Indahnya lebaran pada tahun ini, rahmat Allah melimpah sehingga tiada penhujungnya.
Allah menganugerahkan satu nikmat persaudaraan dan kasih sayang di sepanjang bulan yang mulia ini. Terima kasih Allah memberi kepadaku sebuah keluarga yang sangat bahagia. walaupun tidak sempurna yang diimpikan, cukup bagi hambaMu ini. tak setimpal jika hendak dibandingkan dengan syukurku kepadaMu ya Allah. Terkadang, ketawa melihat telatah adik dan kakak. ana pun tak terlepas juga. :-) Biasalah rajuk yang sedikit, adalah merupakan asam garam dalam kehidupan. jangan dibawa rajuk hingga tidak berjumpa jalan kembali ya. bahaya. :-) anak-anak perempuan, ibu bapa pun memahaminya. kami semua dididik untuk saling memaafi dengan mudahnya. Alhamdulillah.
terimbau saat ramadhan yang berlalu. Ya Allah, 10 terakhir ramadhan sangat indah jika ingin dikenang kembali. tidak pernah merasai perasan sehebat ini. dahulu air mata sungguh mahal, tetapi malam itu berjuraian. ana pun tidak pasti. dahulu tidak sekuat untuk melakukan solat tasbih, alhamdulillah tidak terasa kepenatannya. apakah dosaku ini diampuniNya? ana terfikir, apakah dosa ana sehingga beria-ia memohon taubat. hanya diri ini dan yang Maha mengetahui sahaja yang mampu mendalami maksud ini.
antara banyak2 malam, malam yang ke-27 Ramadhan. ya Allah.... sayunya makin menjadi-jadi. sehinggakan hati merintih supaya dipulangkan kepada pencipta dengan segera, agar tidak lagi hidup di dunia dengan penuh ujian. memohon untuk mati dengan sebaik-baik kematian. tipuan dunia, banyak sekali.
tambahan pula, fikiran teringat-ingat akan kelemahan diri. jujurnya, ana suka bercakap. bimbang percakapan ini membawa kepada yang sia-sia dan membwa hati yang mendengar terguris. sejak mendengar satu baris hadis ini daripada seorang ustaz, ana semakin kurang berkata-kata. mafhum hadis tersebut yang ana ingat, seorang ahli ibadah perempuan, sangat banyak melakukan ibadah, tetapi dimasukkan ke dalam neraka. Rasulullah S.a.w menjelaskan bahawa perempuan itu sangat hebat ibadahnya, tetapi hidupnya sering menyakiti hati masyarakat yang berhampiran dengannya. Naudzubillah. terkadang ana sendiri tidak tahu, hendak menghiburkan hati orang, bimbang disakiti. Makanya, bercakap boleh, tetapi kurangkan. perlu lebih berjaga-jaga.
perasaan ini tidak dapat diterjemahkan, mudahan dapat disampaikan.
satu sahaja, adakah pengakhiran ramadhan ini, membawa semua ibadahku ini diterimaNya. rintihan ini hanya Allah yang berhak mengetahuinya.
terima kasih ya Allah, menagnugerahkan nikmat satu syawal dengan keindahan....
::Nikmat tuhanMu yang mana engkau ingin dustakan? ::
surah ini sering kali dibaca dalam solat malam. sangat syahdu. boleh di amalkan.
.........................................
No comments:
Post a Comment