Berdoalah!!!

Berdoalah!!!

23 August 2014

Aku belum baik ya Allah.

Ukhuwah itu memberi makna yang pelbagai. Dari sisi pandangan penulis pula bagaimana ya? Penulis ingin cuba untuk menjelaskan ukhuwah dari segi pandangan penulis.

Bismillah,
Ukhuwah itu persaudaraan
Menjaganya satu nikmat
Membajanya satu usaha
Menyiramnya satu kekuatan
Eh dah macam bunga pula ukhuwah ini ya. :-)

Dari sejak di bangku sekolah, penulis tidak pernah berhajat untuk berukhuwah demi kepentingan.
Penulis suka berkenalan, berbual, berkongsi pengalaman, dan juga mudah ramah dengan seseorang.
Penulis sentiasa menghulurkan tangan untuk berukhuwah, dan sering kali di sambut huluran itu.
Dan pernah beberapa kali penulis diajak untuk dijadikan teman akrab, penulis menyambutnya dengan hati terbuka dan menganggap semuanya berukhuwah kerana Allah, mengapa perlu menolak?

Dari dahulu, penulis amat mudah mesra dengan mereka yang baik hati. Mereka yang baik hati, selalunya tidaklah yang terpandai, tidaklah yang terfamous, dan juga tidaklah yang terkaya. Cukup mereka yang sederhana dan mepunyai agama, penulis mudah untuk bersama dengannya.

Jujur, gaduh dalam persahabatan sangat kurang dirasai sejak di bangku sekolah. Kerana, bagi penulis untuk apa bergaduh, dia sudah kita anggap sahabat dan juga saudara. Jika bersahabat kerana Allah, mengapa perlu untuk bersangka buruk? Teringat akan satu kata-kata, yang membawa maksud. Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Mudah bukan untuk berlapang dada? :-)

Terkadang lumrah dalam persahabatan, kita disayangi, dicintai, dan dihormati. Adakala kita juga terlupa untuk mengingatkan, terlupa untuk menjaganya, terlupa untuk menyayanginya.  Penulis mengambil kekuatan daripada susuk peribadi Rabiatul Adawiyah untuk belajar meneruskan  kehidupan walaupun bersendirian. Alhamdulillah setakat  ini, penulis berbangga dengan sahabat yang ada, mereka sangat meraikan. Hanya yang termampu setakat ini adalah mendoakan buat mereka.

Penulis suka akan suasana ilmu. Walaupun tidak lagi didampingi dengan sahabat-sahabat dalam menuntut ilmu, penulis kuat untukmengatakan wajib bagi diri ini untuk mempelajari ilmu walaupun bersendirian.  Sahabat akan datang selepasnya, jika kita yakin dengan Allah insyaaAllah. Majlis ilmu sangat mengubat hati penulis. Suatu masa, penulis amat berhajat untuk mati dalam majlis ilmu samada dalam keadaan belajar ataupun mengajar.


Hati penulis terkadang sedih terkadang gembira terkadang tenang. Diubati dengan majlis ilmu, Alhamdulillah. Doakan penulis agar dipermudahkan jalan menuntut ilmu,walaupun penulis seorang muslimah, seorang yang dilihat lemah, seorang yang dianggap lelah, penulis akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dimata Allah. Baikkah aku ya Allah? Bila aku rasa aku baik, sangat susah untuk aku merendah diri kepada Allah. Jarang  pula nanti aku mengadu kepada Allah. Aku belum baik ya Allah.