Allahu Ma'ie...
::Asadullah itu mereka yang mempertahankan Islam kerana Allah::
tinta daripada pena_hidayah, 16 zulkaedah 1434H.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment