Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

27 July 2015

Permata Berharga

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Allah izin bernafas pada hari ini untuk bersama merasai nikmat Iman dan Islam merangkumi nikmat Aidilfitiri.

Dalam kesibukan mencari Tuhan, ana terpana seketika mengenangkan kedua insan yang tersayang, Mak dan abah. Jika mengenangkan kedua insan ini, pasti mengalir air mata. Meskipun orang melihat ana tabah, ana berpendirian, ana serba boleh. Jika dikaitkan mak abah ana tiada toleransi. Pasti akan mendahulukan mereka. Melainkan jika sudah bersuami, mak abah adalah tanggungjawab suami. Mak selalu ingatkan, anak perempuan walaupun sudah berkerjaya mampu memberi dan menyara hidup, tetap di bawah tanggungjawab seorang ayah. Jika di akhirat kelak Allah izinkan ana masuk ke syurga, ana akan memberi laluan kepada mak dan abah untuk masuk terlebih dahulu.

Mak abah. Mereka sangat mengutamakan ilmu anak-anaknya, Meskipun perlu berkerja keras, pendidikan anak-anak perlu diutamakan. Semua di hantar masuk ke Universiti. Mengambil ijazah sarjana muda. Tinggal adik seorang yang masih meneruskan perjuangan di Mrsm. Pengalaman mereka dahulu yang tidak kesampaian menyambung pengajan kerana tiada sokongan kewangan yang kukuh telah mendorong mak dan abah membesarkan kami dengan ilmu. Alhamdulillah, mereka tidak kisah apa bidang kerjaya kami sekarang, kerana yang membawa hidup terarah adalah ilmu. Ilmu yang bermanfaat. Kerjaya yang mulia bahkan berkatnya ada, itu mereka utamakan.

Tiada siapa yang mengerti getir hidup kami sekeluarga. Abah menyara kami dengan kesungguhan, mak mendidik kami dengan penuh ketabahan. Kemuncak pengorbanan mereka di saat kewangan keluarga tidak stabil. Allah izin, ketika itu kami tiga beradik masuk universiti serentak. Kakak yang jauh di Indonesia, di Terengganu dan ana di Nilai. Waktu itu, abah sedikit pun tidak menceritakan bagaimana abah mendapatkan duit. Begitu juga mak yang sentiasa bertanya, cukupkah duit? Allahu. Saat itu adalah kemuncak ana menangis. Walaupun tidak cukup, hanya cakap cukup. Tidak cukup, ana pinjam daripada kawan dan belajar mengikat perut. Kadangkala ikut program sana sini, makan dan minum percuma. Alhamdulillah. Krisis suasana belajar yang berbeza ketika itu menambahkan lagi kekusutan. Allah izin redha kerana teringat impian mak dan abah ingin melihat anaknya berjaya dalam ilmu akademik. Semua orang sangka bidang yang ana ceburi ini akan menjanjikan pulangan yang hebat. Rupanya silap, hebat tidak menjanjikan tenang, jika tida menjiwai tidak ke mana.

Allah izin membesar bersama keluarga yang saling membantu. Keluarga sebelah mak ana yang tidak berkira untuk memberi. Sentiasa menghulur dan selalu berusaha memberikan apa jua manfaat kepada anak saudaranya. Sejak kecil sehinggalah dewasa, ada sahaja yang ingin disumbangkan, Tidak tahu mengapa, sering kali diajak untuk tinggal bersama. Kami ada mak yang banyak. :-) Begitu juga, jiwa mak yang tidak suka berkira, menyumbang sebanyak mungkin kudrat dan harta kepada masyarakat dan keluarga, meskipun ada yang berkata. Tetap meneruskan tanpa putus asa. Disebabkan itu jiwa berkebajikan sangat kuat dalam diri ini. Memberi sehingga lupa pada diri. Khairunnas yanfa'u linnas. Sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat kepada manusia.

Allah izin memiliki kerjaya. Tidaklah hebat, cukuplah dapat memberi dengan tidak henti. Saat orang lain berbangga dengan kerjaya yang dimiliki, biarlah yang Maha mengetahui sahaja bersama. Tetap tenang dalam redha, tetap tersenyum dalam gembira. Allah izin merasai semua ini. InsyaaAllah.

Usahaku untuk menarik mereka ke syurga dengan AlQuran. Hajat doa dan diberikan kekuatan. Allahu maie.
Bersabar itu kuncinya. Akan berusaha meskipun jatuh. insyaaAllah.


Jom hayati lagu ini, lagu ini menjadi semangat di tingkatan 4. Sudah jatuh cinta dengan lagu ini. Waktu ini ana tengah mempersiapkan diri menduduki Sijil Menengah Agama dan SPM. Allah izin kuat untuk berjaya alhamdulillah.




No comments: