Bismillahirrahmaanirrahim.
Orang tidak nampak kesusahan dan kesedihan yang kita alami.
Tetapi rem seakan memahami.
Setiap kali nak solat, dia ada menghampiri.
Setiap kali bergerak pergi mengajar, dia pasti ada dihadapan mata.
Setiap kali turun daripada kereta atau motor, dia ada
menanti.
Setiap kali mengajar AlQuran, dia ada duduk di atas riba.
Setiap kali belajar, dia ada menemani.
Setiap kali diuji, dia ada di sisi.
Setiap kali lapar, dia akan meleset.
Kadangkala mengalami kesibukan.
Terlupa berikannya makanan.
Kadangkala makanan habis, duit pula tiada.
Hanya mampu meminta maaf kepadanya.
Bersalah dengan diri.
Dahulu rem seorang yang buas.
Jika diberikan makanan, seakan tidak sabar.
Gigit menggigit menjadi kebiasaannya.
Apabila dididik dengan suasana AlQuran.
Suasana ilmu.
Ternyata dia sudah menjadi mesra dan ramah.
Makan pun menunggu dengan sabar.
Jika ada bersyukur. Jika tiada bersabar.
Tidak lagi menggigit.
Pandai mendengar kata.
Bahkan tertunduk diam, apabila mendengar AlQuran dibacakan.
Kini…
Tidak lagi Jemaah surau melihat gelagatnya.
Tidak lagi anak didik melihat karenahnya yang
melompat-lompat.
Tidak lagi ada teman di saat diri ini memerlukan kekuatan.
Rem pergi saat diri ini sangat memerlukanmu.
Saat ujian bertalu-talu hadir.
Buntu.
Pada siapa lagi mahu dilepaskan beban ini?
Allah itu sentiasa ada.
Kehilangannya satu ujian.
Sudah lama tidak menangis hiba seperti ini.
Muhasabah dan perbaiki hati dalam waktu yang ada ini.
Tanda teguran Allah dan hikmahNya yang tidak diketahui lagi.
InsyaaAllah bertemu di syurga.
InsyaaAllah bertemu di syurga.
Nota kaki: Rem kucing yang baik dan solehah. Namanya diambil
sempena menggantikan seekor kucing yang pernah hilang di bulan ramadhan. Mak
menyerahkan tanggungjawab menjaganya kepada diri ini setelah pulang daripada
masjid. Ada sahaja gelaran yang memanggilnya mei meng. Tetapi, tuanmu ini tetap
mahu memanggil Rem. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang terbaik, sedangkan
tuanmu ini terlalu banyak salah dan silapnya kepadamu. Mudahan Allah mengampuni
segala dosaku terhadapmu.
Jika seekor kucing pergi dengan kematian, diri ini seakan tidak
mahu lagi mencari pengganti. Kesibukan tidak meyakinkan untuk diri ini untuk menjaganya
dan memberikan perhatian. Allah tahu kita perlu. Selalunya akan hadir
pengganti. Pasti akan hadir pengganti selepasnya. Semestinya tidak sama.
No comments:
Post a Comment