Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

23 February 2015

Pemergiannya

Bismillahirrahmanirrahim.

Cintaku pada bahasa Alquran dan Kitab Alquran telah membangkitkan semangat ini lebih menghayati dunia dan bersemangat mengejar akhirat. Kesibukan hari demi hari, Allah detikkan jua hati ini untuk mencoretkan sesuatu. Semoga menjadi ibrah dalam kehidupan. :-)

Terimbau satu kata-kata yang meniti dibibir salah seorang penceramah motivasi sehari sebelum pemergiaan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Katanya, "Orang akan ketawa gembira menyambut kelahiran kita, dan menangis sayu meninggalkan kita." Allahu. Terinspirasi, suatu hari nanti diri ini akan berusaha untuk menjadi seperti yang dikatakan oleh penceramah itu tadi.

Pemergian Tuan Guru amat dirasai, apatah lagi ketika itu kematiannya  diketahui semasa menziarahi ayah sahabat yang tengah sakit. Allahu Allah, umpama percaya dalam tidak tetap perlu redha dengan ketentuannya. Solat ghaib sudah dilaksanakan, Allah izin solat bersama anak-anak murid. :-) InsyaaAllah 2 minggu lagi kami sekeluarga akan datang menziarahi pusara Tuan Guru. Semoga Allah terima amal ini. Taqaballahuminna waminkum.

Kasih ulama, kasih nabi, kasih ibu bapa, kasih semuanya gambaran kepada kasih kepada Allah.
Semoga Allah redha, dan lapangkan dada ini, luruskan jalan ini, mudahkan melintasi menuju ke SyurgaNya.

Nisbah amal dan dosa, rahmat Allah itu yang dikejari.
Allahu musta'an.

-pena Hidayah-

07 February 2015

Pengalaman mendidik. :-)

Subhanallahi wabihamdih
Subhanallahil Adzhim

Bismillahirrahmanirrahim.
Semoga Allah beri kekuatan untuk menulis dengan hikmah dan penuh pengajaran.

Pengalaman baharu pada hari ini. Allah izin untuk mencurahkan ilmu di sebuah madarasah tahfiz secra sambilan.
Alhamdulillah, Allah izin untuk mengajar subjek English dan matematik buat bakal hafiz yang terdiri daripada pelbagai umur di satukan dalam sebuah kelas. Allahu Allah, mencabar. Alhamdulillah setakat ini masih mampu untuk mengimbangi umur mereka dengan pelajaran yang diajarkan. Mulanya mereka malu nak belajar, bila dah kata ustazah ni dah tua. Umur puluh-puluh. Baru hilang segannya. ;-)

Semoga Allah memberi ruang untuk diri ini melihat dunia dengan lebih luas lagi hinggalah hikmahnya dapat disingkapi sedikit demi sedikit.

Ustazah ini, tidaklah punyai apa-apa. Akademik pun tidak secemerlang mana. Apatah lagi ilmu agama. Hanya sekadar belajar untuk memenuhi tuntutan yang fardhu. Tidak layak untuk memanggilku ustazah. Jujur, suka dengan panggilan itu. Mudahan doa bagiku ini untuk menjadi ustazah. :-)

Semakin bertambah anak didik Alquran. Alhamdulillah, Allah izin ilmuku ini dapat disalurkan kepada anak awam. Amanah Alquran, akan dilaksanakan dengan kesungguhan. Formula paksa ikhlas untuk ikhlas, mudahan terus ikhlas. Tersenyum dengar keletah anak didik yang seusia 5 tahun memanggil ustajah ustajah, kita dah habis baca, ala... kita lupa. Pelbagai bacaan didengari, diperbetulkan dengan hikmah. Bacaan modern ada, baca zaman zaman dulu pun ada, macam gaya. Yang penting bacaan betul, makhraj tepat. InsyaaAllah. :-)

Esok sekolah ada tuisyen, melangkah kaki dengan ikhlas. aiwah... ;-)