Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

22 March 2015

Belajar ilmu Falak

Bismillahirrahmanirrahim

Allah beri semangat mengaji ilmu falak. Tambahan pula ada sains, ada kira-kira sin cos tan, latitud longitud. Ya Allah, benarlah sebatinya matematik dalam hati ini tidak pernah hilang. Allah lebih tahu akan kebolehan hambaNYa.

Suatu hari nanti akan pastikan hajat untuk menggengam segulung master dalam bidang matematik. Aamiin.

Terinspirasi melihat seorang guru yang berlatarbelakangkan pengajian akademik tetapi mampu mengkaji perkara agama, mampu membincangkan perkara agama. Ijazah ekonomi, master falak. Ijazah kaunseling, phd perubatan islam. Master falak, phd matematik. Tabarakallah. Diri ini insyaaAllah, ijazah matematik kewangan, master pendidikan. Dah ke mana tu? Beza sangat. Tak mengapalah, jika nak mengaji biar ambil yang banyak memberi manfaat. Itu penting.

Berbalik kepada subjek yang baru dipelajari. Allah izin jatuh hati dengan alam semesta, jatuh hati dengan kajian langit dan bumi, perkiraan dan semuanya. Tetapi semuanya itu jika besar manfaatnya kepada diri ini, sudah pasti akan menjadi fokus.

Diri ini sudah mengenal ilmu falak, sudah pandai mengira koordinat kiblat, sudah pandai menentukan waktu solat, sudah pandai mengira hari raya dan puasa. Sudah cukup alhamdulillah.

Setiap kali ingin menghadiri sebuah majlis ilmu , Allah pasti uji. Sebelum ini, berkejar naik bas, sekarang berkejar pun tak sempat. Hanya membiarkan bas berlalu tanpa melihat dihadapan mata. sedih. tapi nikmat ujian itu dirasai. :-) Esok datang sekolah pkul 11 tghri. lambat. hu3. Ustazah mithali. Aamiin.

Dalam diuji, Allah datangkan kenalan yang pelbagai. Permusafiran ini bukan sahaja kerana tuntutan sebuah ilmu. Bahkan menjadi sebuah perjalanan kehidupan bersama masyarakat. Jangan siakan kehidupan ini, bertebarlah dengan hikmah dan selamat. Fihifzillah.

إني رأيت أحد عشر كوكبا والشمس والقمر رأيتهم لى سجدين
يوسف ٤

10 March 2015

Falsafah kaya :-)

Bismillah.

Kata guru saya ketika itu mengajar kitab mukhtasar latif. Falsafah itu mengajar cerdik pandai berfikir dengan akal tidak berdasarkan kepada dalil naqli. Sebab itu falsafah tanpa iman itu ditolak. Ramai cerdik pandai hanya tertipu dengan kata-kata falsafah yang dipegang sehingga sanggup menolak dalil naqli yang diturunkan oleh Allah melalui nabiNya. Zaman universiti saya telah diajar philosophy in sciences. Alhamdulillah serba sedikit menyokong kepada dalil naqli.

Di sini saya ingin berfalsafah. Sudah pasti menyokong kepada dalil naqli insyaaAllah.
Siapakah dia ahli falsafah menurut imam ghazali? Ahli Falsafah, iaitu mereka yang banyak menggunakan logik dan akal bagi membuat pembuktian. Saya juga pernah digelar falsafah oleh guru kerana bertanyakan soalan tidak memikirkan dalil. :-)

Daripada Abu Abdullah al Nu'man ibn Basyer r.a beliau berkata : Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya yang halal itu terang jelas dan sesungguhnya yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara2 syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembalayang mengembala di sekeliling kawasan larangan , dibimbangi dia akn menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu adalah perkara2 yang diHaramkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada seketul daging yang apabila baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

(Hadis riwayat al Imam al Bukhari dan Muslim)


Biar kelihatan miskin dan hina dihadapan manusia, tetapi tidak hina dipandangan Allah. Ya, hanya Allah yang nilai semuanya. Kita hanya dapat menduga.

Pastikan kita tidak terlibat dengan dosa riba dan juga penindasan. Tidak berniat kaya tanpa tujuan dan hidup bermewah tanpa pedoman. Jelas yang haram itu terang.

Jika ada jalan lain, pilih jalan lain. Usah mengejar sesuatu yang kita sudah nampak kemudharatannya akan berlaku kelak.

Pilihan untuk tidak bersama riba dan syubhah adalah pilihan muktamad.

Pengalaman belajar ilmu kewangan konvensional mengajar saya untuk lebih berhati-hati. Walaupun tidak alim dalam bidang ini, sekurangnya saya hadam dan faham asasnya. Buat teman-teman yang alim dalam bidang ini, terutamanya sahabat seijazah, saya sokong anda mendalami ilmu ini untuk mencari penyelesaian, bukan mengejar kekayaan.

Elak dosa nyata, hindari syubhah untuk warak.
Wallahua'lam.

Terinspirasi daripada seorang alim yang bebas dari hutang meminjam dan juga tidak terlibat dalam mana-mana saham di dunia. Mengasingkan hartanya di dalam bank patuh syariah hanya sekadar untuk menjaga hartanya bukan untuk menambah kekayaan. Jihadnya berniaga di serata negeri mahupun negara hanya untuk menampung pengajian ilmunya dan juga menampung madrasah di kampung halamannya.

Cukuplah saya hanya meminjam untuk belajar, kini usahakan untuk membayarnya. :-)

Kalian mewah dengan meminjam, kaya dengan harta syubhah, dan kurang melabur saham akhirat.

inspirasi untuk kaya? amalkan lahawlawaquwwata illa billahil 'aliyul 'azhim.
InsyaaAllah, Allah beri kaya di akhirat ;-) ini kata-kata dari habib kazim, ulama' hadramaut, yaman.

Jika kaya dengan harta syubhah? salurkan pada badan kebajikan Islam. Untung pelaburan? Berikan kepada pembangunan kebajikan dan orang awam yang memerlukan. Cukuplah dan bersyukur dengan apa yang ada.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)

Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya”. 
(HR Muslim)

:-) Semoga Allah redha.

03 March 2015

كن انت lirik Melayu حمود الخضرى

كن انت lirik Melayu حمود الخضرى

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.


لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.


كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku?


02 March 2015

CINTA: Paksaan atau Pilihan.

Sebelum ini menulis dengan emosi dan perasaan. Jom bertukar fakta. 

Bismillah...

Dengan Izin Allah, pena ini bertukar selera. Ingin menulis fakta kembali. Mengaji pelbagai ilmu, tetapi tidak dikongsikan sangatlah rugi. Jika tidak dikongsikan, ilmu yang dipelajari hanya sekadar ilmu tetapi tidak praktikal. :-)

Ibnu Qayyim AlJauziyah dalam bab Cinta: Paksa atau pilihan.

Benih-benih cinta dan penyebab kepada perasaan cinta adalah berdasarkan pilihan dan kemahuan yang masuk ke dalam beban hukum. Memandang, membayangkan, dan mendekati kekasih adalah suatu pilihan. Apabila seseorang itu membuat salah satu daripada penyebabnya (memandang, membayangkan, dan mendekati) maka secara automatiknya cinta itu akan hadir tanpa dikehendaki.

Perumpamaan di atas mempunyai kedudukannya dengan seorang yang mabuk kerana meminum arak. Meminum arak adalah atas kemahuannya sendiri, dan akibat meminumnya adalah suatu kepastian adanya. Apabila ada rasa kehendak dan kemahuan meminumnya, maka ia tidak boleh menjadi alasan atas akibat yang datang walaupun dia tidak mengharapkan akan mabuknya minum arak tersebut. Ketika penyebabnya ada dan dilarang, maka mabuk pun tidak boleh dimaafkan.

"Orang yang berlebihan dalam mencintai sesuatu, jiwanya pasti boleh berpaling darinya, terkadang sebaliknya cintanya akan berubah menjadi kebencian."

Tidak diragukan lagi, bahawa terus menerus memandang sesuatu yang haram dan memikirkannya, sama kedudukannya dengan meminum arak. Seseorang boleh dihina kerana ada penyebabnya. Oleh sebab itu, apabila cinta diakibatkan dengan kerana sesuatu yang tidak diharamkan, maka pelakunya tidak akan dihina, seperti cinta terhadap isterinya.

Bagi sepasang suami isteri, cintanya yang hadir tidak boleh hilang. Cinta seperti ini tidak akan dicela seperti disebutkan dalam kisah Barirah dan Mughis. Begitu juga bila dia memandang secara tiba-tiba tanpa sengaja kemudian dia memalingkan pandangannya, tetapi kemudian rasa cinta telah tertanam dalam hatinya tanpa diingini. Cinta seperti ini dibolehkan dengan syarat dia harus berusaha untuk melawan dan menghilangkannya dari dalam hatinya. Namun, apabila gejolak cintanya terus datang dan mengalahkan dirinya, maka ketika itu dia tidak tercela setelah dia berusaha untuk membuang perasaanya tersebut.

Mabuk yang disebabkan oleh cinta lebih parah dibandingkan mabuk yang disebabkan oleh arak, sebagaimana firman Allah tentang orang-orang yang jatuh cinta dari kaum Nabi Luth,
"Demi umurmu (Wahai Muhammad), sesungguhnya mereka membuta tuli dalam kemabukan maksiat mereka." (Al-Hijr 72)

Apabila mabuk yang lebih rendah tidak ditahan oleh pelakunya dan membuat sebabnya terlebih dahulu, maka bagaimana pemabuk yang lebih tinggi boleh bertahan dan membuat alasannya?

FIKIRKAN... :-)

Tiada istilah menyimpan cinta lama-lama, hanya cinta kepada suami/isteri itu yang tidak dihina. Selainnya berusahalah untuk membuang perasaan tersebut.

CINTA itu bukan paksaan, tetapi menjadi pilihan dan kemahuan. Wallahua'lam.