Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

16 August 2013

sanah helwa mak!

Assalamualaikum w.b.r.t.h
terhenti seketika... membilang hari demi hari. hari ini  dah masuk raya yang ke berapa ya?
sanah helwa buat mak yang ana kasihi lagi cintai. post pada hari ini khas untuk mak.

berasa letih untuk menaip... baru menerima kunjungan rombongan dari mak long tercinta. :-)
kakak semua dah balik, maka semua tugas sudah beralih di bahu ini. cuti masih berbaki 2 minggu lagi. ana ada satu aktiviti yang bakal dilakukan, insyaaAllah jika berkesempatan ana update.

mak, satu nama yang sangat bermakna dalam hidup ana. kenapa tidak ummi? tidak mama? tidak ibu? tidak bonda? :-) mak kelahiran anak kampung, dan anak-anaknya menetap di kampung, maka gelaran emak menjadi perkara wajib untuk disebut oleh seorang anak. :-)

Thuaibah adalah nama mak. sedap kan? :-) diambil sempena nama ibu susuan nabi thuaibah aslamiyah.

pandangan anak kepada seorang ibu berbeza daripada pandangan orang biasa. jujur ana katakan, mak bukanlah seorang yang pandai berpura-pura, dia akan menjadi dirinya sendiri. tidak kira yang jauh yang dekat, apabila sudah mengenal mak, mereka pasti akan merindui celotehnya. apa yang dikatakan, semuanya nasihat. tegasnya tanda prihatin kepada anaknya. sayangnya terkadang ana malu mengakuinya. :-)

tarbiyah mak, berperingkat. menurut mak, seusia kanak-kanak diberi perhatian, seusia sekolah rendah di beri ilmu dengan cara paksa. paksa? he3. seusia sekolah menengah di beri tanggungjawab, seusia dewasa diberi kepercayaan dan dianggap sebagai kawan. dahulu sewaktu ana kecil, keluar masuk rumah pun dipantau oleh mak. jiran sekeliling mak tak benar untuk berkawan, berkawan dengan kakak dan adik di rumah. apabila sudah dewasa mak memberi keizinan untuk bergaul dengan mereka. menurut mak, anak mak dah pandai membezakan mana yang baik dan buruk. sudah diberikan kepercayaan. sampai sekarang, rahsia dengan mak tidak pernah. kawan2, pun rapat dengan mak. sehingga nama kawan-kawan ana semuanya nak dihafaznya. semuanya nak di ajak datang dan tidur dirumah. bercakap dan bergurau seperti kawan. tetapi seorang anak, tetap anak. dan mak tetap emak. hormatnya mesti seperti seorang mak :-)

sempena kelahiran mak pada hari ini, mak menitipkan pesanan buat adik. adik harapan terakhir keluarga. kalau adik malas belajar, bagaimana nak jadi macam kakak-kakak, macam abang. mak menambah lagi, mana tahu mak tak sempat nak tengok adik berjaya. sekarang ni adik kena berjaya. ana tersenyum sayu. ana mencelah, adik ni... mana tahu akak yang pergi dulu... x sempat nak lihat kejayaan adik. (berebut-rebut nak pergi... he3, pergi mana?) ^_^  adik PMR tahun ni, doakan adik ana ya.


satu permintaan ana bersempena kelahirannya. hajat ana nak ke medan seminggu, kakak ajak ke sana menemaninya. tambahan pula, nak manfaatkan pasport yang berbaki 8 bulan je lagi dan cuti berbaki 2minggu sahaja. serta merta mak terdiam. dayah dah besar, pandai buat keputusan. mak tidak kata no, tidak kata yes. ana mendapatkan kepastian daripada kakak kedua. serta merta dilarangnya. katanya, tahun depan kan nak pergi. simpan duit. tak mengapalah, x ke medan, kota bharu bleh? he3. sambil tu nak ke langkawi. boleh? masih dalam negara, mak benarkan. Alhamdulillah. :-)

panjang pula tulisan pada hari ini. sedikit pun ana tidak risau dengan penulisan thesis kajian ana. ya Allah hadirkan semangat untuk membuatnya. tahun terakhir bergelar mahasiswi, mudahan tahun ini membuahkan hasil. A..min. bersempena kelahiran mak, mudahan puisi di bawah ini membuahkan manfaat buat pembaca. mengakhiri tulisan dengan sebuah puisi dan hadis, insyaaAllah.

retak pecah
cawan dan pinggan
boleh dibuang dan diganti
retak pecah
hati dan nurani
tidak boleh dibuang dan diubati

ibumu yang satu
tiada dua
tiada tiga

 maka
jagalah dengan sepenuh kasih sayang
santuninya dengan kata-kata yang baik
dan didiklah usia tuanya dengan kesabaran

-al-jannah tahta aqdamil ummahat-
p/s: Lafaz ini tidak didapati dalam sumber-sumber utama hadis. Tetapi maknanya bertepatan dengan satu hadis lain iaitu: Seorang lelaki mahu berperang, dan bertemu Nabi SAW meminta pandangannya. Baginda bertanya: “Adakah kamu mempunyai ibu?” Jawabnya: “Ya”. Kata Nabi: “Lazimilah dia, kerana syurga di bawah kakinya”. Direkod oleh Ahmad dalam Musnad (no: 15538 ) dan Nasai (no: 3104). Sanadnya dinilai sahih oleh Hakim (no: 2202).

No comments: