Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

22 July 2015

Cinta Seorang Gadis Kepada Allah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah thummal hamdulillah. Nikmat bersahabat sungguh manis jika dikenangkan. Allah izin bersuhbah dengan mereka yang sangat baik. Menghargai setiap kebaikan, menyembunyikan setiap kelemahan dan saling menguatkan tika berhadapan sebarang keresahan. Itulah dinamakan sahabat. Sahabat adalah cerminan kepada diri. Ingin menjadi susuk peribadi yang dirindui oleh mereka. Berjumpa walaupun seketika, terubat hati, menambah iman, dan lupa masalah yang menimpa. Manisnya nikmat ukhuwah. Allah izin bersuhbah dengan mereka sejak di bangku sekolah lagi.

Bersahabat itu perlu didukung dengan keikhlasan dan keimanan hanya semata keranaNya. Jika bersahabat untuk memenuhi kepentingan duniawi. Usahlah bersuhbah, kelak akan membawa kepada kehinaan dan perpecahan.

Ikhlas menghulurkan bantuan, tidak berhajat melainkan hanya untuk mencapai keredhaan. Bersahabatlah kerana Allah. Pasti tidak sia-sia.

Nikmat ziarah ke sana sini di bulan yang mulia. Iman bertambah, semakin mujahadah untuk mengejar Allah. Semangat mengaji ilmu. InsyaaAllah.

baru intro :-)
............................................

Makanan hati itu ada dalam keikhlasan, taubat, inabah, tawakal kepada Allah, rasa ingin mendapat apa yang ada padaNya, rasa takut terhadap azabNya dan kecintaan kepada Allah.
-Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni.

Faedah membaca itu banyak sekali. Di antaranya melancarkan lidah, mengembangkan akal, menjernihkan fikiran, menghilangkan keresahan, mengambil pengajaran daripada berbagai pengalaman dan memetik nilai keutamaan.
-Dr 'Aid Abdullah Al-Qarni.

InsyaaAllah, akan kembali setia dengan pembacaan. Tidak lagi hanya penuh di beg, tetapi sedikit sahaja yang dibaca. Tertarik untuk ulang balik bacaan ini. Untuk lebih kuat.

Bismillah.
Ngulang
Iadah
Ingat menghafaz sahaja ada Iadah?
Pembacaan juga perlu diulang

Rabiah telah dapat merasakan betapa nikmatnya bercinta dengan kekasihnya, yakni Allah. Maka dia ingn agar kaum muslimin turut merasakan apa yang dirasakannya itu. Untuk itu, Rabiah mengajak mereka supaya bersedia mengubah sikap, pendekatan dan kualiti ubudiyah dalam hidup mereka yang singkat. Cara dan pendekatan yang dimaksudkan ialah Cinta itu sendiri.

Menurut Rabiah, Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang palng layak menerimanya. Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalas cinta. Cinta itu harus menyeluruh sifatnya. Cinta itu mestilah ikhlas dan jujur.

Juga cinta itu tidak diberikan selain kepada yang patut beroleh kecintaan. Lalu, siapakah sasaran Cinta Rabiah? Tidak lain dari kekasih dan kerinduannya, yakni Allah Azza Wajalla. Setiap relung hati, perasaan dan urat sarafnya telah dipenuhi oleh cinta ini.

Wallahua'lam.

Yuk bersama dengan Allah di setiap langkahmu. :-)

No comments: