Hati kecil ini merintih hiba, Ya Allah anugerahkanlah
kekuatan kepada diri ini untuk mengurus kehidupan di dunia dengan lebih tersusun.
Bukan mudah untuk memenuhi kehendak semua orang, kerana secara fitrahnya ana
juga seorang yang lemah mengawal emosi. Tetapi alhamdulillah Allah mengurniakan
sifat pemaaf yang menakjubkan dalam diri ini. Ana sayang Allah.
Terdetik juga untuk memikirkan perancangan pada usia dewasa
kelak. Selepas mencapai kelulusan ijazah sarjana muda. Ana risau dan khuatir
pada diri ini. Bagaimana untuk menyusun perancangan? Sedangkan pengharapan
kepada akademik yang cemerlang hanyalah berada di atas angin. Ijazah sarjana
muda yang hanya menjanjikan kerja tidak kepada kepuasan. Hasrat yang mendalam
untuk mempelajari ilmu Al-Quran dan agama sering menjadi pertanyaan dalam
fikiran. Terkadang sesak memikirkannya, bimbang dibuang jauh dari kefahaman
Islam. Mujurlah Allah tidak memberi kegagalan dalam setiap peperiksaan.
Hakikatnya, ana jatuh bangun menghadapi subjek-subjek yang sukar untuk di ‘erti’kan.
Niatku untuk belajar “Faham dan amalkan”. Mungkinkah dengan niat yang ditanam,
ana sekadar separa faham akan subjek-subjek yang dipelajari?
Berlalulah pergi angin yang membawa khabar duka, kini ana
mengalukan hembusan bayu menyapa dengan membawa khabar gembira untuk mengubat
hati yang kekosongan. Tidak sabar rasanya untuk berbakti kepada masyarakat. Terlalu
banyak halangan yang perlu ditempuhi untuk menghabiskan sisa-sisa pembelajaran.
Hanya semata untuk membuktikan kepada orang lain, ana juga mampu memiliki ilmu
yang mereka tidak mampu miliki. Ya Allah, jika aku masih keliru. Buangkan jauh-jauh
perasaan ini. Kerana itu semuanya permainan syaitan. Setiap kali menulis, ana
mohon doa dari kalian. Agar terbuka jalan untuk ana menjadi manusia yang mempunyai
pencapaian luar biasa.
“LUAR BIASA ITU AKAN BERLAKU ANTARA DIRI INI DenganNYA
SAHAJA” manusia tidak akan tahu…
p/s: terkadang, anggaplah yang berada di hadapan kita
seorang yang luar biasa, kelak kita akan tercabar untuk menjadi lebih dari yang
luar biasa. ^^
No comments:
Post a Comment