Sabahal kheir!
Di saat ini Allah izin untuk mencoretkan sesuatu.
Letihnya badan usah dikira, jika berlama-lamaan di hadapan muka buka boleh, pasti mengajar dan belajar sebuah ilmu juga boleh berlama-lamaan. Mudah bukan.
Tidak perlu susah-susah untuk mencari perbezaan dan membezakan sesuatu dengan orang lain. Lihat sendiri pada keaiban diri. Cabar diri untuk lebih produktif. InsyaaAllah, sangka prasangka yang tidak baik dapat dijauhi. Muhasabah diri.
Hari demi hari, tidak perasan masa cepat sahaja berlalu. Hampir setahun meninggalkan dunia Universiti, hampir setahun meninggalkan dunia akademik, hampir setahun meninggalkan dunia korporat, hampir setahun tidak berpersatuan. Sekarang duniaku dakwahku :-)
Dahulu dilihat masih keanak-anakan, sekarang perlu berlagak menjadi dewasa. Hakikatnya, masih lagi keanak-anakan.
Tiada masa untuk berlengah dan membuang masa. Di manakah hidayah yang produktif dahulu?
Jika Allah izin akan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih bermakna. Hajat doa semoga diperkenankan dan dipermudahkan oleh Allah. Sementara berbaki usia muda ini, korbankan masa lapangmu, korbankan hartamu. Bersemangat! Hammasah! Jiddiyah! Jangan lupa baktimu kepada kedua ibu bapa.
Jerebu masa di Usim Kenangan Tamhidi Empat tahun yang lepas |
Produktif |
No comments:
Post a Comment