Bismillahirrahmanirrahim.
Allah sangat baik. Eidilfitri ini Allah izin untuk menjadi lebih dewasa.
Sendu kian berlagu, apakah taubat ini diterima?
Berbakti kepada mak abah serta atuk di bulan mulia ini. Bersilat di dapur, di singki. Kadangkalanya turun ke rumah atuk untuk membantu di dapur. Tahun ini, jadi anak mak, jadi anak atuk. Kakak sudah beraya di keluarga mertua, kakak satu lagi tidak kurang hebatnya bersilat juga.Bezanya, ana yang berkenderaan ini memang selalulah ziarah kedai dan pasar. Ada sahaja yang tak cukupnya.
Beraya pun tak sempat. Tidak putus tetamu hadir. Baru tarik nafas, datang satu kereta. Tersenyum. Tetamu membawa rahmat. Ramai saudara mara, kenalan lama dan baru, sahabat, sahibah serta anak didik yang hadir. Alhamdulillah, nikmat bersaudara. Tahun ini, kenalan daripada m.cik p.cik yang ramai. Sudah bekerja, maka bergaul dengan orang dewasa. Terasa mudanya, gelar diri kakak pula pada anak-anak mereka.
coretanHariRaya.
Meskipun menulis dalam kepenatan.
Tetap ingin menulis.
Melepaskan beban yang tersimpan.
Izinkan hambaMu ini tenang.
Tenang setenangnya membawa hati ini.
Mati dalam iman.
Maaf dipinta kepada pembaca jika pernah membuat silap dan salah. Terkecilkan hati, tersilap bicara, dan sebagainya. Sungguh diri ini masih kanak kanak dikalangan mereka yang berdakwah. Masih mentah lagi untuk menjadi dewasa. Doakan supaya ana sentiasa bersemangat dan bersungguh untuk menjadi dewasa. Sabar untuk menjadi dewasa dengan belajar dengan manusia, kerana jalan inilah yang mendidik untuk lebih dewasa.
Allah sangat baik, pasti tidak akan mengecewakan hambaNya. Berdoalah. Kehidupan perlu diteruskan. Tiada masa untuk berundur, maka maralah kehadapan.
لعل الله يحدث بعد ذلك امرا
...
No comments:
Post a Comment