Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

08 July 2015

Memberi juga kena berkira.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan izinNya kembali bersemangat menulis kembali.
Di sini ana ingin menukilkan sebuah pandangan peribadi mengenai perancangan kewangan buat muslimah yang mendambakan penyusunan kehidupan yang lebih terarah.

Dalam menilai keupayaan diri, tidak bermakna yang berjiwa kebajikan itu tidak peduli dengan hartanya. Perlu cakna dengan sumber kewangan yang diperolehi, disalurkan dan juga dilaburkan. Jika hanya menjadi seorang yang suka memberi, tetapi tidak tahu aliran keluar masuk duit dan hartanya akan menyebabkan kesukaran dalam membuat keputusan di masa hadapan. Bahkan, jika tidak dicatat, dihitung dan diasingkan mengikut kumpulan yang tertentu pasti akan berasa kehilangan yang banyak dan berasa tidak sedar cepatnya habis dan hilangnya duit yang diterima.

Ana tidak sampai setahun bekerja. Gaji yang diperolehi hanya sekadar menjadi modal untuk gerak bekerja, belajar, mak abah dan dakwah. Disiplin menyimpan dan mengasingkan sebahagian untuk hajat keperluan bukanlah kepentingan. Kesedaran mula untuk merancang terdetik ketika berada di tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik Kewangan. Belajar subjek matematik kewangan nampak istilah meminjam sahaja. Diajar untuk mengira bayar balik pnjaman, menggalakkan pinjaman. Bank memang tempat meminjam. Simpan sudah tentu ada, pengiraan simpanan masa hadapan pun ada. Tapi jujur ana tak faham :-) Belajar pelaburan pula tinggi sangat risikonya, banyak kiraannya, ana memilih untuk abaikan. Ana memilih melabur dalam pelaburan yang memberikan dividen yang pasti. Zero risk. Untung pun tidak banyak. Tidak mengapa, biarlah pelaburan dengan duit berkat itu mengalir pada tempat yang sepatutnya. Contoh, melabur dalam tabung haji pun boleh. Bank memang suka orang meminjam. Ini kenyataan, kerana hasil mereka adalah datang daripada cas yang dikenakan kepada peminjam. Ana memilih tidak mahu meminjam dengan bank. Bahkan memilih untuk menyimpan. Anda boleh meminjam, silakan. Asalkan faham prosedur meminjam dalam Islam. Tidak tertindas dan rasa dharuryah amatlah dipersilakan.

Selain itu, ana terdedah dengan suasana kerja di bahagian audit penyata kewangan ketika menjalani latihan praktikal. Diberi pendedahan dengan perancangan kewangan yang berbagai, terinspirasi untuk mengamalkannya. Pelaburan yang menguntungkan meskipun pasif, simpanan yang bersistematik meskipun berjangka masa panjang, berkat meskipun tidak untung, dan lain-lain.

Kisah lama pun tercerita, meskipun belum mencapai setahun. Anggap jualah ksah lama ;-)

Susunan perancangan yang berkesan adakalanya ingin mencapai tujuan utama iaitu keuntungan. Jiwa berkebajikan tidak menafikan bahkan menyokong kenyataan itu. Keuntungan sebagai matlamat. Dengan keuntungan, jiwa berkebajikan akan bersemangat untuk banyak memberi dan sentiasa berusaha untuk mengembangkan keuntungan dengan lebih banyak. InsyaaAllah.

Mulakan perancangan kewangan anda dengan membahagikannya kepada dua kategori.

Pertama : Perancangan Jangka Masa Pendek
Kedua: Perancangan Jangka Masa Panjang

Jiwa berkebajikan tidak menerima wang daripada bank. Ana menerima gaji di atas tangan. Bahkan jika dikumpulkan envelope sebulan, hampir dan mungkin lebih 10. :-)

Apa yang ana lakukan?

Setiap penerimaan sumbangan dan duit, jangan sekali digunakan kecuali dalam situasi keperluan. Lakukan sebarang perbelanjaan setelah berjaya anda masukkannya ke dalam bank. Kuat mana manusia sekalipun, hawa nafsu berbelanja tidak dapat dibendung. Jika ada di bank, lebih mudah melihat penyata untuk tujuan audit. Catatan keluar masuk duit, hendaklah dicatat di atas buku kecil. Ana gunakan buku tunai di microsoft excel. Catatan di buku kecil perlu dipindahkan mengikut bulan dan pengiraan terus dilakukan dengan automatik. Kepakaran menguasai excel ketika di usia muda remaja tidak sama dengan sekarang. Dulu banyak setting tahu, random expectation, forecast, VBA, static, and so on.... Sekarang hanya tinggal kenangan. Agaknya, research nanti kena run random lagi, Allahu sudah lupa. Kenangan belajar :-)

Ana sambung perncangan jangka pendek dan panjang di ruangan yang lain. InsyaaAllah, semoga Allah nilai Amal ini sebagai amal soleh.

Berkebajikan tidak bermakna hanya memberi. Perlu berkira juga. Dalam erti kata yang lain, menghitung dan mencatat segala pemberian agar kelak dapat mengatur pemberian yang lebih banyak lagi di masa hadapan. InsyaaAllah. Bukan kira pahala ya, banyakknya.... itu salah. Sebab pahala itu Allah yang nilaikan. Bukan kita.

No comments: