Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

03 September 2013

Kajian Tahun Akhir

Salam alaik! Nun wal qalami wama Yasthuroon.

Hajat hati tidak mahu menulis. Mengenangkan ada masih berbaki 5 hari lagi untuk sesi kuliah ana berasa sangat lapang. Buat pembaca sekalian, ana rasa ingin kongsikan mengenai tajuk kajian ana. Tajuk kajian thesis tahun akhir di bumi Usim :-)

Petang tadi sempat bersembang mesra dengan seorang sahabat ex maahad di ruangan chat Line. Apabila ana menyebut supervisor dan thesis. Dia bertanya "Apa tu Dayah?". hu3. Ana pun menjawab "La, itu pun tak tahu, thesis itu kajian ilmiah dan supervisor itu adalah lecturer yang diamanahkan untuk menjadi penasihat dan penilaian thesis ini.". Sahabat ana pun menambah "ye la, kita kan tak masuk U, duk kat madrasah je."
ana ketawa. "hu3, tak masuk U pun dah mengajar anak orang pun. Ustazah arab lagi." :-)

Berbalik kepada tajuk kajian ana. InsyaaAllah, ana cuba simple kan tajuk, untuk lebih mudah kalian faham.

"The Islamic calendar effect and Analysis of Investor behaviour 'speculation' in FTSE Bursa Malaysia."
Begitulah bunyinya. Ana tak secemerlang mana untuk memilih tajuk-tajuk yang gah dan susah. Ana fokus kepada tajuk yang ana rasakan dapat memberikan sumbangan kepada Islam khususnya.

Ana nak lihat kesan pengaruh bulan-bulan Islam terhadap saham Islam di Malaysia. Untuk memudahkan pembaca faham, ana akan kaji samada dengan kehadiran bulan Islam seperti bulan Ramadhan memberi kesan positive atau negative dalam pelaburan Islam. Mana tahu, Ramadhan kan bulan mulia. Berkat bulan mulia, hasil kajian ana positive. Kalau sebaliknya, ana akan kemukan hujah untuk menyokong hasil keputusan. Di samping itu, ana akan menambah satu kajian tentang gelagat pelabur di bulan Ramadhan dan Syawal. Jika ia memberi kesan positive, adakah ia juga mendorong kepada pengurangan aktiviti spekulasi?
Spekulasi merupakan aktiviti mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah sehingga mendorong kepada pelaburan yang berisiko tinggi. Spekulasi di larang dalam Islam kerana aktivitinya seakan sama dengan mencuba nasib. Dalam erti kata yang lain gambling, perjudian.

InsyaaAllah untuk membawa kepada hasil keputusan terhadap hipotesis yang ana telah lakukan, 3 kaedah methodologi kajian yang akan di gunakan. Jika menyebut mengenai methodologi kajian, kursus ana berbeza dengan kursus pure science. Ana Science Maths. Jadi methode tertumpu pada model mathematics. Jujur ana katakan, model lebih susah daripada formula. penerangan model simple, tetapi dalam model ada formula. Formula panjang berjela. Ana sering jatuh dengan  subjek yang bermodel2 ni. Mudahan sahabat yang membacanya dapat mendoakan ana.

Ana akan gunakan kaedah Dummy Regression, Ujian Jarque-bera, dan Ujian Arch. Ana tidak mampu menjelaskan ketiga-tiga methode kajian ini kerana ana sendiri malu untuk memberitahu. Khuatiri salah dan sesat :-) Bukan kepakaran untuk membincangkannya di sini.

Mungkin setakat ini sahaja ana dapat merumuskan tentang kajian yang ana bakal lakukan. Mohon doa daripada pembaca sekalian. Tidak mengapa jika tidak dapat A, tidak cemerlang, mudahan usaha ini Allah nilai. Sedikit pun tak mengapa ya Allah.

hatiku membisikkan yang pasti, nafsu membisikkan yang tidak pasti, tetapi iman membisikkan yang benar-benar pasti. Mudahan kita tergolong dalam mereka yang punyai iman, akhlak, dan peribadi muslim yang tinggi. InsyaaAllah. Aamiin.

01 September 2013

Jangan rosakkan hati.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun wal qalami wama yasthuroon.

Salam alaik! Ya Allah, terima kasih mengizinkan aku untuk bernafas lagi di muka bumi Allah ini. persoalan sering timbul dibenak fikiranku. bilakah Engkau ingin mengambil nyawaku ya Allah. seolah-olah aku sudah cukup bersiap untuk menghadapMu. Tetapi aku sendiri malu untuk meminta kepadaMu, supaya mengizinkan aku untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang berbaki  ini untuk beribadah kepadaMu dan berbakti kepada AgamaMu. Izinkan aku menebus segala dosa yang telah dilakukan. Sungguh aku takut hukuman dan ancamanMu kepada sesiapa yang telah melanggar suruhanMu.

Setiap kali memikirkan keampunanMu yang melangit luas, aku tidak jemu meminta taubat kepadaMu.

Ketika ini, tengah menyiapkan men'staple' set soalan PMR. beribu2 helai. Amanah ini disandarkan oleh p.cik kepada diri ini. Mudahan dapat di siapkan hari ini juga. Lelah menyiapkannya. 3 kali menerima tugas ini, ana berasa sangat lelah. Pernah 2 kali membuat set soalan PMR, cukup 2 kali, kini hanya mengambil tugas men'staple' set soalan sahaja.

Ini tulisan terakhir di kediaman tercinta. Esok ana bakal bertolak ke campus dan meneruskan sesi pembelajaran. Sungguh ana berasa sayu untuk meninggalkan rumah yang penuh dengan kegembiraan. Orang beriman itu diuji dengan nikmat berkeluarga. Ana sayu meninggalkan mak abah, ana sayu meninggalkan atuk, ana sayu meninggalkan surau. sepanjang 2 bulan berada di rumah, banyak sungguh cerita indah dan bahagia dinukilkan. 2 bulan yang mulia menjadi kenangan yang terindah dalam kamus hidup ini. Terima kasih Allah mengizinkan aku melalui dua bulan ini di rumahku syurgaku.

Sewajarnya 2 bulan ini ana perlu manfaatkannya untuk bekerja. Tetapi rezeki bukan di pihak ana. Guru tadika Pasti dan sekolah agama sudah pun terisi. Itu tandanya Allah memberi peluang kepada ana untuk fokus kepada ibadah di bulan yang mulia =)

Kebetulan pula kehadiran 2orang adik tahfiz menumpang di surau keluarga dan atuk yang berhajat untuk tinggal di rumah tuanya di bulan puasa, memerlukan tenaga ana untuk membantu mak yang keseorangan dalam melaksanakan tugas sebgai suri rumah. Surau mesti dibersihkan, atuk perlu ada teman. Makan sahur dan berbuka, juga perlu disediakan. Bak kata mak, di bulan puasa semakin kerap ke dapur. hu3. Air tangan mak tidak dapat ditandingi. :-)

Kalau ada majlis dan kenduri, lagilah sibuk. kelam kabut membersihkan surau, pinggan mangkuk dan sebagainya. Berbeza, kalau ada tetamu dengan tiada tetamu. Pergerakkan dan percakapan pun terbatas. walaupun mereka adik-adik belaka, jika yang tidak kenal itu lelaki, payah sikit untuk menunjukkan muka. Tambahan pula adik lelaki ana sering menegur ana. Yang datang tu lelaki, seganlah sikit kak dayah. ana iyakan sahaja. :-)

Sungguh sayu nak tinggalkan mak abah. Mak abah adalah sahabat yang terbaik di dunia. Adik-adik dan kakak-kakak yang banyak meraikan kehadiran ini, ana pasti akan merindui kalian. Saudara mara umpama adik-adik kandung yang menceriakan hati ini. Atuk pula, ana sayu dan berat nak tinggalkan atuk. sebab atuk dah hilang teman untuk berbicara tentang politik, tiada teman nak tengok astro tengah-tengah malam, tiada teman untuk mengulas tentang buku. dan ana bimbang jika atuk jatuh dan pengsan di rumahnya bagaimana? ketika itu tiada siapa yang ada. Allah. atuk berulangkali menyuruh ana untuk berjumpa dengannya sebelum nak balik, datang tengok atuk dulu. Rupanya, atuk nak bagi duit untuk belikan dia buku. Atuk kata tak cukup lagi ilmu, banyak nak kena baca. :-) Buku atuk, buku dayah juga :-)

Allah... dah macam karangan diari pula. Tujuan ana menulis bukanlah nak menceritakan semuanya yang telah ditulis di atas. Idea datang tanpa di duga. maka ana biarkan untuk terus mengalir.

..........................

Tajuk utama entry, jangan rosakkan hati. Ana ingin menegur kepada pembaca, jika ada masalah hati dengan pembacaan ini, ana nasihatkan berhenti untuk membacanya. Ana bimbang dengan penulisan ini, mampu melalaikan hati. Niat ana menulis untuk dijadikan bahan rujukan buat adik-adik muslimah khususnya. Mereka dahagakan ilmu, melalui karya ini ana berhajat untuk berkongsi dengan mereka.

mengapa tidak private? jika di private, bukanlah namanya ilmu. Ilmu itu terbuka buat mereka yang ingin mengambilnya dan mengamalkannya. situasi di zaman ini, anak-anak muda lebih terbuka dengan penyampaian yang bercorak pegalaman. Mereka suka meniru dan mencuba apa yang difikirkan baik untuk dilakukan. Berbanding daripada corakan ibu bapa itu sendiri. Satu kelemahan, mereka suka meniru dan mencuba kebaikan orang lain, tetapi tidak suka kepada siapa yang ditirunya itu mengetahui. Tidak mengapa, ana cuba untuk meraikan kelemahan itu, dan berfikiran positive. InsyaaAllah.

Jadi, ana tegaskan. Berhenti jika penulisan ini melalaikan. Dan teruskan jika ia memberi manfaat. Orang yang berilmu dan mempelajari hakikat penyakit hati itu sendiri yang tahu. Maka, berfikirlah dengan mata ilmu dan mata hati.

suasana di rumah banyak memberi ilham untuk menulis. Apabila pulang ke campus, desakan aktiviti dan akademik mengehadkan idea untuk menulis. Mohon maaf jika kualiti penulisan selepas ini merosot.

ana masih berbaki 1 semester di bumi Usim. Kecemerlangan tidaklah diimpikan setinggi langit, jika ia bakal dianugerahkan oleh Allah, ana bersyukur sangat. Cukuplah Allah mengizinkan ana untuk menghabiskannya. Mohon doa untuk menghabiskannya.

Ana berasa letih untuk menunggu saat yang dinantikan iaitu mengaji ilmu diniyah. 5 tahun, sudah cukup ternanti-nanti. Teringat, satu saat pernah ana bertanya kepada mak. Kalau dayah nak berhenti belajar, sambung ambil agama boleh? mak tidak mengizinkan.kerana mak tidak mempunyai duit. mak menasihati, peluang untuk ambil akademik hanya sekali. Asas agama sudah ditanamkan sejak kecil lagi, selepas memiliki ijazah dan dayah punyai duit sendiri, dayah berhak untuk mengaji berapa banyak ilmu sekalipun, mak tidak melarang.

Ya Allah, betapa kerdilnya diri ini. mak sungguh hebat rancangannya. mengatur kehidupan anak-anaknya begitu cemerlang sekali. InsyaaAllah, selepas berjaya menghabiskan degree, dayah akan bantu adik untuk mengaji ilmu Allah. Alhamdulillah, semua ahli keluarga memberi sokongan. Ana akan berusaha membantu diri sendiri dan adik-adik ana. Mohon doanya buat semua ahli keluarga ana :-)

31 August 2013

Niqab/berpurdah mengundang masalah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Bagaimana ana ingin mulakan bicara penulisan ya? InsyaaAllah, sedikit demi sedikit ilham dan idea akan datang.

Ana bukanlah seorang yang berniqab, tetapi dikalangan sahabat-sahabat yang ana kenali, kebanyakan mereka adalah yang berniqab. Cuba-cuba itu, adalah. tetapi tidak sampai sehingga keluar memakainya. Ana tak sekuat mereka yang berpurdah. Situasi ana yang banyak melakukan aktiviti dan masih belajar di Universiti, tidak sesuai untuk ana memakainya. Tambahan pula, ana tidak kuat untuk memakainya. Jujur ana katakan.

Antara faktor mendorong ana tidak memakai purdah.
1) Suasana persekitaran tidak mengizinkan. Di Universiti terutamanya.
2) Khuatiri mengundang perhatian ramai
3) Penyakit hati yang melanda apabila di puji.

semuanya itu, ada langkahnya untuk di atasi. Tetapi untuk masa sekarang, 3 faktor ini ana rasakan paling sukar untuk dibendung. Makanya ana mengambil keputusan untuk tidak berpurdah.

seharusnya, yang berniqab itu berlindung di sebalik gambar. tetapi sebaliknya pula , ana kesal dengan segelintir daripada mereka yang berniqab, mengupload gambar dan memaparkannya di facebook. Tidak mengapa beramai-ramai, tetapi ini seorang. Walaupun ana turut akui, gambar itu sudah cukup solehah, tetapi kaum arrijal yang soleh perwatakannya pasti tertarik untuk mengetahui siapa empunya gambar tersebut. Sangat solehah dipandangannya. Jika anda berniqab, simpan dan biarkanlah ia menjadi rahsia anda. cukuplah hanya Allah yang mengetahui niatmu. Jika diupload, samalah juga kalian dengan mereka yang tidak berniqab :-)

uruf di Malaysia, jarang melihat muslimah yang berpurdah. Bahkan disangkanya extreme jika berpurdah dan berpakaian serba hitam. Lihatlah, rakyat Malaysia sendiri masih ramai yang tidak memiliki keterbukaan dalam menerima cara berpakaian sunnah dalam Islam. Bahkan ahli keluarga ana sendiri berasa takut melihat muslimah yang serba hitam pakaiannya. Uruf di Malaysia berbeza. Tidak salah jika hendak berpurdah, ikut keadaan tempat. Bimbang mengundang perhatian dan kata-kata orang, maka pilihlah untuk berpakaian purdah dan baju yang berwarna biasa, selain serba hitam. jangan berhias lebih. :-)

Ana biasa bersama dengan mereka yang berpurdah, bahkan turut terinspirasi untuk berpurdah. Tetapi, ada sesuatu perkara yang datang dahulu kewajipannya berbanding keharusan untuk berpurdah.

Tidak salah untuk berpurdah, bahkan ana menggalakkan sahabatku semua untuk berpurdah. sebelum berpurdah, selidiki dan fahami maksud berpurdah sebenar-benarnya. Jika faham, lalu amalkannya. dan pasti tidak berlaku fenomena muslimah berniqab mengundang perhatian arrijal soleh terutamanya di Facebook. Berpurdah sangat solehah, maka solehahkan dirimu, jangan menjadi fitnah buat agama. Sekali lagi ana bertegas, jangan menadi fitnah buat agama.

Ukhti ana pernah berpurdah suatu ketika dahulu, atas kewajipan ibadah kerja sebagai doktor yang sentiasa on time dengan pesakit, maka diputuskan supaya tidak berpurdah. Benar, apabila berpurdah, hati akan tenang dan sentiasa rasa dilindungi. Tetapi, seperti yang ana katakan, kewajipan datang dahulu sebelum keharusan untuk berpurdah.

p/s: Tiada masalah jika berpurdah, tetapi ia mendatangkan masalah apabila yang berpurdah tidak memahami tuntutan berpurdah yang sebenar-benarnya.

30 August 2013

Jangan kuburkan cita-citamu.

Penulis sentiasa berpesan kepada sahabat dan adik-adik yang dikasihi. Walaupun kita seorang muslimah, kita tidak mempunyai cita-cita. Walaupun sudah bersuami atau berkeluarga, jangan pernah terfikir untuk menguburkan cita-cita. Jangan pernah sekali untuk menguburkannya, melainkan ajal maut menjemput.

Penulis tidak pula menyalahkan bagi pihak arrijal yang sering mengimpikan seorang isteri yang solehah, sentiasa duduk di rumah, menjaga anak, menjaga maruah, dan mentaati suami sepanjang masa. Benar, ada wujud arrijal seperti ini. Tetapi, dipihak penulis sama sekali tidak akan menerima arrijal yang bersependapat bahawa muslimah perlu sentiasa berada di rumah. Penulis mempunyai jiddiyah dan hammasah yang kuat. Maka lupakan niat untuk memperisterikan penulis seperti ini. Tidak dinafikan ada wujud muslimah seperti itu. Mudahan ganjaran syurga buatnya. Amin.

Seorang wanita masuk ke syurga amat mudah:
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) “Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga”

Penulis berharap untuk menyempurnakan ketiga perkara tersebut.

Di sini, penulis ingin menambah sedikit mengenai ketidak "sependapat" mengenai wanita sentiasa duduk di rumah menjaga maruah. Kondisi zaman sudah berubah, muslimah mahupun arrijal memilki daya kesungguhan dan keberanian untuk mencapai matlamat kehidupan yang diimpikan. Malahan tidak dapat dinafikan, muslimah kebanyakannya berani menerokai dunia dan ilmu dengan sendirinya. berdakwah dengan aset yang dimilkinya. Bahkan melebihi arrijal.

Maaf, penulis sendiri turut mengakui bahawa penulis juga bersikap sedemikian. tetapi, penulis sentiasa bermuhasabah agar sesuatu yang dilakukan dapat dimanfaatkan dan juga mesti bermatlamatkan redha Allah. penulis juga berharap suatu hari nanti penulis akan dikurniakan teman hidup yang sama-sama mempunyai semangat dan kesungguhan dalam menerokai dunia dan ilmu.

Penulis sering dinasihati orang tua agar sentiasa berteman dalam melakukan sesuatu. Tetapi, jika dharurat, orang tua penulis memberikan syarat, jika Allah redha perjalanan itu, orang tua penulis turut redha. Situasi Ibu bapa zaman sekarang lebih terbuka. Mereka sangat bergantung kepada Allah untuk melindungi anaknya.

adakalanya juga, orang tua penulis berasa bimbang dan melarang penulis untuk mengikuti pengajian berseorangan. Penulis meluahkan rasa. Sudah di ajak mahram untuk menemani, tetapi mahram tidak memahami. Sampai bila kebaikan hanya seorang yang diperolehi? Lastly, satu keluarga menemani penulis mengikuti pengajian dengan rela hati :-)

Satu saat, penulis mempunyai cita-cita yang tinggi. Pelan tindakan hidup telah diatur. tunggu masanya untuk dilksanakan. Penulis bimbang samada tercapai atau tidak. tambahan pula umur mencecah angka sunnah untuk berkahwin. jika takdir mempertemukan suami yang memahami alhamdulillah. tetapi kebanyakannya yang tergolong dikalangan mereka yang tidak memahami dan berfikiran tidak global. Jika bimbang anak dirumah tidak terdidik, mengapa tidak kita telusuri sirah Nusaibah binti Kaab yang memiliki suami, keluarga dan anak, tetapi dia mampu berjihad di jalan Allah. “Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah Ummu Umarah”.

Nasihat penulis, bagi kaum arrijal yang masih mencari. Jangan di ikutkan kata hati, berbincanglah dan bersedia dengan kebarangkalian untuk menjawab hujah-hujah muslimah di zaman ini. mereka lebih advance, agama akademik, duniawi ukhrawi, ilmu semuanya dimiliki. Wallahu a'lam.

penulis terinspirasi daripada perwatakan Nusaibah binti Kaab.

check link ini, anda pasti akan mengenali siapa Nusaibah binti Kaab.

p/s: penulis tidak bercita-cita tinggi hingga ke medan perang, jika berpeluang Alhamdulillah. cukuplah penulis bercita-cita untuk menyumbangkan sesuatu kepada anak-anak dan masyarakat Islam. Mohon doa.

Allah lebih mengetahui.

Bismillahirrahmanirrahim.
Nun wal Qalami wama yasthurun...

Redha dengan setiap aturan Allah merupakan kunci kejayaan bagi orang yang beriman. Menyesal dan berputus asa dengan setiap langkah yang dilalui adalah tanda mereka yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Allah telah berfirman: Wasykuruli walatakfurun. dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan engkau kufur.

Fenomena dean list menjadi rebutan bagi mahasiswa Universiti. Dean list juga merupakan kayu ukur kejayaan bagi pelajar Universiti di seentero dunia. Penulis berpeluang melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh sahabat-sahabat. Tahniah penulis ucapkan, mabrouk lakunna!

Terdapat juga mereka yang tidak dean list dan hanya mendapat keputusan yang biasa sahaja. Bagi mereka, Allah telah memberi sesuatu yang diperlukan, dan Allah tahu apa yang tidak diperlukan.

Mengertilah wahai pembaca, mereka yang memiliki keputusan yang biasa dan sederhana bukanlah tidak bijak dan tidak pandai. Mereka sudah berusaha tetapi tiada rezeki berpihak di tangannya. Penulis ingin menekankan, bahawa jangan disanggah mereka yang tidak memiliki keputusan yang baik adalah mereka yang tidak bagus. Kita perlu akui, setiap manusia tidak memilki keupayaan yang sama dan tidak juga terletak pada tempat yang sama. kelebihan dan kekurangan itu berbeza letaknya.

Jika kita lihat kekurangan yang dialaminya terletak pada kelebihan kita, maka kita refleksi diri. Di manakah kelebihannya yang tidak ada pada kita? Jangan sering menilai dan menjatuhkan hukuman bagi seseorang.

Jika mahu menjadi seorang yang positive, maka letakkan minda kita berada di situasi yang positive. Positive dapat dikaitkan dengan Husnudzhon. InsyaaAllah, masing-masing di beri nikmat dan kelebihan, tetapi letaknya berbeza.

Penulis menghargai sikap keterbukaan seseorang yang menerima kelemahan diri. Dia bukan tidak mahu berjaya, tetapi keistimewaannya untuk berjaya Allah telah letakkan pada tempat yang berbeza. Dia sentiasa menunggu apakah yang terbaik buatnya. Sentiasa mengharapkan daripada Allah, pasti... dan pasti Allah akan berikannya kejayaan buatnya walaupun seketika.

Think positive, open your mind. Allah beri apa yang kita perlu, dan tidak pada yang kita tidak perlu.


Berbaik sangka dengan Allah s.w.t merupakan suatu yang indah.

Al Hafiz Ibnu Abi Dunya menceritakan daripada Seorang Ulama Kufah bernama Masruq bin Ajda.. Beliau bercerita,

“Di sebuah desa pendalaman, terdapat sebuah keluarga yang hanya mempunyai seekor ayam, anjing dan keldai.. Ketiga tiga haiwan ini sangat disayangi oleh keluarga ini kerana manfaatnya pada mereka.. Ayam membantu untuk mendirikan solat, keldai digunakan untuk mengambil air dan anjing untuk menjaga rumah.. Suatu hari, seekor musang memangsa ayam mereka.. Seisi keluarga menjadi sedih.. Namun, si ayah keluarga ini berkata “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.

 Tidak beberapa hari kemudian, seekor serigala telah membunuh keldai mereka pula.. Ahli keluarga itu sedih sekali.. Namun ayah keluarga ini tetap berkata, “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.. Selang beberapa ketika, anjing mereka pula mati mendadak.. Maka ahli keluarga menjadi sedih kembali.. Si ayah tetap berkata , “Tidak apa apa, InsyaAllah (takdir ini) baik untuk kita”.

 Masruq berkata , “ Selang beberapa hari.. Suatu pagi, ahli keluarga itu bangun daripada tidurnya.. Lalu mereka mendapati bahawa seluruh penduduk desa itu telah ditawan dan dibawa pergi oleh sekumpulan perompak malam tersebut.. Hanya keluarga mereka terselamat kerana para perompak hanya mendatangi rumah rumah yang terdengar suara haiwan di dalamnya sahaja”.


28 August 2013

Rhytm of the soul.

salam alaik!

sayu
mengenangkan keterlibatan diri dalam masyarakat
diri ini susah hati
sedih
bercampur bimbang

terimalah amalanku ini ya Allah
sungguh aku tak berhajat orang memahami
apatah lagi mengasihani

ya Allah
aku dahagakan ilmuMu
aku rindukan mereka yang tawadhuk
ikhlas memberi ilmu

aku tidak sabar untuk menghabiskan sisa akademik ini
5 tahun aku menunggu
5 tahun juga aku lemah

walaupun orang melihat aku kuat
ternyata hati ini menangis
menangis untuk mendapat perhatianMu

berilah keizinan untukku hidup
agar masa yang lepas dapat ku tebus
dengan mengabdikan diriku hanya kepadaMu

tabah meneruskan pengembaraan ilmu
kerana aku pasti Allah ada menemani
Allah lebih tahu yang terbaik untukku

aku mahu
ikhlas dalam menerima ilmu
dan bersungguh untuk manfaatkan ilmu

jika mudah
Kau mudahkanlah jalanku Ya Allah.

27 August 2013

Harakah vs Utusan

Assalamualaikum w.b.r.t.h

Apakah kepentingan membaca? Jawapannya, Ilmu.
Maka teruskanlah dengan membaca wahai pembaca sekalian, mudahan beroleh ilmu yang bermanfaat. InsyaaAllah.

Berbalik kepada entry pada hari ini. Harakah vs Utusan?
usahlah kita berbicara Harakah milik parti PAS, Utusan pula milik parti UMNO. Kita letakkan judgement terhadap isu politik ke tepi. Ayuh kita selidiki dengan mata hati dan mata ILMU! ya... pembacaku yang dirahmati Allah, dengan mata Ilmu.

Sebentar tadi ana baru sahaja pulang menemani atuk di rumah tuanya. Hajat untuk menemaninya, ini terbalik pula. Atuk yang menemani ana. Kasihan atuk sampai tertidur2 di kerusi menemani cucunya baca Harakah sambil menonton astro :-)

Dalam meneliti baris-baris ayat yang tercatat di akhbar harakah, atuk memulakan bicara. Mesir sekarang ni semakin teruk. Penyokong Morsi semuanya hendak dihapuskan. Jenayah merampas demokrasi. Niat mereka nak melagakan sunni dan syiah. Seperti mana yang berlaku di Syria. Menyekat bantuan mesir buat Syria.

Ana mengangguk tanda setuju. sambil meneruskan bacaan di akhbar Harakah. Lalu menyambut kata-katanya. Ramai yang Syahid tuk.

Atuk menambah lagi, ada dalam harakah menceritakan seorang penyokong morsi ditembak, dan tidak rasa apa-apa, lalu syahid. Kuasa Allah.

Tambahku lagi, ada2. dayah baca di Facebook tuk :-)

Tiba-tiba mataku terhenti di satu tajuk "Tentera yang terbunuh juga dianggap Syahid". Menarik sekali untuk dikupas.

Atuk lebih advance daripada ana. pembacaannya teliti. Walaupun tiada Facebook, isu semasa yang atuk perolehi daripada pembacaan harakah melebihi ana. Tambahan pula yang mengulas dan menulis dalam akhbar Harakah bukanlah orang biasa. Tetapi seorang ulama'. Jujur, isi di Facebook dan di internet sama dengan isi di Harakah. Malahan lebih bermutu karyanya daripada akhbar-akhbar yang lain. Isu politik tidak kurang hebatnya, tetapi penyampaiannya berhikmah. berbeza dengan akhbar yang lain. Kekurangan itu pasti ada, tetapi biarlah hati dan ilmu yang berbicara.

Mata hati dan mata Ilmu mengakuinya.

Ayuh ramai-ramai membaca akhbar Harakah. Ana tidak berhajat mengulas isu akhbar Utusan pula. Tujuan utama adalah untuk mengenali keutamaan akhbar dengan mata hati dan mata ilmu.

Doa juang buat pemburu syahid, Ikhwanul muslimin... Allahu Akbar!

Isu Altantuya pula bagaimana? Harakah ada mengulasnya. Tetapi, ana tidak berhajat untuk berkongsi dengan pembaca. Pandailah kalian menilai isu itu dengan mata hati dan mata ilmu :-)



26 August 2013

Al-Madad Ya Rasulullah S.A.W Malay Lirik

Bismillahirrahmanirrahim InsyaaAllah ana ingin kongsikan maksud lirik lagu di bawah. Alhamdulillah, usaha menerbitkan lirik ini dalam bahasa melayu mudahan bermanfaat. Berkat belajar arab dan english :-)

p/s: Ana confuse dengan penggunaan kata ganti nama bagi Rasulullah dan Allah. mudahan betullah ya. Ana x dapat nak perhalusi bahasa penulis lirik ini, kerana ana bukan pengarang lirik ini :-) 

Al-Madad Ya Rasululluah S.A.W. 
 (Kasihani/Bantulah kami Ya RASULULLAH S.A.W)



kullul qulub 
Qullul qulubi 
ilal habibi tamilu 
Setiap yang memiliki hati pasti akan lentur/tersentuh 
dalam kesungguhan terhadap yang dikasihi 

wa ma'ibi zalika shaahidun, 
shaahidun wa dalilu 
Dan cinta itu , 
aku punyai saksi saksi dan bukti. 

ammad dalilu 
iza zakhartu Muhammadan 
sarath dumu'ul ashikin
at-tasilu 
berdasarkan bukti itu 
apabila aku menyebut nama Muhammad
mata sang pencinta pasti tertewas dengan air mata 

Haza Rasulullah, 
Haza Rasulullah, 
Hazal-Mustafa 
Haza li Rabbil-alamina 
Dialah Rasulullah 
Dialah Rasulullah 
Dialah yang terpilih Kepada Tuhannya, 
dialah teman yang paling dipercayai 

al-Madad, al-Madad, 
al-Madad al-Madad! Ya Rasul Allah! 
al-Madad, al-Madad, al-Madad al-Madad! 
Ya Habib Allah! 
Kasihani kami, bantulah kami 
Sokonglah kami wahai Rasulullah
Kasihani kami, bantulah kami 
Sokonglah kami wahai Kekasih Allah 

Rabbi wa j'al moujtama'na, 
ghayatouh housnou al khitam 
Wa akrimi alarwaha mina, 
bilka khayri alanam 
Oh Allah, berkatilah perhimpunan ini 
Tujuan kami untuk mendapat husnul khatimah 
Dan keberkatan semua yang hadir dikalangan kami 
kepadaMu kami ingin menjadi makhluk ciptaanMu yang terbaik 

al-Madad, al-Madad al-Madad Ya Rasul Allah! 
al-Madad, al-Madad al-Madad! Ya Habib Allah! 
Kasihani kami, bantulah kami 
Sokonglah kami wahai Rasulullah
Kasihani kami, bantulah kami Sokonglah kami wahai Kekasih Allah 

Rabbi inna kad da'awna, 
i'atina ma kad rajawna 
Hab lana fi dini 'awna, 
bis swalat 'ala Muhammad 
Wahai Tuhan Kami, kami memanggilMu 
Dan kami meminta perhatianMu 
Berikanlah kepada kami pertolongan disepanjang jalan 
Dengan keberkatan Muhammad S.A.W 

al-Madad, al-Madad al-Madad Ya Rasul Allah! 
al-Madad, al-Madad al-Madad! Ya Habib Allah! 
Kasihani kami, bantulah kami Sokonglah kami wahai Rasulullah 
Kasihani kami, bantulah kami Sokonglah kami wahai Kekasih Allah 

Sidi Sahiba al-hadra 
'akrima minka bi nazra 
Sidi ya aba az-Zahra 
wa al-Qasim wa 'Abdi-Llah 
Wahai sahabat sepencarian (mencari Ilahi) 
Muliakan kami dengan mereka yang sama mencari 
Guru kami, Ayah kepada Fatimah Zahra, Qasim Dan Abdullah. 

Sidi Anta al-habib 
bi zikrik qalbi yatib 
Guru kami, engkaulah yang kami kasihi 
Mengingatimu hatiku terubat rindu 

Sidi hasha yakhib 
man laza bi Rasul'Llah 
Guru kami, siapa yang meminta perlindungan daripada mu 
Tidak akan hilang dengan Rasulullah. 

Madad, Madad, 
Madad Madad! Ya Rasul Allah! 
Madad, Madad, Madad Madad! Ya Habib Allah! 
Kasihani kami, bantulah kami 
Sokonglah kami wahai Rasulullah Kasihani kami, 
bantulah kami Sokonglah kami wahai Kekasih Allah 

Sidi Anta al-Mukhtar 
bi-majik tujla l-qadar 
Sidi ajirna min 'n-nar 
bi jahik ya Rasul Allah 
Oh guru, Kau yang terpilih 
Dengan memujimu, kehidupan kami semakin jelas 
Oh Guru, selamatkan kami dari api neraka 
keranamu Ya Rasulullah 

Ya Rabbi bi im 
wa li alihi 
ash shilbin nasri 
wa bil farazhi 
Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu 
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya 
berikanlah kami kemenangan dan rohani yang sejahtera 

Warhami ya Akrama 
man Rahima 
abadanan thabika 
lam ya uji 
Oh Tuhanku yang Maha Penyayang 
Yang pemurah dengan rahmat 
selamanya aku HambaMu 
tidak akan menolak! 

Wakahtim amalik 
bi khawa timia 
li akuna khatan 
fil hashri najhi 
Dan jadikanlah hidupku 
Menjadi hasil yang mulia 
Suatu hari nanti, aku datang sebelummu (mati) 
Jiwaku pasti tenang 

Ya Rabbi bi im 
wa li alihi 
ash shilbin nasri 
wa bil farazhi 
Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu 
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya
berikanlah kami kemenangan dan rohani yang sejahtera 

la kinni 
bi shudika mu'tharifun faqadal 
bi ma atihi 
ya hujazi 
oleh itu, dengan rahmatMu 
Berikanlah pengampunan kepadaku 
Dan ketahuilah bahawa diriMu aku sangat memerlukan! 

Wa iza bika 
dafal amru fakhu ishtaghdi
asmatu tal fariji 
Ketahuilah sahabatku, jika kau merasai putus asa dalam kehidupan 
Katakanlah, “setiap ujian yang datang, adalah teguran daripada Allah” 

Ya Rabbi bi im 
wa li alihi ash shilbin nasri
wa bil farazhi 
Oh Tuhan, kami meminta daripadaMu 
melalui yang dikasihi dan ahli keluarganya 
berikanlah kami kemenangan dan rohani yang sejahtera.

::MUDAHAN BERMANFAAT::

18 August 2013

Aku menangis (Aku bersamamu Morsi)

Assalamualaikum w.b.r.t.h.
Nun... Walqalami wama yasthurun...

Serangan medan Rabaah kini menggemparkan seisi dunia. Daripada terlena dek dibuai nikmat aidilfitri, seisi dunia terjaga. Allah, berilah rahmat dan pertolongan buat pejuang yang mempertahankan Morsi di sana. Dr Morsi NAHNU MA'AK!

Permainan demi permainan di cucuh hebat, sehinggakan nikmat Aidilfitri milik kami berjaya kau rampas. Kau Assisi! (Abdul Fatah As-Sisi). seisi dunia tahu, identiti strategi dalam mengambil tampuk pemerintahan kini terbongkar. Kau membakar masjid Rabiah Al-Adawiyah idolaku... Kau menyerang medan Rabaah dan Nahdhah, semata-mata ingin menghapuskan kekuatan kami! Itulah aset kami. Kau merampasnya. Takziah! Balasannya, terima daripada yang maha Kuasa.

‘Irhal Sisi, Morsi Raisi’ 
Pergilah Sisi, Morsi Ketuaku. Launglah dengan sepenuh hati, agar pemimpin kita, Dr Morsi terbela. 

 "Hasbunallahu wanikmal wakil, nikmal Maula wanikmannasir"
Ali-Imran 173

Nukilan: Pena_Hidayah


p/s:info tambahan oleh Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim 

Strategi ‘scorched earth’ dan ‘demolition’ 

Dalam penggempuran kejam pada 14 Ogos di Medan Rabaah dan Nahdhah, pelbagai bentuk serangan telah digunakan. Selain penembakan rambang dan penembakan spesifik menggunakan penembak tepat (sniper), taktik serangan yang juga dilakukan ialah taktik ‘scorched earth‘ dan ‘demolition‘. memberi kelebihan (advantage) kepada pihak lawan.

Strategi ini telahpun dilarang menurut salah satu protokol di dalam Konvensyen Geneva 1977. Hanya beberapa negara yang tidak mengikuti larangan ini antaranya Amerika Syarikat dan Israel. Disebabkan mereka tidak terikat dengan peraturan ini, strategi ‘scorched earth’ dan ‘demolition’ ini amat kerap digunakan oleh mereka terutamanya di dalam peperangan-peperangan yang terkini seperti yang terjadi ke atas Iraq, Afghanistan, dan Gaza.

Strategi ini juga sebenarnya merupakan strategi yang telah digunakan oleh ramai pemerintah kejam seperti Stalin pada tahun 1941, Hitler pada tahun 1945 melalui Nero Decree, dan yang terkini oleh Bashar Al-Assad di dalam perang sivil yang sedang berlaku di Syria. Strategi ini juga sebenarnya merupakan strategi yang telah digunakan oleh ramai pemerintah kejam seperti Stalin pada tahun 1941, Hitler pada tahun 1945 melalui Nero Decree, dan yang terkini oleh Bashar Al-Assad di dalam perang sivil yang sedang berlaku di Syria.

16 August 2013

sanah helwa mak!

Assalamualaikum w.b.r.t.h
terhenti seketika... membilang hari demi hari. hari ini  dah masuk raya yang ke berapa ya?
sanah helwa buat mak yang ana kasihi lagi cintai. post pada hari ini khas untuk mak.

berasa letih untuk menaip... baru menerima kunjungan rombongan dari mak long tercinta. :-)
kakak semua dah balik, maka semua tugas sudah beralih di bahu ini. cuti masih berbaki 2 minggu lagi. ana ada satu aktiviti yang bakal dilakukan, insyaaAllah jika berkesempatan ana update.

mak, satu nama yang sangat bermakna dalam hidup ana. kenapa tidak ummi? tidak mama? tidak ibu? tidak bonda? :-) mak kelahiran anak kampung, dan anak-anaknya menetap di kampung, maka gelaran emak menjadi perkara wajib untuk disebut oleh seorang anak. :-)

Thuaibah adalah nama mak. sedap kan? :-) diambil sempena nama ibu susuan nabi thuaibah aslamiyah.

pandangan anak kepada seorang ibu berbeza daripada pandangan orang biasa. jujur ana katakan, mak bukanlah seorang yang pandai berpura-pura, dia akan menjadi dirinya sendiri. tidak kira yang jauh yang dekat, apabila sudah mengenal mak, mereka pasti akan merindui celotehnya. apa yang dikatakan, semuanya nasihat. tegasnya tanda prihatin kepada anaknya. sayangnya terkadang ana malu mengakuinya. :-)

tarbiyah mak, berperingkat. menurut mak, seusia kanak-kanak diberi perhatian, seusia sekolah rendah di beri ilmu dengan cara paksa. paksa? he3. seusia sekolah menengah di beri tanggungjawab, seusia dewasa diberi kepercayaan dan dianggap sebagai kawan. dahulu sewaktu ana kecil, keluar masuk rumah pun dipantau oleh mak. jiran sekeliling mak tak benar untuk berkawan, berkawan dengan kakak dan adik di rumah. apabila sudah dewasa mak memberi keizinan untuk bergaul dengan mereka. menurut mak, anak mak dah pandai membezakan mana yang baik dan buruk. sudah diberikan kepercayaan. sampai sekarang, rahsia dengan mak tidak pernah. kawan2, pun rapat dengan mak. sehingga nama kawan-kawan ana semuanya nak dihafaznya. semuanya nak di ajak datang dan tidur dirumah. bercakap dan bergurau seperti kawan. tetapi seorang anak, tetap anak. dan mak tetap emak. hormatnya mesti seperti seorang mak :-)

sempena kelahiran mak pada hari ini, mak menitipkan pesanan buat adik. adik harapan terakhir keluarga. kalau adik malas belajar, bagaimana nak jadi macam kakak-kakak, macam abang. mak menambah lagi, mana tahu mak tak sempat nak tengok adik berjaya. sekarang ni adik kena berjaya. ana tersenyum sayu. ana mencelah, adik ni... mana tahu akak yang pergi dulu... x sempat nak lihat kejayaan adik. (berebut-rebut nak pergi... he3, pergi mana?) ^_^  adik PMR tahun ni, doakan adik ana ya.


satu permintaan ana bersempena kelahirannya. hajat ana nak ke medan seminggu, kakak ajak ke sana menemaninya. tambahan pula, nak manfaatkan pasport yang berbaki 8 bulan je lagi dan cuti berbaki 2minggu sahaja. serta merta mak terdiam. dayah dah besar, pandai buat keputusan. mak tidak kata no, tidak kata yes. ana mendapatkan kepastian daripada kakak kedua. serta merta dilarangnya. katanya, tahun depan kan nak pergi. simpan duit. tak mengapalah, x ke medan, kota bharu bleh? he3. sambil tu nak ke langkawi. boleh? masih dalam negara, mak benarkan. Alhamdulillah. :-)

panjang pula tulisan pada hari ini. sedikit pun ana tidak risau dengan penulisan thesis kajian ana. ya Allah hadirkan semangat untuk membuatnya. tahun terakhir bergelar mahasiswi, mudahan tahun ini membuahkan hasil. A..min. bersempena kelahiran mak, mudahan puisi di bawah ini membuahkan manfaat buat pembaca. mengakhiri tulisan dengan sebuah puisi dan hadis, insyaaAllah.

retak pecah
cawan dan pinggan
boleh dibuang dan diganti
retak pecah
hati dan nurani
tidak boleh dibuang dan diubati

ibumu yang satu
tiada dua
tiada tiga

 maka
jagalah dengan sepenuh kasih sayang
santuninya dengan kata-kata yang baik
dan didiklah usia tuanya dengan kesabaran

-al-jannah tahta aqdamil ummahat-
p/s: Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu: Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).