Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

13 April 2012

Nenekku...

lama ana menyepi tanpa meninggalkan sebarang coretan. ana tidak pasti samada sahabat-sahabat dan pengunjung yang bertandang di blog ini masih sudi untuk membaca coretan ini. setelah seminggu berprogram, akhirnya ana pulang ke pangkuan keluarga. hakikatnya ana sangat malu untuk menitiskan air mata perpisahan. biarlah hanya Allah yang menilai sejauh mana kasih sayang sesama manusia.

permulaan bicara...
izinkan ana berkongsi sebuah nukilan buat nenek yang sudah kembali kerahmatullah pada mggu lepas. agak keberatan juga ana ingin meninggalkan kampung pada waktu itu, kerana tanggungjawab yang telah diamanahkan. ana berusaha untuk mengatasi kesedihan ini.

nendaku, fatimah
izinkan cucumu ini mencoretkan sesuatu buat dirimu
hari jumaat penuh barakah
kau pergi meninggalkan dunia
dunia ini bukan milikku
bukan juga dibawah kekuasaanku
ku redha dengan pemergianmu

benarlah
sebelum menerima berita kematianmu
aku telah bermimpi bersama denganmu
engkau memelukku dan meminta diriku untuk mendoakanmu
aku hanya mampu untuk mendoakan
lalu aku memberitahu kepadamu
"nek, hakikat kehidupan adalah satu, iaitu mencapai keredhaanNya"
setelah itu nenek tersenyum puas
dan menghembuskan nafas buat kali terakhir

aku tersedar
mimpi rupanya
aku berasa gelisah
makanan tidak lagi kujamah
sebarang pelajaran tidak lagi ku murajaah
hanya termenung memikirkan nenek.

esoknya
aku terus pergi kuliyah seperti biasa
masih tidak berasa selesa dan bimbang
tidak pula ku menelefon emak
insyaAllah nenek tidak apa-apa.

selesai menjawab quiz
aku mendapat mesej daripada emak
"hidayah, nenek sudah meninggal"
ringkas, pendek, tetapi aku berasa keliru.
lalu aku terus keluar daripada dewan kuliyah
menelefon emak kembali
mendapatkan kepastian
ternyata ia benar
air mata tiba-tiba mengalir laju
aku rindu nenek
dengan kesibukan belajar
aku lewat menerima berita kematiannya
segera aku keluar daripada dewan kuliyah
satu sahaja dalam fikiranku
mesti jumpa nenek
mesti sembahyangkan nenek.

setelah bermati-matian meredah kesesakan jalan raya
akhirnya sampai juga ke kampung tercinta
walaupun tidak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir
ana dapat menyembahyangkan nenek
biarlah ketika itu
ana seorang sahaja perempuan yang hadir
ana sahaja seorang yang lambat datang
ana tetap nak sembahyangkan nenek!
alhamdulillah...

aku sedih kerana tidak dapat menjadi seorang cucu yang memberi banyak bakti
terima kasih nenek
nenek dah banyak memberi semangat kepada diri ini
masih ada lagi tersisa tanggungjawab yang perlu dilakukan
jangan terlalu memikirkan yang sudah berlalu
kita yang hidup
teruskan dengan tanggungjawab yang tersedia
doa anak-anak soleh insyaAllah nek.
nenek is the best among the best... Amin.
Alfatihah...

p/s: mood baru pulang daripada kenduri arwah nenek. atuk menitiskan air mata lagi, berkongsi pengalaman bersama nenek semasa hidupnya. hebatnya nenekku. ana terkesima, cuba menahan air mata. tidak terbendung lagi. selamatkan nenek daripada api neraka. tempatkanlah nenek bersama orang-orang yang soleh dan solehah. amin ya Allah.

29 February 2012

menulis itu indah

jangan hairan melihat ana laju menulis
hatta satu perkataan pun ana sayang nak tinggal
dahulu
bila melihat orang menulis
ana hanya mendengar
takut x faham
tapi sekarang
bila dah tersentuh dengan kata-kata p.cik
"mendengar boleh mengetahui, tapi tak kekal.
kalau antunna menulis,
bukan sahaja dapat tahu
bahkan ilmu itu kekal
dan dapat juga dikongsikan kepada sahabat-sahabat."
jadi, apa jua ilmu
tulislah di atas satu lembaran
hatta, kita sudah tahu
tetaplah dengan menulis
terkadang
kita pasti merasai
indahnya menulis ilmu...
^^

19 February 2012

Jauh...


Allah itu amat hampir
Tapi, kenapa aku masih meminggir?
akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir...

:: petikan dari buku, dimana DIA di hatiku? ::

jauh... jauh... sungguh aku jauh denganNya...
P/S : menelerusi ilmu Allah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung di tempat yang rendah....

sahabat, semoga dipermudahkan menuntut ilmu.
:: hati tawadhu' kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu ::


10 February 2012

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala melihat pengorbanan si ibu
terdetik di hati ana
ingin mencoretkan sedikit perkongsian...

alhamdulillah
sepanjang cuti ini
ana berkesempatan mempelajari banyak ilmu
menjaga orang dalam pantang
menjaga makan minum anak-anaknya
menjaga pakaiannya
sekolahnya
dan lain-lain...

siapa sangka
anak seusia 3 tahun yang banyak ragam
meminta itu ini
menangis memukul dan kadang kala menjerit sekuat hati
ana hanya mampu tersenyum
"kanak-kanak, tidak mampu berfikir. sabar dan terus menasihatinya"

bersediakah anda untuk menjadi seorang ibu?

setiap hari
anda perlu bangun seawal 5.30 pagi
menggosok pakaian sekolah
mengejutkan mereka
menyediakan sarapan pagi
membasuh mengemas dan sebagainya
dilakukan setiap hari dengan penuh ketelitian

bersediakah anda menjadi seorang ibu?



tak kala melihat ragam seorang anak berusia 6 tahun tidak mahu ke sekolah
bukan mudah menjadi seorang ibu yang dapat memujuk anaknya supaya ke sekolah
berputar minda mencari idea dan alasan untuk menyuntik semangat anak kecil itu ke sekolah
akhirnya
anak kecil itu pergi jua
walaupun terlambat

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

tak kala mendengar pertanyaan si abang yang berusia 8 dan 10 thun tentang pelajarannya
bersediakah anda mengorbankan masa menonton tv dan melayari internet
hanya semata-mata untuk mengajarnya
dan menemaninya menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam?
ana hanya mampu tersenyum
dan melaksanakan tanggungjawab dengan seadanya

siapa sangka si abang yang berusia 10 tahun
bertanyakan soalan-soalan yang tragis untuk di jawab.
kenapa nabi isa xde Ayah?
Allah maha melihat, Allah ada mata macam kita ke?
kenapa lelaki x datang haid?
syurga dan neraka mana paling besar?
adakah kita bersedia untuk menjawabnya dengan fakta dan kebenaran yang telah dipelajari
atau hanya sekadar mendiamkannya?
alhamdulillah, semua soalan itu ana mampu jawab dengan ilmu yang tidak seberapa ini.
mujurlah sempat mempelajarinya.

bersediakah anda menjadi seorang ibu?

berfikir dan belajarlah untuk menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anak. persiapkan diri dan ilmu yang secukupnya, kerana bila-bila masa sahaja si anak akan bertanya dan terus bertanya tentang apa yang mereka ingin tahu.

jangan sangka hidup ini tidak ada cabarannya, teruskan berdoa dan letakkan pengharapan yang tinggi kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan kita di sepanjang hidup ini.

jangan sekali kau berputus asa dalam mendidik anak-anakmu duhai ibu, anak adalah amanah dan anugerah daripada Allah.

^^



26 January 2012

contengan puisi ^^

alhamdulillah ya Allah...
Kau beri jua kelapangan bagi diriku untuk mencoret sedikit kata-kata.
dalam memujiMu, aku gembira Ya Allah. dalam mengingatiMu, aku gembira Ya Allah. dalam aku gembira, aku meminta perlindungan dariadaMu. biarlah... itu satu nikmat yang aku dambakan.

dalam tenang riak muka, jangan disangka tiada duka.
jalan ini yang kupilih
bergelar seorang pelajar bukan mudah
menjadi seorang daie jangan diambil mudah
aku akan tetap tabah

tika duka dalam berteman, pasti ada penyelesaian
tika susah dalam berjuang, pasti ada ganjaran yang tiba
tapi, tak pasti
adakah Kau menerima aku sebagai HambaMu ya Allah?
duka ini adalah penghapus dosaku kepadamu ya Allah.
dosa yang lama tidak sesekali ku ulangi.
taubat nasuha.

mengertilah,
jalan ini yang telah aku mulai
pasti akan aku sudahi.

aku nak contohi ubaidah alJarrah
takkan ku tinggalkan sunnah Rasulullah.

21 January 2012

berhiburlah


lagu penghibur hati ...
siapa kata berhibur itu salah? menepati kehendakNya dan tidak melanggar syariatnya.
xsalah kita berhibur
pandai jaga hati dan tingkah laku
Allah redha

kita muslimah
tetapi dengar lagu yang dibawa oleh seorang lelaki
bagaimana?
berbalik pada pangkal hati
pandai jaga hati
Allah redha

kita muslimah
tetapi tengok konsert nasyid
lelaki yang mendendangkannya
bagaimana?
berbailik pada niat kita
pandai jaga mata
Allah redha

ana suka kongsikan satu pengalaman. masa tu ana ada hadiri konsert nasyid. biasalah, duduk belakang sekali. xnampak muka penyanyi pun xpe, dapat dengar pun ok. dah habis lagu terus keluar. ada satu kakak ni, duduk di luar sahaja. ana tegurlah, x masuk tengok ke kak? katanya, artis nasyid itu semuanya muda-muda. akak tak sanggup tengok. jaga hati yang x kuat ni. kalau duduk pandang muka, liriknya x dapat kita hayati, sebab sibuk fokuskan pada artis itu. tujuan datang lain, balik dapat lain pula. Ya Allah, benar kata kakak ini. "Allah pasti redha kita kan kak?" kataku padanya.... ^^

percayalah kepada ALLAH yang esa,
percayalah kepada pahala dosa
percayalah kepada syurga dan neraka
percayalah kepada qada' qadarnya
percayalah pada hari pembalasannya
-petikan daripada lagu percayalah~Dian-

p/s: kadang-kadang berhibur dengan sesebuah lagu itu boleh membuatkan manusia lalai dengan hati. muhasabah diri, mendengar lagu untuk mencapai redhaNya semata.

14 January 2012

jom bertafakur...

assalamualaikum w.b.r.t.h...
dah lama tidak menaip sesuatau yang bermanfaat. ud u' ila sabilirabbika bilhikmah, wa mau'izatil hasanah. i'am try to focus on mau'izatil hasanah. pengajaran yang baik....

exam... hm... terkadang diri ini merasakan exam ini kurang kesannya.
itu sekadar pendapat. terkejar2 baca ni, baca itu. bila exam, penuh satu kertas nak dicurahkannya, dah keluar exam, yang kekal di dalam kepala hanya sedikit. tidak pernah ana salahkan sistem penilaian universiti yang berasaskan oriented exam semata-mata. mungkin diri ini yang leka, kurang fokus, kurang minat, dan sebagainya...^^

sem ni, probability... terkejar2 buat latihan itu, buat latihan ini. hafal bulat2 solutionnya. apabila exam, yang masuk soalannya seolah-olah praktikal kepada soalan2 yang telah dibuat. blur... 20 markah satu soalan. kalau dah 4 soalan? habis macam itu shj... permudahkan ya Allah...

apabila belajar subjek ini, x tahu nak apply. generating moment, hypothesis test, etc... kenapa perlu? nak apply kat mana? kadang2 x terjawab soalan ini. belajar dan terus belajar... fikir dan jawab. walaupun yakin jawapan itu salah. nak buat macam mana, itu yang ana tahu.

ana teringat pertanyaan seorang sahabat yang bertanyakan satu soalan kepada prof yg mengajar aljabar linear. kenapa perlu belajar linear ni? nak apply kat mana? jawab prof, belajar dahulu, esok dah kerja, kita tahu nak apply kat mana. sebenarnya, jawapan yang diberikan x berapa memuaskan. tetapi ana yang kerdil ini, mampu meredhainya sahaja ^^ setiap apa yang keluar daripada mulut seorang guru ada hikmahnya... tunggu, dan lihat natijahnya.

secara kesimpulannya, really confuse what i have been done for this sem. ^^ Allahumma la sahla, illa maja'altahu sahla... belajar, mana ada senang. kecuali Allah yang permudahkannya. you get what i'm try to say?

menjadi seorang yang pandai memang cita-citaku, tetapi apabila dah pandai kita akan sering lupa dengan pencipta. biarlah tidak berapa pandai. kerana, kita akan lebih merendah diri, kita akan sedar dan selalu meminta dengan Allah. (setiap orang ada pendapat, tidak bermakna yang menulis ini benar, dan yang membaca itu salah. berfikir dan terus berfikir untuk kebaikan bersama.)

"Intansurullaha yan surukum"


12 January 2012

mendamba keinsafan

ya Allah, sekian lama tak buka ikim. dahulu, setiap malam menjadi pendengar setia, tetapi sekarang terlibat dengan akademik, mengejar ilmu Allah, tidak sempat membuka radio. hari ini, benar2 terkesan dengan lagu ini. lagu ini sering di mainkan di radio ikim. semoga kita benar2 mendapat ibrah daripada lagu ini. jom jadi Hamba Allah yang terbaik di mataNya, bukan di mata manusia.

12 November 2011

hakikat...

ana tinggalkan sebuah lagu buat semua pengunjung blog ini.
lepas ni, x sempat nak update. ada kelapangan ana update. iA.





Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dengan Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya rabbi
Yang miliki sifat An-Nasru

Tajuk Nasyid : Hakikat
Artis : Durrani
Album : Untukmu

p/s: doakan ana teman2...

02 May 2010

Qamar Bani Hasyim... (BULAN bagi keturunan Hasyim)


salam sahabat semua, mari kita manfaatkan masa cuti sem dengan menonton drama bersiri Qamar Bani Hasyim yang telah ditayangkan di astro oasis. alhamdulillah ana berkesempatan untuk mendownload drama Qamar Bani Hasyim di laman ini. sahabat semua boleh mendownload dengan mengikuti langkah-langkah ini.
1) download setiap part mengikut episod-episod yang sedia ada.
2) kemudian, sila download hj split.
3) join setiap episod
4) dan selamat menonton...



Drama ini adalah adaptasi kitab Sirah Nabawiyah karangan Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfurry. Terjemahan melayu juga boleh dimuat turun di sini.

Sebak dan tersentuh bila melihat perjuangan dan ketulusan para-para sahabat dan pengikut Rasullullah S.A.W.

Jika anda menonton drama sebanyak 30 episod ini , pasti rasa hendak menitiskan air mata. drama ini tidak memperlihatkan wajah rasulluah s.a.w, hanya tongkat Rasullullah sahaja yang dilihatkan. Mesej dan tutur baginda disampaikan oleh para sahabat. Beberapa Suara sahabat Rasullullah yang tidak boleh di diwakili / dilakonkan juga dapat kita dengar

kepada sesiapa yang mahir dalam berbahasa arab, masih belajar, dan nak belajar, bolehlah menjadikan drama ini sebagai satu platform untuk memperbaiki tatabahasa arab.

satu persoalan yang hendak saya tujukan kepada anda semua:
mengapa anda sanggup untuk mendownload dan menghabiskan masa untuk menonton drama korea, jepun, dan lain2. sehingga mampu untuk tidak tidur bagi menghabiskan setiap episod dalam cerita tersebut. jadi mengapa tidak bagi kita untuk menonton drama "Qamar Bani Hasyim" ? ayuh! sahutlah cabaran ini, marilah kita menambahkan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w.

jazakumullah...
mengapa drama-drama