Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

14 August 2012

Dunia Perlu Bantu Rohingya

DUNIA PERLU BANTU ROHINGYA



Sebarang derma dan sumbangan untuk membantu masyarakat Rohingya ini bolehlah disalurkan melalui: "Tabung Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN" di Maybank bernombor 562263502611
 ----------------------------------------
 [ Laporan HALUAN ]

 1. Di Ambang Ramadhan, Muslim Rohingya Berhadapan Dengan Maut http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1636-di-ambang-ramadhan-muslim-rohingya-berhadapan-dengan-maut

 2. Masyarakat Dunia Perlu Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1638-masyarakat-dunia-perlu-bantu-rohingya

 3. Kenyataan Media : Semua Pihak Diseru Membantu Masyarakat Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/extensions/kenyataan-media/1656-kenyataan-media-semua-pihak-diseru-membantu-masyarakat-rohingya

 4. OIC Cadang Jawatankuasa Khas Tangani Krisis Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1664-oic-cadang-jawatankuasa-khas-tangani-krisis-rohingya

 5. HALUAN Gandingi NGO ASEAN Bantu Rohingya http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/ehwal-muslimin/1667-haluan-gandingi-ngo-asean-bantu-rohingya
 ----------------------------------------

 [ Status Hak Asasi Semasa - Sumber IHH]

 1. Muslim Rohingya di Arakan dibunuh setiap hari sehingga saat ini.

2. Sejumlah besar Muslim dipenjara dan diseksa, namun identiti dan angka sebenar mereka tidak dapat dikenal pasti.

3. Wanita-wanita Muslim diperkosa.

4. Larangan perjalanan dan perintah berkurung telah melumpuhkan aktiviti harian masyarakat Rohingya.

5. Masjid-masjid, rumah-rumah dan perkampungan dibakar dan dimusnahkan.

6. Masjid dan madrasah tidak dibenarkan untuk dibaik pulih tanpa permit kerajaan. Pihak berkuasa mengambil gambar masjid dan madrasah tiga kali setahun secara rutin, untuk memantau agar Muslim mematuhi peraturan ini. Jika terdapat proses membaik pulih secara tidak sah, mereka yang terlibat akan dipenjarakan antara 6 bulan ke 6 tahun disamping dikenakan bayaran denda. Tiada masjid dan madrasah baru pernah dibina sejak 20 tahun lalu.

7. Setiap tahun, Muslim Rohingya harus memberikan gambar penuh ahli keluarga masing-masing kepada pihak berkuasa. Setiap ahli keluarga dikenakan cukai untuk setiap bayi yang lahir, dan setiap ahli yang meninggal dunia.

8. Muslim tidak bebas melakukan perjalanan. Mereka harus mendapatkan permit dan membayar cukai perjalanan untuk bergerak dari kampung ke kampung yang lain.

9. Muslim dilarang membina rumah daripada konkrit. Hanya rumah papan dibenarkan, dan rumah mereka dikira sebagai harta kerajaan. Jika rumah tersebut terbakar secara tidak sengaja, tuan rumah akan dipenjarakan sehingga 6 tahun.

10. Untuk memulakan satu perniagaan, mereka harus mengadakan usahasama dengan pengusaha Buddha. Dalam usahasama ini, pengusaha Buddha memegang separuh daripada perniagaan tersebut tanpa harus mengeluarkan apa-apa modal.

11. Muslim harus membayar cukai tahunan untuk binatang ternakan mereka.

12. Muslim tidak dibenarkan berkahwin tanpa membayaran cukai dan tanpa permit perkahwinan. Ada yang tidak diberikan permit, walaupun cukai telah dibayar.

13. Muslim tidak dibenarkan menggunakan kemudahan umum. Contohnya, mereka tidak dibenarkan pergi ke hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

14. Muslim tidak dibenarkan menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.

15. Muslim tidak dibenarkan menjadi penjawat awam. Sehingga kini tiada penjawat awam muslim di Arakan.

16. Muslim tidak diberikan khidmat telefon berkabel, dan telefon bimbit juga tidak dibenarkan.

17. Muslim tidak dibenarkan mempunyai kenderaan bermotor.

18. Jika Muslim dituduh melakukan jenayah, mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri dan dipenjarakan serta merta. Polis dan tentera mempunyai kuasa memecah masuk rumah Muslim tanpa waran, dan diberi kuasa mendakwa penghuni rumah atas apa-apa kesalahan jenayah. Mereka diberi pilihan sama ada dilepaskan dengan membayar rasuah ataupun dipenjarakan.

19. Muslim dikenakan perintah berkurung selepas jam 9 malam dan tidak dibenarkan melawat sanak saudara tanpa kebenaran polis.

20. Muslim dijadikan buruh paksa kepada negara dan penduduk Buddha tanpa diberi upah.

21. Muslim tidak mempunyai hak warganegara. Jenis kad pengenalan mereka ialah kad 'warga asing'. Kad tersebut hanyalah untuk tujuan pengenalan identiti, dan tidak mempunyai nilai apa-apa selain itu.

22. Pasport tidak diberi kepada Muslim. Mereka diberi satu dokumen untuk masuk ke Bangladesh. Kadang-kadang mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana dokumen tersebut dianggap tidak sah. Muslim Arakan mencari perlindungan di negara-negara jiran untuk terus hidup, melarikan diri daripada kekejaman dan penindasan yang sistematik di tanah air mereka. Sukar untuk memberi anggaran jumlah sebenar pelarian di Bangladesh, namun situasi yang sangat buruk di kem-kem pelarian ini telah diketahui pihak PBB dan pihak yang bertanggungjawab.

::Sekadar melakukan kewajipan sesama insan::

01 August 2012

fiqh kontemporari dalam bermusafir

Apakah hukum wanita melakukan musafir tanpa mahram, jika dia tiada mahram yang dapat menemaninya?

Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, asal hukum ialah janganlah wanita melakukan musafir tanpa mahram. Tapi jika sukar mendapatkan mahram yang mampu menemani, para fuqaha' terbahagi kepada 4 kelompok:

1. Berpegang pada zahir hadis. Haram, samada untuk perjalanan haji atau perjalanan apa seka lipun.

2. Mengkhususkan nas (dalil) yang brsifat umum. Kelompok ini mengecualikan perempuan tua yang tiada syahwat lagi.

3. Kelompok yang mengecualikan wanita yang bermusafir bersama wanita-wanita yang dapat dipercayai. Bahkan ada yang kata, jika ada teman seorang wanitapun sudah memadai.

4.Kelompok yang berkata wanita boleh musafir jika jalan yang ditempuhi aman dan tidak bahaya. Ini pendapat Ibnu Taimiyah. Dalam Fiqh Maqasid Syariah al-Qaradhawi, beliau melihat pendapat keempat menjadi KUAT dalam realti hari ini.

Dalilnya:

1. Hadis riwayat Imam Bukhari menceritakan Umar memberi izin kepada para isteri Nabi menunaikan ibadah haji. keputusan ini disokong menjadi Ijma' sahabat.

2.Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari A'di bin Hatim, rasul berkata tentang kegemilangan masa depan Islam, "Telah dekat waktunya di mana seorang wanita dari Harah di Irak akan menuju Kaabah dengan tidak disertai suaminya. Dia tidak takut kepada sesiapun kecuali kepada Allah..."

Hadis ini diucapkan dalam bentuk pujian terhadap penyebaran Islam dan wujudnya rasa aman dalam dunia ini.



Perjalanan pada zaman moden ini adalah dengan kenderaan yang menghimpun sekian banyak orang dalam kenderaan itu, seperti kapal laut, kapal terbang dan bas. Maka, muncullah rasa aman.

Sebaik-baiknya, wanita hendaklah bermusafir bersama mahram. Jika susah nak dapatkan mahram, maka bolehlah mengambil kelonggaran dalam pandangan ini.

 jika bahaya yang dikhuatiri, Mintalah fatwa dari hatimu.

credit to: sebarkan bahagia blogspot. (k.fatimah syarha)

18 July 2012

menuju wawasan, adik SAIKHAD terbaik...

Melihat wajah mereka menyanyikan dan melakukan gaya lagu menuju wawasan membuat hatiku ter refleks sebentar.

"Jangan buang masa, siapa kata kita tidak boleh. Kita ada Allah Maha Kuasa, kita punya kuasa tenaga, doa sebagai senjata, umat Islam sentiasa boleh!!!."

Aduh. tersentap hati ini. mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan umat Islam bukan mudah. keyakinan pada ISLAM yang kuat dan kebergantungan yang tinggi kepada Allah adalah rahsia umat ISLAM untuk berjaya.



sengaja ana memilih lagu ini untuk dijadikan tema. Buktikan kita adalah muslimah yang di idam2kan agama, duduk dikelompok yang berbeza suasana, pastikan kita yakin dengan kekuatan yang ada. ok adik2, persiapkan diri menempuh alam ipta. insyaAllah... akak doakan pelajar saikhad mencapai kejayaan.

kebergantungan kepada Allah itu penting. fa'i'za azamtum fatawakkal alaLLah... kerana... kita ada ALLAH... HasbunaLLah wan'kmal wakil, fani'malmawla, wani'mannasir....

04 July 2012

i-fikr 2012 di USIM

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun" (Surah Al-Imran, ayat 190-192)

Islam merangkumi semua aspek kehidupan dan ilmu pengetahuan, termasuklah ilmu Sains dan Teknologi. Daripada ayat Al-Qur'an di atas, kita dapat melihat betapa pentingnya mendalami ilmu Sains untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, kita sebagai umat Islam tidak boleh mengenepikan ilmu Sains dalam kehidupan kita.



Berbekalkan kesedaran inilah, pihak Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan program Kem i-FIKR Sains dan Teknologi USIM 2012 (i-FIKR'12) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Akademis Sains Islam Malaysia (ASASI) dan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS). Sesuai dengan akronim 'FIKR' yang berasal daripada perkataan 'Fun', 'Inspiring', 'Know How', dan 'Righteous', program iFIKR'12 ini bertujuan menjadi satu platform atau medan untuk memperkasakan perkembangan potensi intelektual (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan jati diri (AQ) mahasiswa secara seimbang antara keperluan rohani dan jasmani dengan penghayatan Islam melalui Sains dan Teknologi.

Program yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, ini bertemakan 'Sains Islam Pemacu Kegemilangan Tamadun Dunia' dan akan dijalankan selama seminggu bermula Sabtu, 7 Julai 2012 sehingga hari Jumaat, 13 Julai 2012. Kem i-FIKR'12 ini menyajikan pelbagai slot menarik sepanjang seminggu ia berlangsung.

Antaranya ialah program 'Seminar Sinar Sains Mata Hati' bersama Prof Dr Muhaya Mohamad dan Imam Muda Hassan pada 8 Julai 2012 dan 'Lov The Nature' bersama Aiman Azlan pada 11 Julai 2012. Program ini terbuka kepada semua pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr Norita Md Norwawi (019-5757727), Nazmin (013-4756872) atau Aminah Hanani (012-3843412) atau layari http://i-fikr.blogspot.com/

28 April 2012

dakwatuna


Allah sebagai ilah, Allah juga sebagai tujuan hidup dan keluarga menjadi kekuatan untuk ana berdiri lebih teguh dalam menghadapi mehnah kehidupan.
Apakah kehadiranku ini mampu menyentuh hati2 mereka ke jalan yang diredhai? Sungguh, hati mana yang tidak sakit jika seruan tidak diterima? Sungguh, hati mana yang tidak kecewa jika kesungguhan kita dibalas dengan kata-kata yang sinis. Kita manusia, fitrah akan merasai perasaan sedemikian.hanya  Iman yang akan beraksi menghalang kita daripada menjadi liar. Bukan dinilai pada cara tindakan, tetapi hati! Ya , Allah ada menilai hati kita.Hanya mampu diam dan tersenyum, terus mendoakan semoga terbuka pintu hatinya menerima kebenaran. Detik di dalam hati, “Sungguh, mereka tidak tahu, bersabarlah duhai hati, inilah sahaja cara untukku menegur dan menyentuh hatinya dengan doa daripadaku, ya Allah berikanlah mereka hikmah dan ilmu mengenaliMu.”

(ikan ini pun berebut mencari makanan untuk hayatnya, kita? x nak berebut dalam kebaikan? untuk bekalan akhirat? ^^)

Tersentuh dengan kata-kata yang telah di sampaikan oleh seseorang, mana ada jalan dakwah itu senang. Kalau senang pun itu hanya kebetulan. Allah menguji hambanya mengikut tahap kemampuannya.
Terlintas dalam fikiran. Apakah orang akan menilai dengan perwatakan luaran kita atau sebaliknya. Ana ada seorang sahabat yang tinggi kefaqihannya dalam ilmu. Katanya, siapa kata yang pakai tudung labuh itu baik? Dayah, cuba tengok kawan-kawan yang lain, diorang pakai tudung labuh, tetapi ketawa kuat-kuat, megumpat orang sana-sini, judge orang sesuka hati, cerita tentang lelaki, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Ana tarik nafas dalam-dalam, ya Allah berikanlah ilham kepadaku untuk menjawab kata-kata ini.

Sahabatku, jangan sesekali bicarakan seperti itu. Sebagai manusia biasa, tanggungjawab kita menutup aibnya dan menegur atas kesilapannya. Orang beriman tidak akan sesekali berasa berdendam dan rasa tercabar jika mendengar teguran daripada seseorang. Malah dia akan muhasabah diri dan akan jatuh cinta kepada seseorang yang menegurnya.
 Benar,kita  perlu ada rasa seperti itu  dalam diri. Kebenaran itu pahit untuk ditelan, tetapi kemanisan itu akan dirasai setelah berjaya menelannya. kata ana kepadanya lagi. Apakah kita mengatakan orang seperti itu sedemikian rupa? Hakikatnya, kita sendiri sekarang ni pun mengata mereka. Benarkan? Ana pegang bahu sahabat ana. Senyumlah. Apakah tidak ada di dalam hatimu satu pun prasangka yang baik kepadanya? Jom kita fikirkan apa kebaikan mereka. Tanggungjawab kita, jom sentuh hati mereka. Doakan buat mereka. Allah akan sentuh hati mereka untuk berubah dan Allah juga yang akan memberi rasa kekuatan untuk sedar dan berani berubah. Sekarang kalau ditegur, mereka akan menjauh diri, jika berkata belakang mereka akan mengata balik. Kita tiada ada kuasa untuk berbuat sedemikian. Selemah-lemah kita, hanya mampu mendoakan buat mereka. Jom kita selamatkan hati kita… prasangka baik, jika benar mereka salah doakan buat mereka. Jangan lupa untuk doakan hati kita sejahtera. Semoga tsabat dan tidak berpaling kepada agama Allah.

Inilah jalan yang dipilih. Bukan kita yang perlu berubah mengikut arus mereka, tetapi ayuh kita seru mereka berubah mengikut arus agama sedikit demi sedikit. Bukan tidak mahu berbicara berlebihan, tetapi takut akan berlaku dosa. Takut berlaku maksiat. Berhati-hati itu perlu. Tidak boleh mencampuri sesuatu kebaikan dengan sesuatu yang membawa kepada keburukan. Kita ada 2 jalan sahaja. Ketakwaan dan kefasikan.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan semenjak di sekolah rendah lagi. ^^ (dalam diam, mengkaji)
Ada banyak situasi. Ana ambil beberapa situasi.

Ada seorang hamba Allah , pandai berbicara tentang agama. Tetapi tidak pula ikut. Apa kata orang lain? Pandai cakap, tetapi tak buat. Ehem… Ana nak bagi satu tips untuk kalian tanamkan dan amalkan dalam hati. Jika berhadapan dengan situasi ini, bicaralah dalam hati kalian. Walaupun yang menyampaikan ilmu itu tidak dia amalkan, ambillah segala kebenaran yang disampaikan. Kerana menurut kata-kata imam  jangan dilihat pada yang menyampaikan, tetapi lihatlah pada apa yang disampaikan. ^^
Ada seorang hamba Allah ini, berpakaian menepati syariat dan sempurna. Ada kala menepati syariat  tetapi tidak sempurna. Apa kata orang lain? Tak istiqamah, hati berbolak balik. Ehem… ayuh sahabat2ku sekalian. Jom didik hati, sentuh hatimu dengan mengatakan “ya Allah, hamba-Mu ini sedang berusaha untuk istiqamah. Kau bantulah hatinya untuk mencapai tahap istiqamah. Aku pasti dia mampu melakukannya.” ^^ Jangan kata belakang, biar hati kita direct kepada Allah…

Ada seorang hamba Allah, ana terjumpa di dalam surau. Sebaik masuk sahaja ke dalam surau, sudah memulakan sesuatu cerita yang tidak baik tentang sahabatnya kepada sahabatnya yang lain. Bukankah hanya kebaikan sahaja yang perlu dibicarakan dalam surau? Bahkan kat mana-mana pun sentaiasa kena berjaga dengan kata-kata.  Detik hatiku pula. Adakah sahabat-sahabatku seperti ni peribadinya? Di hadapan ku berkata baik, di belakang berkata lain pula? Sahabat-sahabatku sekalian, jom islah hati kita. Bersahabat kerana Allah, doakan jika dia salah, perbaiki jika dia salah, minta tegur jika kita salah. Jangan buka aib sesama kita. Ada satu tips yang ana belajar daripada seseorang, asingkan diri jika tidak mampu untuk menjauhi diri daripada berkata sesuatu yang tidak baik. Jika bersama, banyak katanya, banyak dosanya, sehingga tidak mampu untuk meminta maaf sesama manusia. Ada kala kita perlu bersama kerana satu tuntutan dan keperluan. Ana mohon kepada semua untuk memahami diri ini. Terpulang kepada semua untuk mengatakan bahawa ana seorang yang penting diri atau lain2 lagi. Jom didik hati… ^^ Ana letakkan kepercayaan yang tinggi kepada Allah untuk sahabat-sahabat memahami ana. Ana memilih jalan untuk mengasingkan diri, kerana ana tahu, ana juga seorang manusia biasa, tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Nak kurangkan dosa yang bertimbun. ^^ Allah menilai segala-galanya.

Ada seorang hamba Allah ini, takut nak buat kebaikan. Takut orang mengatakan sesuatu yang tidak baik kepadanya. Mereka yang tertangguh melakukan kebaikan selalu berasa tidak layak dan tidak bersedia. Ana suka berdampingan dengan orang seperti ini. Mereka perlukan motivasi dan sahabat-sahabat yang mengajak kepada kebaikan. Ayuh sahabat-sahabat sekalian, jangan sesekali merendahkan orang. Berilah peluang mereka melakukan kebaikan. Jangan takut. Kerana Allah kan ilah (tuhan) kita. Yang mengata kita tu, tuhan kita ke? Kita nak nilaian Allah. Biarlah, kebaikan yg kita lakukan itu besar nilaiannya di sisi Allah. Di sisi manusia sikit pun xde, x mengapa. Sakit kat dunia bertahanlah, jangan biarkan kita sakit di akhirat nanti.
Situasi yang terakhir. Ada seorang hamba Allah, baik dan menjadi contoh kepada sahabat-sahabat yang lain. Tetapi dia juga ada kelemahan. Tidak seimbang dengan pelajaran. Sekadar lulus dan tidak cemerlang. Apa kata orang lain? Peribadi tip top, tapi exam biasa-biasa sahaja. Macam mana nak jadi contoh? Ehem… mana hati kita? Jom didik hati, doakan sahabat kita “ya Allah, kau bantulah sahabatku ini untuk mencapai kejayaan dalam pelajarannya.” Dan kita perlu ingat, Allah bagi kelebihan kepada semua hambanya sama rata. Tetapi letaknya sahaja di tempat yang berlainan. Cari kebaikan… dan terus mencari….

Akhir kalam…
Bukan tidak mahu untuk meneruskan kewajipan ini, tetapi ana hanyalah seorang perempuan, tak terdaya memikulnya berseorangan. Sahabat yang ada pun tidak berani lagi untuk masuk ke dalam kewajipan ini. Muktamad, akan kuteruskan kewajipan ini jika sahabatku bersedia membantu dalam meneruskan misi ini. Ana tidak akan bawa kewajipan ini jika berseorangan lagi. ^^

23 April 2012

riba

Assalamualaikum. Berbekalkan ketabahan dan kesungguhan yang berpanjang, alhamdulillah tetap juga digagahkan juga jari jemari ini untuk menulis. memandangkan pagi esok ada satu lagi exam, izinkan ana coretkan sedikit sahaja ilmu buat kalian semua.

Apakah pandangan anda mengenai interest?
jika kita translate perkataan interest, ia membawa makna riba'.
adakah benar ia riba? penambahan? bunga?
fiqh muamalat membicarakan riba bagaimana?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud


teori interest pula bagaimana?
interest is the compensation that a borrower of capital pays to a lender of capital for its use.



setelah ana benar2 kuat dengan 2 bidang ini, ana akan kupaskan nanti. 3buah buku riba, x di sentuh lagi. Kita belajar interest dahulu, kemudian riba.

Prof kata, kalau kita nak perbetulkan sesuatu, kita fahami situasi dahulu. contohnya, nak islamic kan insurance. kita kena belajar insurance dahulu. dah pakar dalam bidang tersebut, baru bertindak untuk menyedarkan umat islam tentang takaful. it's important to conquer this fields. because, I'am muslim! How to make people realize about riba? please.... learn interest, then.... introduce islamic interest. eh... ada ke? nanti, ana rujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang ini.

salam perkenalan tentang riba.... mood in theory hibbah and interest exam...
wa ahhallaAllahul bai' waharramarriba.....
 continue.....

13 April 2012

Nenekku...

lama ana menyepi tanpa meninggalkan sebarang coretan. ana tidak pasti samada sahabat-sahabat dan pengunjung yang bertandang di blog ini masih sudi untuk membaca coretan ini. setelah seminggu berprogram, akhirnya ana pulang ke pangkuan keluarga. hakikatnya ana sangat malu untuk menitiskan air mata perpisahan. biarlah hanya Allah yang menilai sejauh mana kasih sayang sesama manusia.

permulaan bicara...
izinkan ana berkongsi sebuah nukilan buat nenek yang sudah kembali kerahmatullah pada mggu lepas. agak keberatan juga ana ingin meninggalkan kampung pada waktu itu, kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan. ana berusaha untuk mengatasi kesedihan ini.

nendaku, fatimah
izinkan cucumu ini mencoretkan sesuatu buat dirimu
hari jumaat penuh barakah
kau pergi meninggalkan dunia
dunia ini bukan milikku
bukan juga dibawah kekuasaanku
ku redha dengan pemergianmu

benarlah
sebelum menerima berita kematianmu
aku telah bermimpi bersama denganmu
engkau memelukku dan meminta diriku untuk mendoakanmu
aku hanya mampu untuk mendoakan
lalu aku memberitahu kepadamu
"nek, hakikat kehidupan adalah satu, iaitu mencapai keredhaanNya"
setelah itu nenek tersenyum puas
dan menghembuskan nafas buat kali terakhir

aku tersedar
mimpi rupanya
aku berasa gelisah
makanan tidak lagi kujamah
sebarang pelajaran tidak lagi ku murajaah
hanya termenung memikirkan nenek.

esoknya
aku terus pergi kuliyah seperti biasa
masih tidak berasa selesa dan bimbang
tidak pula ku menelefon emak
insyaAllah nenek tidak apa-apa.

selesai menjawab quiz
aku mendapat mesej daripada emak
"hidayah, nenek sudah meninggal"
ringkas, pendek, tetapi aku berasa keliru.
lalu aku terus keluar daripada dewan kuliyah
menelefon emak kembali
mendapatkan kepastian
ternyata ia benar
air mata tiba-tiba mengalir laju
aku rindu nenek
dengan kesibukan belajar
aku lewat menerima berita kematiannya
segera aku keluar daripada dewan kuliyah
satu sahaja dalam fikiranku
mesti jumpa nenek
mesti sembahyangkan nenek.

setelah bermati-matian meredah kesesakan jalan raya
akhirnya sampai juga ke kampung tercinta
walaupun tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir
ana dapat menyembahyangkan nenek
biarlah ketika itu
ana seorang sahaja perempuan yang hadir
ana sahaja seorang yang lambat datang
ana tetap nak sembahyangkan nenek!
alhamdulillah...

aku sedih kerana tidak dapat menjadi seorang cucu yang memberi banyak bakti
terima kasih nenek
nenek dah banyak memberi semangat kepada diri ini
masih ada lagi tersisa tanggungjawab yang perlu dilakukan
jangan terlalu memikirkan yang sudah berlalu
kita yang hidup
teruskan dengan tanggungjawab yang tersedia
doa anak-anak soleh insyaAllah nek.
nenek is the best among the best... Amin.
Alfatihah...

p/s: mood baru pulang daripada kenduri arwah nenek. atuk menitiskan air mata lagi, berkongsi pengalaman bersama nenek semasa hidupnya. hebatnya nenekku. ana terkesima, cuba menahan air mata. tidak terbendung lagi. selamatkan nenek daripada api neraka. tempatkanlah nenek bersama orang-orang yang soleh dan solehah. amin ya Allah.

29 February 2012

menulis itu indah

jangan hairan melihat ana laju menulis
hatta satu perkataan pun ana sayang nak tinggal
dahulu
bila melihat orang menulis
ana hanya mendengar
takut x faham
tapi sekarang
bila dah tersentuh dengan kata-kata p.cik
"mendengar boleh mengetahui, tapi tak kekal.
kalau antunna menulis,
bukan sahaja dapat tahu
bahkan ilmu itu kekal
dan dapat juga dikongsikan kepada sahabat-sahabat."
jadi, apa jua ilmu
tulislah di atas satu lembaran
hatta, kita sudah tahu
tetaplah dengan menulis
terkadang
kita pasti merasai
indahnya menulis ilmu...
^^

19 February 2012

Jauh...


Allah itu amat hampir
Tapi, kenapa aku masih meminggir?
akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...

:: petikan dari buku, dimana DIA di hatiku? ::

jauh... jauh... sungguh aku jauh denganNya...
P/S : menelerusi ilmu Allah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung di tempat yang rendah....

sahabat, semoga dipermudahkan menuntut ilmu.
:: hati tawadhu' kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu ::


10 February 2012

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala melihat pengorbanan si ibu
terdetik di hati ana
ingin mencoretkan sedikit perkongsian...

alhamdulillah
sepanjang cuti ini
ana berkesempatan mempelajari banyak ilmu
menjaga orang dalam pantang
menjaga makan minum anak-anaknya
menjaga pakaiannya
sekolahnya
dan lain-lain...

siapa sangka
anak seusia 3 tahun yang banyak ragam
meminta itu ini
menangis memukul dan kadang kala menjerit sekuat hati
ana hanya mampu tersenyum
"kanak-kanak, tidak mampu berfikir. sabar dan terus menasihatinya"

bersediakah anda untuk menjadi seorang ibu?

setiap hari
anda perlu bangun seawal 5.30 pagi
menggosok pakaian sekolah
mengejutkan mereka
menyediakan sarapan pagi
membasuh mengemas dan sebagainya
dilakukan setiap hari dengan penuh ketelitian

bersediakah anda menjadi seorang ibu?



tak kala melihat ragam seorang anak berusia 6 tahun tidak mahu ke sekolah
bukan mudah menjadi seorang ibu yang dapat memujuk anaknya supaya ke sekolah
berputar minda mencari idea dan alasan untuk menyuntik semangat anak kecil itu ke sekolah
akhirnya
anak kecil itu pergi jua
walaupun terlambat

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala mendengar pertanyaan si abang yang berusia 8 dan 10 thun tentang pelajarannya
bersediakah anda mengorbankan masa menonton tv dan melayari internet
hanya semata-mata untuk mengajarnya
dan menemaninya menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam?
ana hanya mampu tersenyum
dan melaksanakan tanggungjawab dengan seadanya

siapa sangka si abang yang berusia 10 tahun
bertanyakan soalan-soalan yang tragis untuk di jawab.
kenapa nabi isa xde Ayah?
Allah maha melihat, Allah ada mata macam kita ke?
kenapa lelaki x datang haid?
syurga dan neraka mana paling besar?
adakah kita bersedia untuk menjawabnya dengan fakta dan kebenaran yang telah dipelajari
atau hanya sekadar mendiamkannya?
alhamdulillah, semua soalan itu ana mampu jawab dengan ilmu yang tidak seberapa ini.
mujurlah sempat mempelajarinya.

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

berfikir dan belajarlah untuk menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anak. persiapkan diri dan ilmu yang secukupnya, kerana bila-bila masa sahaja si anak akan bertanya dan terus bertanya tentang apa yang mereka ingin tahu.

jangan sangka hidup ini tidak ada cabarannya, teruskan berdoa dan letakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan kita di sepanjang hidup ini.

jangan sekali kau berputus asa dalam mendidik anak-anakmu duhai ibu, anak adalah amanah dan anugerah daripada Allah.

^^