Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

17 October 2013

mana jodohmu adikku?

Assalamualaikum w.b.r.t.h
Ya Allah izinkan hambaMu ini menulis. Aku menulis untuk mereka yang membaca, dan ini satu dakwah yang ku rasakan ia akan kekal. kelak pasti Kau akan menjemputku pergi. Mudahan bermanfaat.

Allah memberikan rasa bahagia, rasa selamat, rasa aman kepada semua. Letaknya berbeza. di sana, di situ, di mana-mana. Alhamdulillah, nikmat kebahagiaan tetap dirasai, walaupun berbagai mehnah dan tribulasi ditempuhi, tetap yakin dengan janji Allah. Tenang, aman dan yakin rahsia mukmin yang bertaqwa. Bukan mudah memiliki iman dan taqwa. Mudahan eidul adha yang dilalui membuahkan hikmah dan penghayatan yang bermakna dalam kehidupan.

menjadi seorang muslimah bukan mudah. Tambahan pula, di cabar dengan 3 "ta". Takhta, harta dan wanita. bertanyakan kepada mana-mana arrijal sekalipun, 3 "ta" ini menjadi cabaran bagi mereka untuk dimiliki.
Wallahua'lam...

Jangan bimbang akan jodohmu wahai muslimah. Seringkali ana menerima pertanyaan demi pertanyaan daripada sahabat mahupun adik-adik kenalan mengenai cinta, jodoh dan sebagainya... malangnya bukan mudah untuk menjawabnya. dan ana? bercakap tanpa mempunyai pengalaman. mujurlah bahan bacaan ilmiah menjadi bukti untuk berkongsi rasa dengan mereka yang bertanya.

terkadang ana tidak terkata, usia muda adik junior sudah pandai berbicara tentang jodoh, Almaklumlah, darah muda, kata seorang kakak sering dinafikan. ikut kata sendiri... Ada sahaja alasan yang hendak dijadikan sokongan terhadap hujahnya. Adik-adikku, bukan mudah untuk menjaga hati. Tambahan pula kau dikelilingi oleh mereka yang mengagumi dan menyukaimu. Sedangkan kakakmu ini, tiada siapa pun yang ingin mengagumi, mendekati dan sekali pun tidak pernah pun mencuba. Didikan dan pantauan seorang ibu yang tegas dengan soal lelaki membawa kakakmu ini sentiasa bertegas dengan soal-soal seperti itu. Alhamdulillah, setakat ini Allah jaga.

pesanan kakakmu ini, usahlah bimbang siapa imammu. Usahlah bimbang di mana jodohmu. Ayuh memikirkan adakah Allah menerima ampunan dan amalmu... Mohonlah hajat dan doa kepada yang maha satu, dia lebih mengetahui. Yakin kepadaNya.

suasana tempat belajar + didikan tentang ikhtilat + dikelilingi arrijal yang faham Agama = Allah jaga, InsyaaAllah.

#jangan berani mencuba, jika tidak berhajat untuk dinikahi... Jangan meletakkan pengharapan sekalipun kau berjaya menjadi tunangannya. Jangan sesekali menerimanya, jika dia berhajat yang tidak baik-baik kepadamu, melainkan semuanya itu kau lakukan setelah kau dinikahi... Ana bimbang dengan adik-adik. Mudahan faham dan cakna dengan intipati kata kakakmu ini.

No comments: