Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

04 September 2013

SUDOKU

Assalamualaikum w.b.r.t.h.

Jalan-jalan membaca blog sahabat-sahabat. Ya Allah, tingginya penguasaan ilmunya. Terlintas di minda, samada dia copy and paste atau hasil nukilannya sendiri. Ternyata, itu tulisannya. Ana kagum. Menangisi kelemahan diri. Ilmu sedikit ini tidak tahu ingin menulis apa. Sumber dan hujahnya, seolah-oleh digarap daripada sebuah buku. kebanyakannya buku ilmiah dan dakwah. Rupanya, penulis itu sendiri memiliki kelulusan agama. sedangkan ana, hanya memiliki buku agama dan minda yang ketandusan guru untuk memahaminya.

Mujurlah, ada soduku pengubat hati. Selesai menyempurnakan kotak kosong dengan nombor, seolah-olah masalah yang terbuku di dada, hilang... Alhamdulillah ana berjaya menyelesaikan jawapannya. Dalam kesibukan orang lain menulis tentang cinta dan jodoh, ana ingin kongsikan kelebihan soduku. :-)

Soduku berasal dari negara jepun. Dahulunya dikenali Suji wa dukoshin Ni Kigaru. Di pendekkan menjadi SUDOKU.

Sudoku atau maksudnya angka tunggal menjadi kayu pengukur kecerdasan seseorang. Sudoku terdiri daripada 5 peringkat. Very easy, easy, medium, hard, and very hard. Semakin cepat seseorang itu menyelesaikan kotak nombor, semakin cerdas otak seseorang itu. InsyaaAllah.

Bahagian kotak yang perlu di isi hanyalah menggunakan nombor tunggal 1-9. Jika sudah menggunakan angka tersebut, pastikan tidak mengulanginya.

Sudoku merangsang sel-sel otak untuk bekerja. Terutamanya otak di sebelah kiri. Belajar nanti cepat dapat, cepat tangkap :-) Tambahan pula, soduku mengajar pemainnya untuk berfikir dengan logik dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Sudoku ini amat diminati oleh mereka yang berfikiran logik. Jika mempunyai ahli keluarga atau anak-anak yang lemah dalam matematik atau daya berfikir, maka berikanlah mereka soduku untuk bermain.

Ana sering mendengar bagi Ibu yang hamil yang inginkan anaknya cerdas dan pintar, digalakkan untuk melakukan game soduku. InsyaaAllah akan merangsang pertumbuhan sel otak anak-anak dalam kandungan. Jangan terlalu dimodenkan dengan barat sahaja, bacaan Alquran dan pembacaan ilmiah daripada kitab-kitab ulama' muktabar juga perlu diamalkan oleh ibu yang mengandung. Itu jangan dilupakan.

bercakap mengenai logik. Mengaji bidang agama, tidak semuanya kita akan bermain dengan logik. Pembuktian semuanya berdasarkan dalil daripada Alquran dan Hadis. Ada sesetengah perkara tidak boleh bermain dengan logik. seperti contoh alam ghaib dan hari Kiamat.

Jika berhujah mengenai ketuhanan, golongan atheis seringkali menggunakan logik untuk menolak agama Islam. Maka wujudlah pemikir-pemikir Islam yang berdakwah menggunakan logik akal untuk melawan hujah golongan itu. Dalil Aqal. Kreatifnya pendakwah Islam. Mudahan ana mencontohi mereka. :-)

Perlu berhati-hati, jangan meletakan logik adalah dalil nombor satu dalam hujah anda, kerana dalil yang utama itu adalah Alquran dan Assunnah. Islam membenarkan penggunaan logik untuk melawan hujah, bukan untuk dijadikan sumber hujah. Banyak perkara yang tidak dapat dirungkaikan dengan hanya bermain dengan logik. Jika Islam ini datang dengan Logik, tiada guna lagi sandaran kita terhadap Al-Quran dan Assunnah.

Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menekankan bahawa apabila ditemui seseorang yang lazim membahas tentang apa-apa isu agama berdasarkan logik, maka janganlah ikut berbahas dengannya. Para tokoh al-Salaf al-Shalih telah berpesan agar tidak duduk berbahas dengan orang yang bermain logik. Ini kerana kebenaran tidak akan tercapai melainkan oleh siapa yang paling bijak bermain logik. Padahal agama yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah berdasarkan logik, tetapi berdasarkan “Firman Allah” dan “Sabda Rasulullah.”

p/s: setinggi-tinggi ilmumu menggunakan logik akal, segeralah kembali kepada Allah.

" تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما ابدا كتاب الله وسنتي"

No comments: