Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

21 July 2015

Unzhur ila ma qala, wala tanzhur ila man qala.

Bismillahirrahmanirrahim.

Terdidik generasi AlQuran, kelak pasti Islam akan tertegak. Apabila dunia yang dikejari, tidaklah akhirat itu dicintai. Allahu, sedangkan aku sangat miskin dihadapanMu, menagih keampunan meskipun aku dihina di belakang manusia. Berdiri teguh memenuhi cita-cita dan impian, hanya untuk memperolehi redhaMu.

Allah mengetuk hati ini,
لو أننا نمسك المصحف بقدر ما نمسك هواتفنا , لامتلأت الجنة
Jika kita memegang AlQuran sama dengan kadar kekerapan kita memegang telefon, nescaya akan penuhlah syurga.

Sungguh jauh diri ini dengan AlQuran. Usaha untuk aqrab dengan AlQuran.

Allah ingin tarbiah hati yang lalai dan leka ini. Sesungguhnya Allah itu sangat baik.
Allah susun cantik jodoh pertemuan dengan anak-anak didik yang menghafaz AlQuran. Menerima kunjungan mereka di hari raya, membuatkan ana refleks seketika. Dugaan mereka menghafaz kalam suci AlQuran bukan seperti ana. Ana diuji dengan kesempitan masa dan masalah hati. Tetapi mereka, ditekan dengan rotan, penampar, juga marah. Kataku kepadanya, besar lagi ujian tekanan kamu ya. Bersabarlah, sabar itu indah. Hanya kesabaran akan membuahkan kejayaan. Melihat kepada usia mereka yang masih muda, ana tidak memberi tekanan kepada mereka belajar akademik, mereka ada fokus untuk menghafaz. Kesimpulannya, ana membiarkan mereka belajar dalam keadaan santai. Faham dan masuk. Itu lebih diutamakan.

Menelusuri kisah hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Ana terinspirasi dengan tulisan beliau sejak belajar lagi. Apabila kurang serius dalam menulis, maka membaca tulisan imam Al-Ghazali pun kurang. Terdetik untuk mengelek kembali kitab Imam Al-Ghazali. InsyaaAllah akan disiplin sehari 5 minit. Baca di hadapan anak didik pun ok. Pendekatan yang baik buat mereka mengenali Hujjatul Islam.

Mendidik memerlukan bahan tarbiah berunsurkan cerita dan pengajaran. Setiap kali berhadapan dengan anak didik, pasti akan menyampaikan sebuah kisah. Sehinggakan setiap kali bertemu dengan anak didik, dipaksa bercerita. Bimbang banyak cerita, banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya. Oleh sebab itu, setiap kali menyampaikan, ana akan minta maaf jika cerita yang disampaikan ada kelainan sedikit. Maklumlah, versi baca dan terjemahan oleh yang membaca memang pasti tidak akan sama, ada lain sedikit. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Unzhur ila ma qala, wala tanzhur ila man qala.
Lihatlah pada apa yang dikatakan, dan jangan lihat pada siapa yang berkata.

Terinspirasi dengan kisah ini, setiap kali menyedari kelemahan dalam menyampaikan, ana tersentuh dengan kisah ini. Yuk kita islah hati kita, dan bersama mengambil manfaat daripada kisah ini.

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu.

Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan iaitu Imam Abu Nashir Al-Ismaili. Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya.

Mendengar permintaan Imam Ghazali, ketua perompak itu bertanya secara menyindir "Untuk apa catatan ini wahai anak muda? Bukankah engkau telah menghafal dan memahami seluruh isi kandungannya?"

Namun begitu, ketua perompak akhirnya memulangkan kembali catatan tersebut kepada Imam Ghazali. Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Benarlah kata hukama " Lihatlah pada apa yang dikatakan, dan jangan lihat pada siapa yang berkata."

Imam Al-Ghazali terkesan dengan sindiran itu, meskipun yang menegurnya itu seorang perompak. Imam Al-Ghazali akhirnya berusaha untuk menghafaz catatan dan bersungguh memahami catatan-catatan setelah terkesan dengan kata-kata perompak itu. Wallahua'lam.

Semoga Allah izin untuk mempunyai semangat menyampaikan walaupun rasa masih tidak cukup. Semoga Allah kekalkan kesungguhan dalam mendalami ilmu agama dan menerima amal ini sebagai amal  soleh meskipun sedikit. Perlu apa untuk mendabik dada dengan penuh sombong kepada manusia lain. Yang membezakan kita dengan manusia lain di sisi Allah hanyalah ketaqwaan.

Tidak terlewat bagi sesiapa yang ingin memulakan. Nilaian Allah itu semestinya pada pengakhiran bukan pengawalan. Doa husnul khatimah.

Alert! Berapa ramai yang sibuk memperbaiki diri kerana manusia, tetapi kenapa tidak hanya keranaNya?
Allah itu terlebih layak dan utamanya untuk didahulukan.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.














Daripada tinta pena Hidayah.

No comments: