Bismillahirrahmanirrahim.
Allah izin jua untuk mencoretkan sesuatu, walaupun tiada semangat untuk menulis.
Ramadhan ini, sudah berazam untuk sesuatu perkara. Mudahan istiqamah dan berpegang pada keputusan yang telah dilakukan. Pedulikan nafsu yang berantai, kini usaha untuk memutuskannya. Allah tidak sesekali akan berpaling kepada hambaNya yang berusaha untuk mengejar perhatiannya. Usahlah terlalu menyombong diri, semuanya Allah yang tentukan. Sehebat mana perancangan kita, sudah pasti tidak mampu menandingi ketentuan daripadaNya. Benar, Allah menyuruh kita untuk berusaha. Setelah berusaha, serahkan sepenuhnya kepadaNya. Natijah kepada usaha yang bakal kita perolehi itulah yang dinamakan ketentuan. Beriman kepada qada' dan qadarnya. Panjang jika ingin berbicara mengenai qada' dan qadar. Secara asasnya, tiada siapa yang mampu untuk menandingi dan melawan qada' dan qadarnya. Belajar untuk redha dan bersedia menghadapi kehidupan. Fi hifzillah, Allahu Maie.
Dalam meniti kehidupan ini, setiap jiwa yang rindu untuk bertemu dengan tuhanNya pasti tidak akan mensia-siakan kehidupan dengan perkara yang dirasakan tiada manfaat buatnya dan orang diisekelilingnya. Min husni Islamil mar ie, tarkuhu ma la ya'nih. Daripada sebahagian keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak berguna buat dirnya. Perawi daripada Abu Hurairah, Hadis Hasan.
Usia muda ini, tempuhilah segalanya dengan sabar. Meskipun kau memandang yang lainnya dalam kesenangan dan kebahagian. Janji Allah itu pasti tidak mengecewakan. Berpeganglah dengan tali Allah, jika hikmahNya masih tidak tersingkap, hendaklah berdoa semoga segalanya itu akan memberi kebaikan hanya di akhirat.
Seringkali ditegur oleh mak, usah mengeluh. Takdir ini lebih baik. Allah ingin memberi yang lebih baik. Atuk juga begitu, usah lelah mendidik, usah mengadu letih, Allah ingin memberi pahala.
Bersabarlah, yang lewat itu kadangkala menjanjikan yang terbaik. InsyaaAllah.
Usah terburu dalam melakukan sebarang keputusan.
Terkesima dengan satu pertanyaan seseorang kepada diri ini. Benarkah hidayah memilih jalan kebajikan? Benarkah tidak mahu memiliki kekayaan? Tidak tergugat dengan yang lainnya? Bagaimana kehidupan selepas ini? Tidak bimbang dengan jodohmu? Adakah ada orang yang sudi bersama dalam kesusahan dan kesederhanaan yang hidayah miliki?
Menangis nak jawab soalan ini. Meskipun masih baru dengan dunia kebajikan, Allah lebih mengerti hati hambaNya. Tidak tahu mampu bertahan atau tidak. Jawabku simple, just further study, ikhlas memberi dan doa yang terbaik. Abaikan ujian kecil, ujian besar sedia menanti :-) Wallahua'lam.
Orang yang bertanya itu semakin bertambah hairan. Bolehke? katanya lagi untuk kepastian :-)
Hanya mampu tersenyum, detik hatiku, biarlah sakit tergolek dijalan ini daripada sedap tergolek tak buat apa-apa. ;-)
Meskipun tiada siapa yang peduli, Allah itu pasti akan hadirkan mereka yang sudi untuk ambil peduli.
Meneruskan perjuangan meskipun bakal mengorbankan nyawa. Diri ini juga manusia biasa, tidak terlepas daripada khilaf dan dosa. Teruskan dengan kekuatan dan kesungguhan. Allah pasti bersama.
Smile always. Jika tidak kuat sekarang, bila lagi?
Semoga Allah redha dan semoga Allah sayang.
No comments:
Post a Comment