kef halukum? tahniah buat adik-adik kak dayah semua. Kerana apa? kerana kalian semua telah berjaya menempuhi minggu cuti sekolah. Semalam mereka sudah pun kembali ke sekolah masing-masing. Dengan berlatar belakangkan sekolah yang berbeza, ada yang MRSM, Maahad Tahfiz, Sekolah menengah Arab, dan ada juga yang lainnya. Mudahan ilmu yang dikutip membuahkan manfaat buat yang memerlukan. Semoga menjadi panduan dan bekalan hidup di dunia dan akhirat.
Bagaimana pelajar IPT dengan study week? Allah memberi kelewatan sedikit dalam menempuhi final. 24,25,27,28 Jun. Semuanya berturut-turut. Ana akan fokus. Insyaallah, ana akan berlari, dan tidak akan berhenti. :-)
Allah memberi kerehatan di musim study week dan cuti sekolah ini. Apakah kita membalasnya dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat/tidak? Jujur, ana turut mengakui kedua-duanya. Adik-adik yang bercuti turut menghabiskan masa yang terluang dengan menelaah pelajaran, membaca buku, mengulangkaji pelajaran, dan beraktiviti. Alhamdulillah, Allah atur cuti ini di bulan yang berkat. bulan rejab. Malam jumaat pasti tidak terlepas dengan solat jemaah dan bacaan tahlil di surau tercinta. :-) Alhamdulillah, kami juga memanfaatkan masa cuti ini dengan bergotong royong dalam walimah abg ab. aktiviti yang dinantikan. semua ada, meriah sungguh kehadiran, turut menceriakan keadaan. Di cuti ini, tidak terlepas juga ada yang bermain game, PES? ber'fb' ber'twit' ber'instagrm' dan juga menonton movie. Ana juga mengakui, ada karat-karat jahiliah yang masih tersisa dalam diri. Tetapi, ana cuba sebatikan dalam diri, melakukan sesuatu mudahan manfaatnya ada. Nafiun linafsih wa lighoirih. ^_^
...apakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia amat sedikit berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. (At-Taubah 9:38)Petikan ayat ini, menyentuh peribadi ana. Jujur, persiapkan bekalan yang secukupnya. Di akhirat itu selamanya. *Jangan berhenti berlari. "Penat duduk sekejap" ^^ karya Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Terkenang sebentar bait-bait kata yang ana quot di laman Fb. Selesai menghabiskan drama Nur kasih, Stanza Cinta dan Mencari bidadari. Ana pun ikut perkembangan drama Malaysia tau. :-) dan juga masih mengikuti Cinta dan wahyu yang tidak habis lagi.
"seringkali terkesima dengan watak di dalam sebuah cerita yang soleh suasananya, saya akan mengucapkan syukur kerana masih ada yang soleh dan solehah di zaman ini. Tetapi, apabila menyedari watak mereka yang sebenar diluar. Hanya mampu mendoakan."
Ana mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang dirasai. Mudahan, kalian juga mengakuinya. Kita suka menonton movie, cerita. tetapi cubalah anda menonton dengan kaca mata hati. yang tersirat itu lebih indah.
Mudah dan susah berdakwah di laman media, tidak boleh diukur dengan kata-kata. mereka yang berada di situasi itu sahaja yang memahaminya. semoga di bukakan hati untuk berubah tika melakonkan watak-watak yang membawa nama Islam. InsyaaAllah kita akan berasa lebih izzah dengan Islam.
Ana mengharapkan yang terbaik buat mereka yang mendukung dakwah Islam. Peganglah dengan tali Allah, kelak pasti kau tidak akan jauh menyimpang. Berpeganglah dengan janji Allah, kerana... Intansurullahayansurukum.
sepanjang study week... ana tidak lekang dengan 2 buku ini. "Ayyuhal walad" karangan hujjatul Islam, dan "Jangan berhenti berlari" karangan Dr Zaharuddin.
p/s: Sayu meninggalkan keluarga demi sebuah ilmu. Akan ana buktikan, bahawa diri ini juga mampu berjaya.
Inna Akramakum Indallahiatqakum...
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah taala itu ialah orang yang paling tinggi taqwanya" Al-Hujurat 13
No comments:
Post a Comment